2/26/2010 12:16:00 PG

SAYANG NABI DENGAN BUAT PERARAKAN?




Perjuangan Rasululullah SAW amat memeritkan. Semuanya bertujuan, untuk melihat umat berada dalam keamanan dan keselesaan ketika berhadapan dengan Allah di akhirat kelak.

Justeru, tidak hairan bahawa menyayangi Rasulullah SAW merupakan kewajipan dan kefarduan. Seseorang yang hanya menyayangi Allah, tanpa menyayangi Rasulullah SAW, pasti keimanannya tidak diterima oleh Allah SWT.

Kesayangan kita terhadap nabi SAW, hendaklah berada ditingkat yang kedua, selepas Allah. Sayang kita terhadap ibu dan bapa, hendaklah berada selepas daripada kesayangan kita terhadap nabi Muhammad SAW.

Sabda Nabi SAW;

فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ

Maksudnya;
”Dengan nyawaku berada di tangan-Nya, tidak beriman seseorang kamu hingga aku lebih disayanginya berbanding bapanya dan anaknya
[1]

Persoalannya, bagaimana cara untuk menunjukkan kesayangan kita terhadap Rasulullah SAW? apakah dengan cara kita menyambut Maulid Nabi SAW, ataupun dengan kita berarak dan mengangkat sepanduk merupakan cara yang terbaik untuk melambangkan sayang kita terhadap Rasulullah SAW?

”kita kena buat perarakan la ustaz.. itulah sebagai tanda kita menyayangi Rasulullah SAW” seorang lelaki memulakan bicara selepas selepas ceramah di Sri Damansara

Aku tersenyum mendengar bicara lelaki yang baru aku kenal itu.

”ana nak tanya anta sikit la syaikh” Aku mula hendak menjawab bicaranya.

”cara anta nak zahirkan kecintaan anta kepada seseorang, mesti anta lakukan perkara yang dia suka, bukan?” sambungku dengan soalan.

”betul tu ustaz”... balas lelaki itu.

« ok… kalau macam tu, kalau anta nak zahirkan kecintaan anta terhadap Nabi Muhammad SAW, mestilah anta lakukan perkara yang Nabi SAW suka. Betul tak ? » soalku lagi.

«ya.. ustaz.. ana setuju »

« anta rasalah, ana punya kesukaan, sama tak dengan kesukaan anta ? »

Lelaki itu agak berfikir. Kemudian berkata, ”tak sama kot” jawabnya teragak-agak.

”ada manusia itu, dia suka muzik yang berbentuk lembut. Tapi kalau anta tanya ana, ana minat lagu berbentuk keras, macam metal” balasku sambil tersenyum.

Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya, tanda setuju.

”maknanya, semua perkara yang kita rasa Nabi SAW suka itu, belum tentu ia memang benar-benar disukai oleh Nabi SAW. betul tak?

”betul ustaz”

”soalnya, apakah berarak menyambut Maulid Rasul itu memang benar-benar Nabi SAW suka?” soalku memprovokasi.

Lelaki itu kelihatan berfikir panjang. Dia tidak berjaya memberikan jawapan.

”syaikh.. Islam ini mesti ada sandarannya. Tidak dapat tidak, mesti Al-Quran dan As-Sunnah” aku memulakan ’tazkirah’ ringkas.

”kita tidak boleh pakai Akal semata-mata.. bahkan, hendak menafsirkan Al-Quran dan As-sunnah pun, ada kaedah-kaedahnya.. mesti kaedah Al-Quran menafsirkan Al-Quran, sunnah menafsirkan Al-Quran, dan sebagainya.. kalau guna akal pun, sekadar dipandu oleh alat-alat yang berasaskan kepada al-Quran dan As-Sunnah, seperti kaedah usul fiqh dan kaedah Fiqh.. inilah cara imam-imam mazhab dan ulama-ulama dalam menghuraikan wahyu” ujarku panjang lebar.

Kelihatan lelaki itu mengambil perhatian terhadap segala ”tazkirahku”. Setiap rangkap ucapanku, pasti kelihatan dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

”jadinya, untuk kita nak tahu Nabi SAW suka atau tidak, mesti merujuk kepada wahyu, sama ada Al-Quran dan As-sunnah. Sebab, sumber dari kedua-dua mesti Nabi SAW suka. Bersumberkan selain dua sumber ini, belum tentu ia disukai oleh Nabi Muhammad SAW. betul tak?”

Lelaki itu menangguk-anggukkan kepalanya, tanda setuju.

”Bimbangnya, bila kita lakukan sesuatu perkara yang kita sangka ia disukai oleh Nabi SAW, tiba-tiba ia sebenarnya tidak disukai oleh Nabi SAW, kan berat jadinya.. betul tak?” sambungku panjang lebar.

”betul ustaz.. betul”

”macam tu la juga, kita nak berarak atau tidak ketika sambut Maulid Nabi.. anta yakin, berarak itu memang disukai oleh nabi SAW?” sengaja aku melontarkan soalan.

”emmm...”

”macam mana anta nak yakin, sedangkan Nabi SAW tidak bagitau bahawa berarak itu disukai oleh Baginda SAW? berarak itu pun, Nabi SAW tidak pernah lakukan pun? Betul tak?”

Lelaki itu tersenyum dengan jawapanku. Kelihatan dia berpuas hati dengan jawapanku itu.

”sebab itu, kalau orang tanya ana.. nak berarak, silakan je la.. tapi, jangan dikaitkan dengan Nabi SAW... jika kita kaitkan juga dengan Nabi, sebenarnya kita telah melakukan dusta terhadap Nabi SAW..”

Aku pun membaca hadis Nabi SAW;

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya;
”Barangsiapa yang melakukan dusta terhadap aku, maka dia menempah tempatnya daripada neraka
[2]

”lagi berat, jika ada orang kata, berarak itu ada fadhilat dia tersendiri.. apakah dia ingat, pahala ini macam mak bapak dia yang punya?” ujarku.

”syaikh.. kalau anta kerja dengan seorang majikan, gaji tu, anta yang tetapkan ke, majikan yang tetapkan?” Soalku.

”emm.. mestilah majikan” jawabnya.

”pahala ni, kita yang tetapkan ke, Allah yang tetapkan?” soalku berangkai.

”mestilah Allah”.

”Macam tu la juga, dalam isu perarakan Maulid Nabi yang dok kecuh-kecuh ni” ujarku menutup hujjah.

Dia mengangguk, bersetuju dengan hujjah yang aku kemukakan.

baca sama:
perarakan Maulid Nabi : TGNA tetap dengan pendiriannya.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails