1/17/2010 09:53:00 PG

Bahasa




Bahasa jiwa bangsa. Itu lah ungkapan yang kita sering dengar. Apabila aku terbaca artikel terbaru saifulislam.com, terdetik hati aku untuk menulis pendapat ku di sini.

Tidak dinafikan, kualiti bahasa yang digunakan anak muda zaman kini berada di tahap yang menyedihkan. Daripada pertuturan hingga lah penulisan, semuanya menjadi 'bahasa pasar'.

Aku sendiri pun bukan lah penulis yang berbahasa Melayu Tinggi, tapi sekurang-kurangnya menjaga dan mencintai bahasa ku sendiri sebaik mungkin.

Kerana itulah aku kurang selesa bila mendengar presentation di dalam kelas terkeluar perkataan 'korang' , 'kitaorang' dan sebagainya. Malah mereka yang memegang jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar sekalipun menggunakan perkataan 'korang' dan 'kitorang'!

Kalau bahasa dalam SMS atau perbualan dengan kawan-kawan tu mungkin boleh diterima. Tapi kalau dalam majlis rasmi dan penulisan ilmiah pun diperlaku sedemikian rupa, memang aku tak boleh terima.

Kata-kata SifuPTS, Puan Ainon Mohd. ni mungkin perlu kita renungkan bersama:

Gaya bahasa macam gaya bahasa saudara ini tidak digunakan dalam al-Quran, mahu pun dalam sunnah Nabi Muhammad SAW. Semua ejaan dalam Quran adalah ejaan sempurna, dan Nabi Muhammad tidak bercakap menggunakan bahasa macam bahasa budak belum matang dan rendah taraf pendidikannya.
Sekian.

Wallahu 'Alam

-IbnuAbas-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails