7/20/2009 09:32:00 PTG

Dilema PTPTN

Aku masih dalam dilema, samada mahu mengambil PTPTN atau tidak. Banyak pertimbangan yang perlu aku lakukan.

Punca utama aku mahu mengelak mengambil PTPTN ialah kerana aku meragui bahawa PTPTN sudah bebas daripada unsur riba, walaupun sekadar 1%.

Ini kerana apabila PTPTN telah menetapkan kadar sebanyak 1% maka ia sudah tidak boleh dikatakan sebagai kos perkhidmatan kerana kos perkhidmatan harus lah ditetapkan dengan syarat ia adalah KOS SEBENAR.

Apa yang aku faham daripada aku pelajari selama ini adalah apabila ditetapkan kadar 1% maka ia tetap riba' yang berselindung di sebalik nama kos perkhidmatan / upah /Qard Hasan. Ia bukan Qard Hasan yang sebenar!

Katakan lah kos perkhidmatan bagi setiap pinjaman ialah RM 400, maka tanpa mengira jumlah pinjaman yang diluluskan setiap peminjam harus membayar jumlah wang yang dipinjam + kos perkhidmatan.

Jadi sekiranya PTPTN sudah menetapkan kadar 1% maka ia bukan lagi kos perkhidmatan kerana jumlahnya akan berubah-ubah mengikut jumlah wang yang dipinjam dan ia jelas menzalimi pelajar. Oleh kerana kos yang dikenakan bergantung kepada jumlah wang yang dipinjam maka apalagi kalau bukan RIBA'?

Aku semakin pening, poket semakin kering.....

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails