7/03/2009 07:50:00 PG

Tak Tahu Solat?


Semalam salah seorang PM siswi Biro Kerohanian melaporkan kepada aku ramai pelajar baru siswi yang pura-pura 'uzur' kerana malas solat. Manakala yang solat pula, masih ramai tak tahu pasal makmum masbuk. Ada yang solat kejar imam pula tu! Alahai sedihnya aku dengar...

Aku tidak menyalahkan mereka, kerana aku yakin sebahagian besar mungkin mempunyai latar belakang pendidikan agama yang sangat rendah, malah mungkin tiada langsung! Sehinggakan mendirikan solat pun sekadar ikut-ikut. Aku terangkan kepada ahli biro Kerohanian bahawa kita tidak boleh salahkan mereka kerana yang datang sini kebanyakkannya tiada didikan dan pengetahuan agama. Tidak hairan mereka tidak rasa solat itu penting kerana cara solat yang betul pun mereka tak tahu. Astagfirullah.. Ini lah realiti kerosakkan agama pemuda-pemudi hari ini. Dunia dikejar tak dapat, akhirat pula keciciran.

InsyaAllah Sabtu dan Ahad ini pihak Unit Agama akan mengadakan kursus Pemantapan Ibadah. Harap-harap dapat membantu mereka ni menghayati akan erti ibadah itu sendiri. Tak terbayang aku bagaimana generasi akan datang. Satu kata-kata Imam Ghazali (kalau tidak silap);
"Jika hendak lihat bagaimana pemimpin akan datang, lihat generasi muda hari ini"

Wallahu 'Alam...

-Ibnu Abas-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails