9/09/2009 02:27:00 PG

Ramadhan, Bukan Sekadar Bulan Ibadat


Ramai yang beranggapan bulan Ramadhan sebagai bulan beribadat semata-mata. Namun tidak ramai yang memahami dan menghayati hikmah yang dikurniakan di sebalik bulan yang mulia ni.

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu BERTAQWA
[al-Baqarah: 183]
Bagaimanakah yang dikatakan bertaqwa? Taqwa ialah umpama kita berjalan di jalan yang gelap dan penuh dengan duri. Sangat berhati-hati dalam mengatur langkah, kerana bimbang kaki kita akan terluka terkena duri. Demikian lah kita dalam bulan Ramadhan. Dididik agar kita berhati-hati sepanjang kita berpuasa, kerana bimbang hanya dapat lapar dan dahaga tanpa bekalan pahala dan keampunan Allah di penghujungnya.

Maka di bulan puasa, kita boleh menjaga lidah, mata, telinga, dan anggota lain daripada melakukan maksiat. Kita boleh 'stop' mengumpat, boleh tundukkan pandangan terhadap perkara yang maksiat, kita boleh tutup telinga daripada mendengar gosip, dan kita juga mampu kurangkan pembaziran.

Malah lebih hebat lagi, kita mampu bangun sebelum subuh untuk bersahur. Kita mampu solat sunat tarawih 8 rakaat (paling kurang), solat berjamaah di masjid, khatam al-Quran dalam tempoh sebulan, perbanyak bersedekah, dan pelbagai amal ibadat lain.

Tapi malangnya.........

Kita tidak mampu ISTIQAMAH....

Maka tidak hairan lah, selesai bulan Ramadhan kita kembali menjadi kita yang dahulu. Kita yang malas solat sunat, kita yang malas baca al-Qur'an, kita yang kedekut, kita yang kaki mengumpat dan pelbagai perangi buruk kembali menguasai diri.

Kita gagal memanfaatkan latihan selama sebulan yang kita hadapi.

Siapa yang kita sembah sebenarnya? Allah Ta'ala? Atau Ramadhan?

"Lu pikir lah sendiri"


Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails