10/11/2009 02:02:00 PTG

Bersyukur

Pernah tak kita merungut di dalam hidup kita? Ini tak cukup, itu tak sempurna. Pelbagai perkara kita merungut.

Atau kita tidak merungut, tetapi kita selalu membanding diri kita dengan orang lain yang lebih dari kita. Orang tu lebih kaya, orang tu lebih tampan, orang tu lebih cantik. Macam-macam!

Sehingga adakalanya kita terlalu memikirkan sesuatu yang kita tiada sehingga kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang kita ada!

Firman ALlah yang bermaksud:

"Pada diri kalian terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?" [Az-Dzariyat: 21]

Dan juga:

".....Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin..." [Luqman: 20]

Cuba kita renung kehidupan kita

Ada antara kita yang mungkin merungut tentang harta

"RUmah aku kecil, rumah dia besar dan mewah..."

Tapi lupa betapa ramai manusia yang tiada rumah, malah hidup merempat tiada tempat berlindung

"Maka nikmat Tuhan manakah yang layak kamu dustakan?" [Ar-Rahman: 13]

Ada yang merungut kerana sekadar memiliki kenderaan buruk sahaja.

"Cemburu aku tengok mamat tu, muda-muda dah pakai kereta BMW... aku ni motor kapcai buruk ni jela..."

Tapi dia lupa dia masih punyai kenderaan untuk ditunggang, sedangkan ramai lagi yang tidak mampu memiliki apa-apa kenderaan.

"Apa lah nasib.... tiap hari kena berjalan ke sekolah, orang lain mak bapak bagi motor!" rungut anak muda itu mengenang kemiskinan keluarganya.

Dia juga lupa.. ada ramai manusia yang tidak boleh berjalan kerana tiada kaki ataupun lumpuh.

"Maka nikmat Tuhan manakah yang layak kamu dustakan?" [Ar-Rahman: 13]

Renunglah nikmat Allah yang ada pada diri kita... Nescaya kita tidak akan kufur kepada nikmat-Nya. Perhatikan diri kita. Mampu kah orang kaya membeli penglihatan kita, pendengaran kita, kaki dan tangan kita, malah nyawa kita?

Setiap insan dikurniakan rezeki yang setimpal untuk dirinya.

Barangkali juga Allah tidak mengurniakan harta yang banyak kerana Dia tahu kita tidak layak untuk harta tersebut?

Mungkin sekiranya diberi harta kita akan lupa kepada-Nya?

Ambil analogi kisah ini

"Ayah, nak RM 200!" pujuk di anak berusia 5 tahun.

"Adik nak buat apa duit banyak tu?" tanya si ayah kehairanan.

"Adik nak beli aiskrim!" Jawab si anak jujur.

Logiknya, adakah si ayah akan bagi anaknya RM200?

Sekiranya si ayah tidak beri, adakah bermakna si ayah tidak sayang kepada anaknya?

Sudah tentu tidak!

Kasih sayang Allah Maha Luas..

DIA tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

"...sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya..." [Ibrahim: 34]


Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

1 ulasan:

Muslimah Marsi berkata...

adk rse rendah diri kerana kdg2 xprsn kite xmnsyukuri nikmatnya~ huhu
namun benar, sesungguhnya jika kte nk hitung,
nikmat yg Dia brikan itu xkn pernah terhitung banyaknya. subhanallah..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails