4/04/2009 07:55:00 PG

Buku



"Banyak beli buku fiz?" tegur seorang rakanku.
"Biasalah..." jawapku sambil tersenyum.

Semalam aku membeli 2 buah buku baru di sebuah booth di DST. Satu buku terjemahan karya As-Syahid Imam Hassan al-Banna, manakala satu lagi buku Ust Zahazan yang berjudul "101 Kisah & Pengajaran daripada al-Quran, al-Hadis & Hayatus Sahabah". Aku suka membaca buku-buku tulisan Ust Zahazan kerana isi kandungan tulisannya terutama hadis-hadis di dalamnya dinyatakan riwayatnya menyebabkan aku tidak ragu-ragu akan kesahihan sumbernya. Sebelum ini aku ada memiliki buku "101 Doa daripada Hadis-Hadis Sahih" & "300 Hadis Bimbingan". Tapi kedua-dua buku kesayanganku tersebut telah selamat aku hadiahkan kepada 2 orang sahabat. Semoga ia menjadi saham akhirat ku.

MINAT TERHADAP BUKU

Entah sejak bila, aku menjadi 'ulat buku'. Rasanya sejak 2 tahun lalu aku mula gila mengumpul buku. Sebagaimana aku addicted terhadap Kopi Radix, begitu lah addicted nya aku terhadap buku. Aku akan memperuntukkan kira-kira RM 50 sebulan untuk membeli buku baru. Namun satu sikap yang masih aku tidak dapat ubah ialah sikap menangguh dan 'baca tak habis'. Sekejap buku ni, sekejap buku tu. Harap-harap cuti ni aku dapat sempurnakan bacaan beberapa buku kesayanganku. Tidak rela aku menjadi keldai yang membawa bebanan buku yang menimbun tetapi tidak tahu membacanya. Hehe...


ISLAM ITU SYUMUL

"Sahabat-sahabat sekalian, Islam itu syumul tetapi tidak ramai nampak kesyumulannya kerana kurangnya ilmu lantaran kurangnya pembacaan. Sebagai mana Islam itu syumul, maka pembacaan kita juga harus syumul. Keindahan Islam tidak dapat kita ceritakan kepada sasaran dakwah kita jika kita kurang membaca dan kurang ilmu. Keindahan Islam itu juga tidak dapat dilihat kalau ia hanya ianya sekadar teori semata-mata tanpa kita terjemahkan ke dalam amal kita" pesanan aku suatu ketika dahulu di dalam satu majlis usrah.

Malas atau kurang minat membaca adalah virus yang merbahaya bagi seorang pelajar juga bagi seorang pendakwah. Orang yang kurang membaca, dapat dinilai kurang ilmunya melalui percakapannya. Bukan bermaksud orang itu tidak petah bercakap. Tetapi kurang isi di dalam percakapannya. Sebab itulah ramai orang petah bercakap atau berceramah, kata-katanya bersemangat, ucapan-ucapannya sedap di dengar, lawaknya menjadi penghilang mengantuk pendengarnya. Namun akhirnya tidak diketahui akan isi kandungan ucapannya.

PENCERAMAH YANG CELARU

Kuliah, ceramah, tazkirah dan apa jua majlis ilmu adalah medium untuk menyampaikan ilmu dan menyeru manusia kepada Allah (da'wah ilallah). Namun untuk menyampai ilmu (terutamanya ilmu agama) memerlukan kemahiran untuk menarik minat pendengar untuk meneliti akan apa yang disampaikan. Oleh kerana itulah, penceramah yang baik akan menyelitkan beberapa lawak yang menarik kembali fokus si pendengar yang mula hilang setelah beberapa ketika. Akan tetapi, AWAS! Ramai penceramah yang keliru dan celaru sehingga lawak itu menjadi keperluan dan ilmu yang disampaikan menjadi input sampingan. ILMU itu KEPERLUAN, LAWAK itu PERISA TAMBAHAN. Jangan sehingga bila ditanya pendengar akan apa yang disampaikan begini pula jawapannya:

Si A: "Macam mana ceramah tadi, best x??"

Si B: "Bessttt! lawak ustaz tu!"

Si A: "Dia cakap pasal ape?"

Si B: "Entahlah, aku pun tak ingat sangat sebab banyak gile lawak dia! Hahaha! Tapi memang bestlah!"


BELAJAR UNTUK MENGAJAR

Semester ini aku mula belajar menyampaikan kuliah maghrib setiap hari ahad (jika tiada halangan). Bukan kerana rasa diri ini sudah alim, tetapi kerana ingin belajar. Belajar Untuk Mengajar. Menurut Dr Azman, dengan mengajarkan sesuatu ilmu kepada orang lain, 95% daripadanya akan dapat diingat dengan baik. Sejauh mana ketepatannya, Allahua'lam..tetapi menurut perhitunganku memang ada logiknya. Kalau kita lihat, ulama'-ulama' mahupun ahli akademik dapat menyampaikan ilmu dengan baik tanpa membuka kitab / buku rujukan.
Walaupun jumlah yang mendengar tidak lah seberapa, namun apa yang penting bagi ruang masa yang ada digunakan sebaik mungkin. Daripada dibiarkan masjid sunyi sepi menanti waktu Isya', lebih baik aku gunakan untuk membebel perkara yang bermanfaat.

Wallahua'lam....
and Allah Knows Best....

Ibnu Abas

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails