1/29/2010 12:17:00 PG

PRK




"Tak pergi mengundi ke?" tanyaku kepada orang-orang yang aku jumpa.

Antara jawapan ku terima:

"Eh, mengundi? PRK ke harini?

"Malas lah, perlu ke?"

"Wajib ke bang? Dapat cop kolej ke?"

Pilihanraya kampus UiTM

Aku tidak begitu arif tentang sejarah pilihanraya UiTM dan Akta 174 itu sendiri. Apa yang aku pasti bila dibandingkan dengan universiti lain, pasti UiTM dipandang sepi. Bukan sahaja oleh orang luar, malah warga UiTM itu sendiri.

Malah kalau berdasarkan cerita dan komen orang luar, kempen PRK di UiTM tak semeriah dan sehangat di universiti yang lain. Mungkin disebabkan sistem PRK di UiTM yang membenarkan kewujudan satu 'parti' sahaja. Tidak seperti di universiti lain yang mempunyai dua parti yang disebut sebagai Pro Mahasiswa @ Pro-M dan pro-kerajaan @ Aspirasi.

Kerana itu lah sebahagian pensyarah yang aku jumpa berpendapat bahawa MPP UiTM tidak ada matlamat yang jelas untuk dibawa. Manifesto yang dibawa bersifat individual, kadangkala terlalu idealis jauh dari realiti. Akibatnya bila sudah menang dan majlis ditubuhkan kebanyakan anggota MPP tidak menunaikan manifesto @ janji manis mereka. (bak menanam tebu di bibir). Berbeza dengan MPP universiti lain yang mana setiap parti sudah mempunyai agenda dan matlamat yang jelas untuk diperjuangkan sebelum menang lagi. Bukan aku hendak menuduhkan MPP UiTM 'cakap tak serupa bikin' (walaupun ada segelintir) tapi yang cuba aku sampaikan ialah mereka tidak mempunyai asas perjuangan yang jelas untuk diketengahkan di awal penyertaan dalam pilihanraya lagi. Bila mana MPP ditubuhkan di kalangan mereka yang berbeza ideologi @ pemikiran maka akhirnya manifesto yang dijanjikan dahulu tak dapat ditunaikan.

Maka jadi lah janji hanya tinggal janji~

P/S: Ini hanya pendapat peribadiku berdasarkan pemerhatian sendiri dan pandangan orang-orang di sekelilingku. Sebarang komen dialu-alukan. Mungkin bekas MPP boleh komen juga.

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails