10/14/2009 07:35:00 PG

Belajar Menerima Kenyataan

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) 
[Surah Al-Baqarah]



Menjalani kehidupan selaku seorang Muslim, sudah pasti kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang bersesuaian dengan iman kita. 


Adakalanya kita diuji dengan kekurangan harta (wang), perempuan, bala bencana dan sebagainya. 


Dan bagi aku, antara ujian yang berat ialah ujian perasaan. Perasaan takut dikecewakan, takut disalahkan, takut dibenci, dan pelbagai perasaan yang kita semua alami selaku insan



Ia memang berat. Untuk mengimbangi dan menjaga perasaan sendiri dan perasaan orang lain. 


Bila kita menjaga hati di satu pihak, pihak yang lain akan terasa. Tidak kurang juga adakalanya kita terpaksa mengecewakan seseorang demi menjaga hati seseorang. Sememangnya manusia itu lemah dan serba kekurangan.

Mungkin kita pernah terasa dunia ini tidak adil. Kita rasa ujian yang ditimpa ke atas kita itu terlalu berat dan tidak mampu kita tanggung. Demi Allah, tiada ujian yang diberikan kepada kita melainkan ia layak untuk iman kita.


لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Baqarah: 286) 

Belajar  lah dan biasakan diri untuk menerima qada' dan qadar Allah. Kita tidak mungkin mampu mengelak takdir yang telah ditentukan tetapi tidak bermakna tidak perlu berusaha untuk mendapat apa yang kita hajatkan.



Bina keyakinan bahawa hasil bukan segala tetapi apa yang penting ialah USAHA dan TAWAKAL kita kepada Allah. Dan perlu kita sentiasa ingat, setiap yang kita berikan kepada makhluk, janganlah meletakkan harapan untuk dibalas. Sebaik-sebaik dan seadil-adil pembalas ialah Allah. 

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-  

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails