4/10/2009 06:20:00 PTG

Kenapa Aku Berpolitik?


'Weh, apa citer Bukit Gantang?' tanya Mamat.

'Ah! Malas lah aku amik port! Aku bukan suka politik2 nih! Politik ni kotor tau tak?' Jawap si Abu dengan muka bengang.

"Apalah ko ni selalu sangat citer hal politik?" Tambah si Zam menyokong kawannya.

Dialog seumpama itu sering kita dengar, malah mungkin ada sebahagian daripada pembaca entri ini juga berfikiran sedemikian. Ramai orang silap mentafsir apa itu politik, malah bersikap prejudis terhadapnya. Sehingga bila dengar sahaja perkataan politik mereka mengelak untuk duduk bersama. Sedar atau tidak, politik sememangnya wujud di dalam diri kita samada kita suka atau tidak. Bermula dengan sekecil-kecil politik di rumah, pejabat, bilik kuliah, hingga ke politik yang luas yakni melibatkan pemilihan pemerintah sesebuah negara.

NO POLITIC IN IPT!

"Ish ko nih.. apsal ko pakai keychain lambang PAS kt handphone ko nih?" Tanya kawanku.

"Eh salah ke?" Jawab aku dengan muka tak bersalah.

"Salah lah..! Kan tak boleh bawak elemen politik dalam kampus?!" kawanku menambah.


Entah kenapa, kerajaan yang sedia ada sekarang begitu gerun untuk membenarkan mahasiswa berpolitik? Sedangkan dengan membenarkan mahasiswa melibatkan diri di dalam politik lah akan menghasilkan mahasiswa yang dinamik, idealisma, kreatif, dan yang paling penting menanamkan sikap 'pedulisme' di dalam diri mahasiswa. Mahasiswa yang keluar di dalam kampus dengan tanpa pengetahuan berpolitik (nota: buta politik) akan menjadi manusia yang selfish, jumud, kurang kreativiti, kurang pengetahuan tentang isu semasa, dan paling membimbangkan menjadi spesis 'aku tidak pedulisme' (nota: pinjam istilah saifulislam). Lihat sahaja lah pelajar di UiTM aku sendiri. Kebanyakkannya leka dengan dunianya sendiri. Tanpa ada sikap peduli apa yang berlaku di sekelilingnya.


POLITIK ITU IBADAH

Ramai orang berasa pelik bila aku mengatakan politik itu ibadah. Bertambah pelik bin ajaib bila aku katakan memilih pemimpin boleh dapat dosa atau pahala. Kenapa? Puncanya kerana ketidakfahaman definisi ibadah itu sendiri. Kebanyakkan beranggapan, ibadah itu solat, puasa, zakat, dan haji. Kecelaruan di dalam memahami dan menghayati tasawwur (nota: gambaran) Islam yang sebenar. Islam disempitkan di masjid dan di surau, sedangkan Islam itu luas merentasi semua perkara. Malah di dalam satu hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam menggambarkan perlunya politik kerana ia sememangnya sebahagian daripada ajaran Islam:

“Apabila tiga orang bermusafir bersama, hendaklah dilantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”

[riwayat Abu Dawud, daripada Abu Said al-Khudri radhiyallaahu 'anhu]

Kalau lah di dalam perjalanan musafir sahaja Rasulullah sudah mengarahkan kita untuk melantik ketua, inikan pula di dalam soal kenegaraan. Dari sini dapat kita fahami bagaimana Islam melatih umatnya untuk memilih ketua walaupun di dalam perjalanan bermusafir. Begitu juga di dalam keluarga, di dalam kelas, pejabat dsbnya. Malah di dalam solat berjamaah juga kita telah diajar untuk mengikut kesemua perbuatan imam, jangan sesekali melebihi imam kecuali imam melakukan perkara yang bertentangan dengan rukun solat maka boleh lah kita mufaraqah (keluar dari solat jamaah). Jadi di dalam soal memilih pemimpin negara kita kena tahu pemimpin bagaimana yang harus kita pilih dan kita taati. Sebagai mana kita faham solat, puasa dan haji adalah ibadah, maka begitu juga lah politik. Kerana politik lah kita ada kuasa untuk melaksanakan amar makruf nahi munkar. Terbukti melalui satu hadith yang bermaksud:


"Apabila kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisan, jika tidak tidak mampu maka cegahlah dengan hati (yakni membenci). Dan yang demikian itu (cegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman"

Muttafaq alaih



Apa yang boleh difahami daripada hadith di atas betapa perlunya bagi Muslim untuk berpolitik, kerana melalui politiklah kita dapat melaksanakan apa yang disebutkan sebagai "iqamatuddeen wa siyasatud dunya fih" yakni menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama. Dengan kuasa politik yang adalah kita dapat mencegah kemungkaran tak kira kecil atau besar. Malah daripada hadith di atas juga memahamkan kita wujudnya tingkat-tingkat mencegah kemungkaran. Kaedah yang paling tinggi martabat imannya ialah mencegah dengan tangan yakni kuasa diikuti dengan lisan (nota: suara, tulisan) dan paling lemah ialah dengan hati. Kepada mereka yang asyik mengatakan bahwa politik itu kotor, maka kewajipan anda lah untuk membersihkannya. Seorang yang pembersih, tidak akan membiarkan tandas rumahnya kotor tanpa ada usaha mencucinya. Kalau dia tak suka tandas kotor dia akan bersihkan dengan tangannya sendiri, bukan tunggu orang lain nak bersihkan. Kalau dia asyik membebel tandas kotor tapi tiada usaha nak bersihkan, maka dia juga pengotor. Samalah juga kalau kita asyik merungut politik kotor tapi tidak mahu membersihkannya, maka kita 2 x 5 pengotor!

Wallahu a'lam...
And ALLAH Knows Best...

~Ibnu Abas~


4 ulasan:

AnDeH berkata...

Trm ksh ulasan anda dlm blog ANdeh,
stigma politik perlu tiada.
Isu penceritaan anda sgt berbeda dari segi niat dan situasi yg berlaku hari ini. Smg ada kebenaran, Andeh ttp daif, mohon seribu keampunan dari Ilahi dari sebarang kemushkilan diri sendiri Ya ALlah...
Wallahu a'lam.

-Andeh-

AnDeH berkata...

salam..
nilai ayat anda sendiri..
siapa yg taksub
perdebatan dengan ilmu yang sedikit akan merugikan kita sendiri
Andeh juga akui kekurangan ilmu diri
andeh hargai keTINGGIan ilmu agama anda
Smg kita mendapat Petunjuk-Nya
Sombong dan bongkak bkn sifat kita
Andeh tak pernah ungkapkan PEMISAHAN politik dan Agama
Cume andeh mohon menilai
situasi ahli politik berkenaan
atas niat dan caranya
tanpa STIGMA politik


Wallahu a'alm

-Andeh-

BadekGonzalez berkata...

kita sama pendapat saudaraku..
aku naik sakit dan pedih mata bila anak islam mula tak ambil endah dengan kehidupan sendiri di masa hadapan(berpolitik)
politik ammpu mmbentuk diri kearah yg lebih baik
...
dan, yang paling aku MENYAMPAH:
mereka yg xsuke politik sebb politik kotor,
namun tidak mmbuat dan tidak mahu mmbuat perubahan...

semoga esok kita menjadi lebih sempurna dari hari ini...

salam...

Ibnu Abas berkata...

Bercakap tentang NIAT, di dalam satu perang seorang sahabat berjaya mengalahkan salah seorang tentera musuh dan ketika dia mengacukan pedang di batang leher musuh tersebut, si musuh mengucapkan kalimah syahadah akan tetapi si sahabat tersebut tetap membunuhnya. Sahabat lain yg melihat peristiwa tersebut mengadu kpd Rasulullah lalu Rasulullah pun bertanya: "Knp kau membunuhnya sedang dia telah beriman?"
Lalu sahabat membela dirinya dgn berkata: "Dia mengucap kerna takut dengan pedangku!" lalu baginda marah dan berkata: " Apakah kau membelah dadanya sehingga kau tahu apa di dalam hatinya?"

Allah Knows Best...

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails