7/02/2009 10:23:00 PTG

Minggu Mesra Siswa (MMS)

Dua minggu yang lalu aku sibuk dengan kursus PM (Pembantu Mahasiswa) dan terlibat dengan Minggu Mesra Siswa (MMS) untuk pelajar baru, sehingga tak sempat hendak update blog ni.

Alhamdulillah, MMS kali ni berjalan agak lancar walaupun banyak kesulitan yang dihadapi terutama disebabkan sebahagian besar kawasan UiTM sedang dalam proses baikpulih.

Tetapi bukan itu yang hendak aku ceritakan di sini. Aku sedikit kecewa dengan sikap segelintir PM yang kurang menjaga imej selaku pelajar lama di hadapan adik-adik baru. Entah mengapa di dalam MMS ni bagai ada satu tradisi bodoh yang sukar dikikis.

CHICKEN DANCE

Ya, ini lah salah satu persembahan bodoh yang akan dibuat oleh segelintir PM di dalam MMS. Tarian ayam yang kelihatannya sangat bodoh. Aku tidak faham mengapa buat sesuatu yang kelihatan bodoh dan memalukan diri sendiri semata-mata untuk 'menghiburkan' pelajar baru. Adakah sudah ketandusan idea sehingga terpaksa memalukan dan menjatuhkan maruah diri sendiri selaku pelajar senior malah selaku pemimpin pelajar? Perlukah buat sedemikian rupa semata-mata mahu dikatakan sporting? Sedangkan Islam melarang segala perbuatan yang menjatuhkan maruah diri sendiri atau orang lain.

Malah bila ditegur dikatakan tak open-minded, rigid, dan suka mencari kesalahan orang. Kadang-kadang aku sedih melihat mereka ni. 'Cakap tak serupa bikin', itulah penilaian pelajar baru apabila melihat gelagat mereka ni. Mengajak orang melakukan kebaikan dan berakhlak mulia, tetapi diri sendiri melakukan sebaliknya.



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٢) ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٣

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (3)
As-Saff

Satu perkara yang aku sentiasa khuatiri apabila dilantik memegang sesuatu amanah ialah kegagalan menjadi contoh yang terbaik kepada ahli yang dipimpin.

Bercakap memang mudah, tetapi untuk melaksanakan setiap butir perkataan yang dituturkan bukanlah semudah yang dikatakan.

Umpama kata orang putih:

"Action speak louder than words"


Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails