6/10/2009 07:08:00 PTG

Tok Guru

pemimpin berjiwa rakyat


Islam ajar kita, apabila manusia selalu diawasi Raqib dan Atid, walaupun ada ibu bapa, guru, ustaz, polis, dan askar, ada lagi Allah Yang Maha Mengawasi. Mari kita bersama-sama besar-membesarkan kesedaran ini. Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kritikal sekarang ini. Semangatnya ialah, sekalipun polis tiada, Allah tetap ada. Tuhan sentiasa ada dan melihat perbuatan kita

- TG Dato' Nik Abdul Aziz

Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang tokoh agama dan juga tokoh politik yang sangat-sangat aku kagumi. Beliau telah berjaya menunjukkan keindahan Islam di dalam pentadbiran di Kelantan malah ditonjolkan oleh peribadi beliau sendiri. Malah tiada ulama' di rantau ini yang memiliki wilayah pentadbiran untuk diuji keberkesanan Islam memerintah. Beliau berjadi membuktikan bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Beliau lah tokoh Islam yang berparadigma akhlak, sehinggakan yang mengagumi beliau bukan sahaja 'orang agama' malah artis rock seperti Amy Search dan Renggo. Inilah figure pemimpin Islam yang kita mahukan. Disenangi oleh segenap lapisan masyarakat dengan peribadi mulianya.

Malah Tok Guru juga berjaya menafikan kononnya orang berjubah dan berserban itu kolot dan tidak tahu memerintah, manakala berkot dan bertali leher itu moden dan serba tahu. Itu semua merupakan pemikiran yang jumud dan taksub kepada barat.



Tambahan pula beliau merupakan pemimpin dan tokoh agama yang berjiwa rakyat. Lihat dan dengar sahaja bagaimana beliau berucap mahupun berceramah. Jarang sekali untuk didengari istilah yang jargon atau orang muda sebut bahasa bombastik. Inilah sifat tawadhu' pada pemimpin yang mahu kita contohi.

Kadangkala kata-kata Tok Guru cukup ringkas dan 'kampung', tetapi ruhnya meresap ke sanubari. Ia ringkas tapi padat, justeru mengusung makna hikmah yang berlapis. Hujahnya meliputi nas dan logik akal, menyebabkan yang mendengar terpegun dan kagum.

Cuba anda bandingkan semua MB di Malaysia, siapakah yang paling kecil dan sederhana rumahnya? Jawapannya sudah pasti Tok Guru. Ini bukti perjuangan menegakkan Islam dan membela hak rakyat. Menjadi pemimpin bukan untuk mengisi perut sendiri tapi berusaha mengeyangkan rakyat. Justeru, aku cukup tidak faham kenapa masih ramai yang buta dan memperlekeh orang yang mulia begini?

Semoga lebih ramai tokoh politik Islam dan pemimpin seperti beliau di masa akan datang.
Ameen...

rumah tok guru

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails