Soalan 2
Assalamualaikum..
Ikut solat bersama orang arab,saya dapati ada perbezaan antara cara menunaikan solat tarawikh.kalau di negara kita antara rakaat solat tarawikh,selalunya bilal akan berselawat diikuti oleh makmum.tetapi berlainan dengan orang arab,imam meneruskan solat tanpa diselangi selawat.Minta pandangan tuan dalam perbezaan ini.mengapa wujud perbezaan ini dan cara mana yang disepakati ulama`?Minta juga disertakan hadith rujukan. Sekian.
Sepakat ulama' bersetuju bahawa solat tarawih boleh dilakukan secara jemaah, cuma mereka khilaf mengenai jumlah rakaat yang dilakukan. Terdapat riwayat yang sahih mengenai zikir selepas witir, yang wujud didalam amalan solat tarawih di Nusantara ini dan telah ditambah beberapa amalan lain seperti selawat dsb.
Rata-rata dinegara Islam masih mengekalkan kewujudan solat secara berjemaah dan kedapatan rihat seketika setelah selesai solat 2 rakaat tarawih. Cuma apa yang berbeza ialah pengisian yang dilakukan diantara solat-solat tarawih tersebut. Terdapat beberapa amalan yang dilakukan diantara waktu-waktu rehat diantara solat tarawih, diantaranya adalah : berzikir, membaca al-quran, tawaf ; cuma bezanya amalan-amalan ini dilakukan dinegara-negara Arab ialah ianya dilakukan secara individu. Menurut bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Syiekh Atiyag Saqr :-
"Selingan yang sama berlaku pada masyarakat Mekah pada masa solat tarawih ialah bertawaf mengelilingi kaabah 7 pusingan selepas selesai 2 rakaat tarawih, perkara ini yang menjadikan masyarakat Madinah melebihkan bilangan rakaat tarawih keatas 20 sebagai gantian kepada tawaf, dan ini adalah cara sistematik untuk mengetahui berapa bilangan yang mereka solat, disamping akitiviti solat, maka tidaklah ditegah secara mutlak! Ini tidaklah dimasuk dibawah apa yang dinamakan bid'ah., nas-nas umum membuktikannya, disamping tidak ada bangkangan terhadapnya, dan jika ia dinamakan atas nama bid'ah, maka samalah dengan apa yang disebutkan oleh Umar ra : Ini adalah senikmat-nikmat bid'ah, apabila beliau melihat orang Islam bersolat tarawih berjemaah dibelakang Ubay bin Kaab"
Jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mekah pada zaman dulu melakukan tawaf dimasa rehat diantara 2 solat tarawikh, dan masyarakat Madinah pada masa Umar bin Abdul Aziz menambah rakaat sampai kepada 36 rakaat dan 3 witir sebagai ganti ibadat tawaf. Begitu juga semasa selingan (rehat) diantara 2 rakaat atau 4 rakaat solat tarawih boleh diisi dengan bacaan al-Quran, berselawat, berdo'a dsb, yang jatuh kepada definasi luas ibadat zikir. Berkata al-Syiekh lagi:
Disana tidak ada nas yang melarang berzikir atau berdo'a atau membaca al-Quran diantara setiap 2 rakaat tarawih atau setiap empat rakaat misalnya, dan ia masuk didalam kategori perintah umum berzikir didalam setiap keadaan. Pada umumnya para salaf tidak melakukannya dan tidak juga menunjukkan ianya dilarang."
Syiekh Atiyah Saqr menjelaskan bahawa tidak pula terdapat apa-apa larangan mengenai amalan yang dilakukan pada waktu selingan tersebut. Menurut sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Daar al-Iftaa'
"Adalah digalakkan duduk diantara setiap 4 rakaat dengan kadarnya, begitulah diantara 5 tarawih dan witir, dan ini diwarisi sejak dari golongan salaf sebagaimana solat Ubay bin Kaab dan para sahabat yang diriwayatkan oleh Abi Hanifah - dan nama tarawih (rehat-rehat) itu sendiri dibina atas dasar ini - maka yang afdal ialah menunggu, dan tidak ada riwayat para salaf mengenai perkara tertentu yang mereka lakukan, yang dinyatakan semasa menunggu, dan masyarakat setiap negara bebas memilih masa/waktu untuk duduk, dan diantara rehat dilakukan pembacaan al-Quran, dan bertasbih, dan Solat 4 rakat berseorangan, bertahlil, bertakbir atau menunggu dengan berdiam diri dan tidak ada sesuatu perkara khas yang di lakukan."
Apa yang jelas disini ialah amalan selingan itu dilakukan oleh individu-individu yang mempunyai hajat dan cara masing-masing bagi mempertingkat amalan dibulan Ramadhan. Tidak ada kaifiat khas atau bacaan yang dikhaskan sebagai selingan diantara rakaat-rakaat tarawih. Mengenai bacaan selingan yang dibaca negara kita, terdapat nas-nas yang menunjukkan bahawa bacaan tersebut dibaca setelah selesai solat tarawih atau dibaca selepas witir. Dari Ubay bin Kaab ra :
"Rasulullah saw apabila selesai memberi salam solat witir, beliau berkata :'Subhana al-Malik al-Quddus'" - [Hadith riwayat al-Nasaa'i]. Didalam riwayat yang lain Rasulullah saw menyebut zikir tersebut sebanyak 3 kali. Imam Ahmad menyebut bahawa Rasulullah saw membacanya secara kuat, didalam musnadnya menyebut :-
Sesungguhnya baginda membaca didalam witir membaca ayat Sabbihasma rabbikal 'alaa, Qul Ya Aiyyuhal Kaafirun, dan Qul hu Allahu Ahad, dan apabila selesai salam akan mambaca : 'Subhana al-Malik al-Quddus, Subhana al-Malik al-Quddus, Subhana al-Malik al-Quddus' sambil menguatkan suaranya"
Kesimpulannya, ulama salaf pada masa dulu cuma melakukan rehat diantara rakaat-rakaat tarawih tanpa memberi pengkhususan mengenai amalan yang mereka lakukan. Didalam pengisian masa rehat tersebut ada yang berzikir, ada yang membaca al-Quran malah bagi mereka yang berada di Mekah akan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah. Cuma tidaklah mereka ini melakukan secara berjemaah amalan-amalan semasa rehat didalam solat tarawih seperti yang diakukan oleh masyarakat sekarang dengan selawat. Apa yang boleh kita tekan disini ialah, dimasa selingan solat tarawih, bolehlah dilakukan amalan yang boleh menambahkan pahala dan juga memohon pengampunan dari Allah swt. Kalau dirasakan dengan berselawat dapat menambahkan lagi keImanan, maka bolehlah dilakukan. Dan janganlah lakukan sesuatu amalan secara menjerit-jerit tanpa mengetahui makna dan tujuan melakukannya. Setiap manusia itu ditanggung jawabkan atas apa yang mereka katakan. Wallahu ‘Alam…
Rujukan: al-ahkam.net
-Ibnu Abas-
Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS)'s Fan Box
Artikel Terkini
Tsabat Dalam Perjuangan
Artikel Pilihan
Hentikan permusuhan Salaf & Khalaf
Lencana Facebook
How I Feel?
Bersuara Di Sini
Categories
- Aqidah (10)
- Cinta (2)
- Da'wah (54)
- Doa (1)
- Falsafah (4)
- Fiqh (31)
- Hari Raya (1)
- Iklan (2)
- info (15)
- Isu Semasa (31)
- kehidupan (20)
- Komputer (2)
- Politik (31)
- Puisi (2)
- Ramadhan (3)
- Renungan (29)
- Sirah (5)
- Tafsir (3)
- Tarawih (1)
- Tazkirah (39)
- Tokoh (2)
- Zikir dan Fikir (20)
Arkib Blog
-
▼
2009
(143)
-
▼
Ogos
(12)
- Selawat Antara Solat Tarawih, Sunnah ke?
- Hukum Gabung Niat Puasa Qadha & Sunat
- Sudah Bersediakah menyambut Ramadhan?
- Doa Perlindungan Untuk Wanita
- Futsal
- KRITIKAN TERHADAP JAMAAH TABLIGH
- AYAT-AYAT POWER TOK GURU
- Ust Asri - Pergi Tak Kembali
- Cukuplah Allah bagiku
- Khabar Angin
- Selsema Babi
- 1 Malaysia Kena Bantai
-
▼
Ogos
(12)
Laman Siasah
-
-
Kembara Ilmu November 20168 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?8 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai11 tahun yang lalu
-
menawan puncak kinabalu 1 (politik)11 tahun yang lalu
-
-
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN11 tahun yang lalu
-
-
Ust Hasrizal
Taman Ilmu
-
Mengapa Hanya Surah Yusuf4 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
-
SENARAI GRADUAN SESI 20168 tahun yang lalu
-
-
Tanyalah Ustaz11 tahun yang lalu
-
Diharamkan Mengumpat11 tahun yang lalu
-
Beli Buku Online13 tahun yang lalu
-
Aku Pijak di Medan Bumi14 tahun yang lalu
-
PILIHAN RAYA KECIL SEKALI LAGI!!15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sahabat Saya
-
Bebanan Hutang Dan Persahabatan3 bulan yang lalu
-
mengapa Mustika? - VOL 16 tahun yang lalu
-
DEMI CINTA SUCI6 tahun yang lalu
-
Promo Awal Muharram Tasneem Naturel!!!!7 tahun yang lalu
-
Derma9 tahun yang lalu
-
-
Midnight in Paris (2011)9 tahun yang lalu
-
Zalim Terhadap Rohani?11 tahun yang lalu
-
Logo Petunjuk Arah12 tahun yang lalu
-
-
Guide Me All The Way..12 tahun yang lalu
-
2012: Update BLOG!!12 tahun yang lalu
-
My Big Bang12 tahun yang lalu
-
Malam Senyum Simpul12 tahun yang lalu
-
Hello & Hai13 tahun yang lalu
-
-
Warkah buat Ratna..13 tahun yang lalu
-
Taknak baby meragam sgt?13 tahun yang lalu
-
-
Rumah Baru14 tahun yang lalu
-
Final Exam...!!!15 tahun yang lalu
-
-
bicara hati..15 tahun yang lalu
-
-
HarakahDaily.Net
Pengikut
Tazkirah
Mereka melontar dan membaling kamu dengan batu
Tetapi kamu membalas mereka dengan buah
-Assyahid Hassan al-Banna-
Pengumuman
-Ibnu Abas-
Dilarang menerbitkan mana-mana artikel di blog ini bagi tujuan komersial. Untuk tujuan dakwah sangat dialu-alukan.
Kata kata Nasihat
Aku berlindung daripada penyakit ini Ya Allah.
-Ibnu Abas-
HUKUM BERKAITAN PUASA
Soalan 1 BOLEHKAH COMBINE NIAT antara puasa sunat dan puasa wajib
Asal niat didalam ibadat hanyalah : satu ibadat satu niat. Cuma ulama' membincangkan beberapa permasalahan didalam keafdalan melakukan sesuatu amalan. Sebagai contoh, dijangka 9 Zulhijah akan jatuh pada 20 Januari 2005, yang kebetulan merupakan hari Khamis. Puasa Isnin-Khamis mempunyai fadhilat yang umum, akan tetapi Puasa Arafah mempunyai fadhilat khas, maka ulama' berpendapat bahawa berniatkan puasa Arafah, dengan izin semoga mendapat fadhilat berpuasa hari Khamis. Disana ada dikalangan ulama' yang membenarkan dikombinasikan niat tersebut. Kaedah umumnya yang diberikan oleh Syiekh Ibn Utsaimin (Liqa' al-Baab al-Maftooh, 51/19) adalah seperti berikut:
a. Ibadat yang tidak sama jenis. Contohnya solat sunat Fajar dan solat sunat Duha tidak boleh disatukan niat, ini adalah kerana kedua-dua bergantung kepada masa yang berlainan.
b. Ibadat yang tidak khusus. Contohnya; solat tahiyatul masjid bersifat Umum. Maka jia seseorang yang masuk masjid tatkala Imam dan Makmum sedang bersolat sunat al-Fajar, maka hendaklah dia juga bersolat sunat al-Fajar dan disatukan niat Solat Tahiyatul masjid (yang disunatkan secara umum bagi sesiapa yang memasuki masjid).
Kita berbalik kepada scenario diatas: Qadha' Puasa dan Puasa 6 hari didalam bulan Syawaal; apakah boleh disatukan niat? Secara umumnya, jenis ibadat ini juga berlainan; puasa Qadha' vs puasa Sunat. Disini saya memetik sebuat Fatwa yang dikeluarkan oleh lembaga penyelidikan dan fatwa Arab Saudi yang menyentuh berkenaan dengan qadha' puasa Ramadhan dan puasa Isnin-Khamis :-
FATWA LEMBAGA PENYELIDIKAN DAN FATWA ARAB SAUDI
Jika seseorang berpausa Isnin dan Khamis, adakah boleh digunakan puasa ini sebagai mengqadha' puasa Ramadhan? Atau adakah NIATnya perlu diasingkan?
Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa. Mudah-mudahan (moga-moga) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya." -[Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383].
Menurut Syiekh Ihsan bin Muhammad 'Aaish al-'Ataibi :
"Pandang yang paling hampir kepada kebenaran : sesungguhnya tidak dibenarkan bagi orang Islam menkombinasikan Niat diantara 2 ibadat dimana setiap satunya mempunyai fadhilat khas, amalan khas yang tersendiri (independent). Contohnya : Tidak boleh menkombinasikan Qadha' Ramadan dan Nazar. Begitu juga diantara Qadha puasa Ramadhan dan puasa Enam didalam bulan Syawwal, dan begitulah sesungguhnya maksud dari hadith agar manusia berpuasa 36 hari - satu bulan (Ramadhan) dan 6 hari (Syawwal) - Maka jika dihimpunkan kedua niat, maka jadilah ia puasa 1 bulan dan satu hari sahaja!
Inilah yang dibezakan dengan maksud hadith bahawa berpuasa satu bulan Ramadhan dan 6 hari, maka telah datang sunnah yang menjelaskan tujuan hadith ini, telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang baik bahawa Nabi saw bersabda "Barangsiapa yang berpuasa 6 hari selepas berhari raya maka dia telah menyempurnakan / berpuasa satu tahun penuh, barangsiapa yang mendatangkan kebaikkan (melakukan puasa) maka baginya digandakan 10"
Didalam kes mengadha' puasa dan melakukan puasa sunat 6 hari didalam bulan Syawwal, ulama berbeza pendapat yang mana satu harus dilakukan. Beberapa ulama' berpandangan bahawa Tidak sah amalan sunat sebelum melakukan qadha'. Mereka menggunakan kaedah :
"Sesungguhnya amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu"
Akan tetapi, jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. [Sharh al-Mumthi' 6/448].
Kesimpulannya, bagi puasa sunnat yang mempunyai fadhilat umum (seperti Isnin-Khamis), jika ia bersamaan dengan puasa sunnat yang mempunyai fadhilat khas (contohnya puasa sunat hari Arafah), bolehlah dilakukan niat yang khas (Puasa Arafah) bagi mendapatkan ganjaran puasa Isnin-Khamis sekali. Bagi Puasa qadha' yang dilakukan pada bulan Syawwal, dia boleh berniat qadha' dengan harapan moga mendapat juga fadhilat berpuasa didalam bulan Syawwal. Jika seseorang itu berniat puasa sunat, maka tuntuan qadha' masih tidak terlepas dari dirinya.
(sumber rujukan: al-ahkam.net)
Wallahu 'Alam
-IbnuAbas-
Label: Fiqh
Bagaimana menyambut Bulan Ramadhan?
Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.
Pesanan Shaikh Abdul Aziz bin Baz
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa.
[Al-Baqarah 2:183]
Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang diutamakan, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan Al-Quran (dalam bulan ini) dengan firmannya:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. [al-Baqarah 2:185]
Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana firman-Nya:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [al-Qadr 97:1-3]
Selain itu diampunkan dosa-dosa yang lepas bagi mereka yang berpuasa dengan penuh iman dan azam. Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.[2] [Shahih Muslim – hadis no: 760]
Kewajipan berpuasa (juga mengajar kita) menjaga diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan. Ia mencegah kita daripada melakukan semua keburukan kepada memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadat khusus pada 10 terakhir bulan Ramadhan.
Pesanan Dr Ahmad Abu Halabiah - ahli majlis tertinggi fatwa Palestine
Terdapat beberapa adab yang perlu diperhatikan dalam bulan Ramadhan. Adab-adab tersebut adalah:
Pertama:
Sabar ke atas musibah dan kecaman yang menimpa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (hadith shahih Bukhari)
Kedua:
Digalakkan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana Ramadhan merupakan bulan ketaqwaan sebagaimana firman-Nya:
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa. [al-Baqarah 2:183]
Ketiga:
Menjaga diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan, akan tetapi pengharamannya diberi penekanan yang lebih jelas dalam Ramadhan.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor. (hadith shahih : riwayat al-Hakim)
Larangan mengumpat dan mengadu domba tidak sahaja terhad kepada bulan Ramadhan tetapi berlaku umum untuk setiap masa dan tempat. Penekanan diberi dalam bulan Ramadhan sebagai latihan dan ulang-peringatan. Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujerat 49:11-12]
Keempat:
Sentiasa mengingati amalan agama, hal-ehwal sesama Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka. Hadith riwayat al-Thabarani (hadith hasan)
Kelima:
Dalam bulan yang mulia ini dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu. [al-Tahrim 66:06]
Selain itu saya menasihatkan diri saya dan semua saudara-saudara Islam agar dimanfaatkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang baik berikut:
1. Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula menunaikan solat Jumaat dan menghadiri majlis ilmu.
2. Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.
3. Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
4. Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.[7]
5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.
6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
7. Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.
8. Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Seorang Muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain (hadith riwayat Muslim)
Label: Tazkirah
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Fikirkanlah.
Ust. Zaharuddin Abd Rahman
Kolumnis Ruangan An- Nur, Harian Metro/Metro Ahad
http://www.zaharudd in.net/ dalam "Doa khusus elak cabul dan rogol"
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008
Label: Doa
Seronok betul hari ini. Pagi tadi aku bersama adik-adik PERMAS main futsal. Baru aku perasan teruk betul stamina aku sekarang! Kalau dulu aku merupakan sprinter untuk 100m dan 200m dan juga left forward untuk pasukan sekolah, agak-agak sekarang macam mana ye? Main sekejap pun dah semput! (tambah lagi main sambil gelak). Akhirnya, aku jadi penjaga gol. Hehehe baru tahu cekap juga aku ni. (tapi mereka menggunakan taktik kotor untuk gol, yakni main bola tinggi! cess! hahaha)
Sepatutnya ramai lagi, tapi yang lain 'syahid'! Huhu
Wallahu 'Alam
-Ibnu Abas-
Label: kehidupan
Tujuan saya menyiarkan artikel ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak atau mencari kesalahan tetapi sekadar mahu dijadikan renungan agar dapat diambil pengajaran yang bermanfaat dan diperbaiki kekurangan yang ada. Justeru bagi sesiapa yang membaca artikel ini dan tidak bersetuju dengannya, anda boleh membantah secara ilmiah. Sama-sama lah berusaha kembali ke manhaj dakwah Islam yang sebenar.
Sebagaimana perkataan Sufyan At-Tsauri, bahwa “Bid’ah lebih disenangi oleh syaitan dibandingkan maksiat”. Kerana orang yang berbuat bidah merasa dirinya telah berbuat sunnah dan sulit untuk bertaubat darinya (dari kebid’ahannya), sedangkan orang yang berbuat maksiat, dia sedar telah berbuat maksiat dan kemungkinan bertaubat dari kemaksiatannya.
KRITIKAN PERTAMA – MANHAJ DAKWAH: KHURUJ ALA TABLIGH
Khuruj (keluar), merupakan salah satu kaedah kerja dakwah yang dikenali dalam lingkungan Jama’ah Tabligh. Kaedah seperti ini, tentu tidak dikenal dalam dakwah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat Baginda. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mengirim sembarangan orang untuk tugas dakwah, apalagi mengirim orang-orang yang tidak memiliki ilmu. Tidak pernah terdengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus Arab badwi yang tinggal di sekitar Madinah menjadi duta dakwah Beliau. Namun, Baginda mengutus para sahabat yang terkemuka dalam ilmu dan agama, seperti: Mu’adz bin Jabal, Abu Musa Al Asy’ari, Ali bin Abi Thalib radhiallahu ta’ala ‘anhum.
Jadi, membahas khuruj ala Jama’ah Tabligh ini, bukan hanya sekadar membahas boleh tidaknya keluar untuk tujuan dakwah. Kerana masalahnya tidak seremeh itu. Mereka melakukan kegiatan tersebut dengan atas nama dakwah. Padahal, dakwah haruslah sesuai dengan tuntunan Sunnah Nabi. Kerana ia termasuk ibadah. Bahkan ibadah yang sangat mulia.
Tidak pernah ditemui dalam riwayat -baik yang dhaif, apalagi yang shahih- yang menyebutkan, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melepas para sahabat untuk khuruj tiga hari, tujuh hari, empat puluh hari atau satu tahun. Pembatasan hari seperti itu, juga tidak ada dalilnya dalam syari’at.
Menurut Syaikh Muhammad Nasib Ar-Rifai: “Salah satu ciri khas jama’ah ini ialah, mereka meyakini, bahwa siapa saja yang keluar bersama mereka dalam kerja dakwah berjama’ah, berarti telah melakukan jihad yang besar, bahkan akbar. Mereka beranggapan, keluar bersama mereka dalam kerja dakwah berjama’ah ini lebih afdhal daripada berperang dengan pedang dan pena, lebih afdhal daripada memerangi musuh Allah dan Rasul-Nya, lebih afdhal daripada memelihara kemurnian Islam dan keutuhan kaum muslimin (Bukti yang menguatkannya ialah pernyataan dari seorang ulama dan para penuntut ilmu pada masa peperangan jihad Afghanistan melawan kaum komunis, bahwa Jama’ah Tabligh mendatangi tempat-tempat mereka untuk mengajak mereka khuruj bersama jama’ah mereka!). Barang siapa melakukannya, berarti ia telah melaksanakan sunah para nabi dan rasul, telah melaksanakan sunah sayyidul anbiyaa’ wal mursalin, Muhammad shallallahu ‘alihi wa sallam. Berarti ia telah keluar seperti halnya sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’ain dalam peperangan dan medan jihad.” (Silakan lihat buku I’tibariyah Haula Al Jama’ah Tablighiyah, hal. 51).
HUJAH MEREKA
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia.” (QS. Ali Imran: 110)
Ini merupakan hujah yang batil, kerana ukhrijat dan dimaksudkan ayat ini bukan khuruj seperti yang difahami mereka.
Kedua. Mereka menggunakan ayat-ayat dan hadith berkenaan jihad fisabilillah, sedangkan kebanyakan dalil tersebut merujuk kepada berjihad berperang di jalan Allah melawan musuh-musuh Islam.
Ketiga mereka menggunakan dalil:
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadah, memuji (Allah), yang berjihad, yang ruku’, yang sujud.” (QS. At Taubah: 112)
Adalah kejahilan terhadap Kitabullah. Sebab yang dimaksud dengan as-saa-ihuun, adalah orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Ibnu Katsir berkata, “Ada bukti yang menguatkan, bahwa yang dimaksud dengan siyaahah di sini ialah jihad… bukan maksudnya siyaahah yang difahami oleh sebahagian orang yang beribadah hanya dengan melakukan siyaahah (pengembaraan) di muka bumi.” (Tafsir Al Qur’an Al Adhzim II/407).
Kelima, membatasi khuruj mereka dengan tiga hari, empat puluh hari, tiga bulan atau satu tahun adalah bid’ah yang tidak ada contohnya dalam agama. Mereka berdalil dengan ayat-ayat Al Quran yang tidak ada sangkut- pautnya dengan khuruj mereka. Untuk khuruj tiga hari mereka berdalil dengan ayat:
Maka berkata Shalih, “Bersukarialah kamu sekalian di rumahmu selama tiga hari, itu adalah janji yang tidak dapat didustakan.” (QS. Hud: 65)
Dan berdalil dengan batas waktu mengqashar solat, yakni tiga hari. Untuk khuruj empat puluh hari, mereka berdalil ayat:
“Dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Rabbnya empat puluh malam.” (QS. Al A’raf: 142)
Untuk khuruj empat bulan mereka berdalil dengan ayat:
“Maka berjalanlah kamu (kaum musyrikin) di muka bumi selama empat bulan.” (QS. At Taubah: 2)
Dan dengan ayat:
“Kepada orang-orang yang meng-ilaa’ istrinya diberi tangguh empat bulan (lamanya).” (QS. Al Baqarah: 226)
Hujah seperti itu terlalu dipaksakan dan merupakan tahrif (penyelewengan) terhadap Kitabullah dari maksud yang sebenarnya. Jelas, angka-angka yang disebutkan dalam ayat di atas bukanlah batasan untuk khuruj dalam arti kata dakwah. Bahkan beberapa ayat di atas sebenarnya ditujukan kepada orang-orang kafir dan orang-orang musyrik, seperti dalam surat Hud ayat 65 dan At Taubah ayat 2 di atas.
KRITIKAN KEDUA – SUMBER RUJUKAN JAMAAH TABLIGH
Buku Fadhail Amal ini merupakan salah satu buku rujukan utama Jama’ah Tabligh. Dikarang oleh Muhammad Zakariya Al Kandahlawi, yang tidak lain merupakan menantu Muhammad Ilyas. Buku ini seolah-olah dikeramatkan oleh Jama’ah Tabligh. Ke mana saja Jama’ah ini bergerak, buku inilah yang mereka bawa ke mana-mana. Hampir di setiap masjid yang didiami Jama’ah Tabligh, pasti di situ ada buku ini. Bahkan, buku inilah yang sering mereka baca secara berkelompok setiap dalam bayan selesai solat. Perlu pembaca ketahui, bahwa Muhammad Ilyas, menyetujui kitab ini. Bahkan kerana demikian gembiranya atas buku ini, ia mengungkapkannya dalam bentuk tulisan juga. Sebagaimana tertulis dalam salah satu suratnya kepada beberapa alim ulama, “Syaikhul hadits (Muhammad Zakaria) telah berhasil menulis sebuah kitab. Memang hati saya menghendaki agar setiap bahagian dari kerja tabligh ini ada satu risalah yang ditulis oleh beliau.”
Mengenai hadits-hadits dhaif, maudhu’ dan tidak ada asalnya yang terdapat dalam buku ini, sudah sangat masyhur. Para ulama Ahlusunnah wal Jamaah telah menjelaskan hal tersebut. Di antaranya ialah Syaikh Sa’ad Al Hushayin yang telah menyertai jamaah ini selama delapan tahun, kemudian keluar.
Hukum Menyebarkan Hadith Dhaif dan Maudhu’ (palsu)
Jumhur ulama hadis menolak semua hadis dhaif walaupun tidak seberapa dhaifnya kerana hadis-hadis sahih dan hasan lebih daripada mencukupi dan dikhuatirkan akan terjerumus ke dalam jurang berbohong kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Menurut pendapat Imam Yahya bin Ma'in (wafat 233H), Imam AI-Bukhari (wafat 256H), Imam Muslim (wafat 261H), dan Imam Ibnu Hazm (wafat 456H), tidak boleh beramal sama sekali dengan hadith dhaif (apa lagi palsu) dalam hukum hakam dan fadhail a'mal (keutamaan-keutamaan amalan).
Akan tetapi sebahagian kecil para ulama membolehkan penggunaan hadith-hadith yang tidak seberapa dhaifnya untuk menyatakan Targhib dan Tarhib dan menyatakan fadhilat-fadhilat amal (bukan menyunatkan amal) dengan syarat antara lain jangan diyakini bahawa dia adalah sabda Rasulullah s.a.w dan dinyatakan kedhaifannya.
Walaubagaimanapun Imam An-Nawawi didalam Muqaddimah Syarah Shahih Muslim menyifatkan pendapat membolehkan beramal dengan hadith lemah dalam hukum-hakam adalah tidak benar bahkan sangat keji.
Terdapat juga golongan yang beranggapan bahawa hadith maudhu’ (palsu) tidak salah disebarkan kepada orang awam kerana ia mengandungi objektif atau nasihat yang baik. Akan tetapi pendapat ini ditolak oleh ahlul hadith kerana jelas bercanggah dengan hadith Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu (hadith) dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka” [Hadith diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, no.109]
“Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith mengenaiku sedangkan dia (sudah) mengetahui kepalsuannya maka dia tergolong (dalam kalangan) orang-orang yang berdusta” [Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, jld.1/222 no.1]
Justeru ia bukan suatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana ancamannya sangat besar, yakni disediakan suatu tempat khas di neraka! Naudzubillah min zalik..
Pernah perkara ini disampaikan kepada seorang hamba Allah lalu dia berang dan mengatakan, “Adakah engkau hendak menuduh bahawa kami adalah ahli neraka!”
Lalu dijawab, “Aku hanya menyampaikan apa yang disebut oleh Nabi. Urusan masuk neraka atau syurga itu urusan dan hak Allah. Akan tetapi menyebarkan hadith maudhu’ itu salah satu jalan yang boleh mengheret kita ke neraka.”
Menyebarkan hadith palsu bukan suatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana dikira melakukan pendustaan terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Perbuatan menyebarkan sesuatu yang direka-reka kemudian disandarkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah perbuatan yang tercela dan tidak patut kita bersekongkol di dalamnya.
Wallahu ‘Alam
-Ibnu Abas-
“kita kalau nak serang, kena serang dasar. Di mana salahnya dasar PKR itu?? Kenapa tidak serang dasar? Kenapa serang batang tubuh anwar Ibrahim?”
“sekarang timbul hina islam. Sapa sebenarnya yang hina Islam? Orang yang tolak islam lah yang sebenarnya hina Islam”
“kami pejuang islam diperhinakan. Hakikat sebenarnya, tindakan itu menghina Islam”.
“kalau kata Anwar khianat bangsa, Maka Nabi Muhammad pun khianat bangsa juga. Dia lawan bapa saudara dia. Lawan mak saudara dia”
“sejahil-jahil arab jahiliyyah pun, mereka tidak kata bahawa Nabi Muhammad mengkhianat bangsa. Mereka Cuma cakap, memperbodohkan pemimpin kamu”
“ada harga berapa bangsa melayu di padang mahsyar nanti? Kalau bangsa melayu ada harga, pastilah bangsa arab yang paling berharga. Sedangkan arab, tidak ada harga satu sen pun di padang mahsyar”
“bukan caranya kita serang peribadi orang”
“DAP hina Islam itu, sebab dia bukan orang Islam. padan la kalau dia hina Islam. Sebab itulah, kita nak dedah Islam kepada rakyat, termasuk DAP, supaya mereka tahu Islam itu apa dia”
“Orang Islam yang tolak Islam itu, kerana apa?? Inilah yang dikatakan menghina Islam. bila orang islam sendiri hina Islam, padanlah kalau orang bukan islam hina Islam”
“kita nak dedah Islam kepada masyarakat. Sebab itulah, PAS bersama dengan DAP, supaya DAP faham Islam. kita guna wacana, forum, dan macam-macam. Lama-lama mereka faham lah islam”
sumber : Institut pemikiran Nik Abdul Aziz (IPNAA)
Label: Isu Semasa, Politik, Tokoh
Terkejut aku mendapat SMS daripada kak Ana pagi tadi. Allahyarham Ust Asri telah pergi buat selama-lamanya. Beliau dikatakan rebah tiba-tiba semasa sedang membuat rakaman di studio RTM kerana serangan sakit jantung. Kemudian Allahyarham di hantar ke Hospital Pantai dan meninggal di sana. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Ust Asri. Ameen...
Al-Fatihah...
PERGI TAK KEMBALI
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Label: Isu Semasa, Tazkirah
Akhir-akhir ni stress aku semakin menjadi-jadi. Semakin bertambah banyak masalah yang mengusutkan otak kecil ku ini. Semalam aku minta ustaz Kamaruddin buatkan 'air shifa' untuk aku.
Aku memang bermasalah untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Atau lebih tepat aku sukar untuk mencari penyimpan rahsia dan amanah. Dulu ada lah seorang, tapi sekarang pun dah buat haluan masing-masing. Malas lah menyusahkan dia.
Bagi aku, cukup lah Allah sebagai tempat mengadu. Allah takkan pernah jemu mendengar rintihan aku. DIA takkan gelakkan aku menangis macam budak kecil mengadu pada-Nya. DIA takkan kecewakan aku walau sedikit pun. DIA lah yang paling memahami isi hatiku yang complicated ni. Malah DIA takkan membocorkan rahsia dan aibku.
Sahabat, kadang kala aku rasa ia istilah yang belum terbukti kewujudannya dalam hidup aku. Masa senang ramailah mengaku sahabat, tapi di kala susah? Ada lah..tak ramai..
Bagaimanakah yang dikatakan sahabat yang baik?
Bagiku, sahabat yang baik ialah orang yang mengkritik ku di depan, dan memuji ku di belakang. Bukan sebaliknya.
Sahabat yang baik ialah orang yang menyatakan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit bagiku. Bukannya orang yang menyakiti ku demi mempertahan kebatilan.
Wallahu 'Alam
-Ibnu Abas-
Label: kehidupan, Zikir dan Fikir
Lama tak menulis di blog ni. Boleh tahan lah sibuk. Hehe.. Baru-baru ni tersebar khabar angin kononnya universiti akan ditutup disebabkan H1N1! Namanya pun khabar angin, jadi semua tu hanya spekulasi pelajar je sebenarnya. Pengarah dah maklumkan setakat ini tiada arahan daripada KPT untuk berbuat demikian. Jadi tak perlulah kelam-kabut. Kalau kampus tutup pun, extend satu semester je! =)
Oh ye, nak kongsi sedikit maklumat bagi mereka yang belum tahu
Semoga kita semua dilindungi daripada bala ini.
Ameen...
Wallahu 'Alam
-Ibnu Abas-
Label: Isu Semasa
Aku lebih suka menggunakan perkataan selsema babi berbanding H1N1. Kenapa? Kerana bila disebut selsema babi, maka baru lah nampak kaitan makhluk bernama ba alif ba ya @ BABI. Cuba sebut H1N1, terbayang ke akan babi? Tak kan?
Bila nampak kaitan penyakit ini dengan ba alif ba ya (orang Melayu sensitif dengan babi) baru lah kita sedar akan hakikat bahawa penyakit ini bukan sekadar wabak tapi ia BALA atau UJIAN daripada Allah subhanahu wa Taala.
Minggu lepas seluruh UiTM (kecuali Lendu) diberi cuti sempena selsema babi. Aku pun pening apa relevannya pelajar diberi cuti. Sepatutnya mereka dikuarantin di kampus, bukan suruh pulang ke rumah masing-masing 'meraikan' cuti selsema babi.
Akibatnya, pelajar-pelajar yang pulang terdedah kepada jangkitan virus babi ni. Aku dapat maklumat daripada Puan Maslinawati seorang pelajar akaun sedang kritikal. Separuh daripada paru-paru sudah rosak diserang virus.
Doakan beliau selamat!
-Ibnu Abas-
Allahu 'Alam
Label: Isu Semasa
Kamilah saksi-saksi
Kami penentu masa depan kamu.
Kamulah yang tahu kenapa kamu di sini
Kamu yang mencari tempat ini
Kamu yang memilih untuk ke sini
Kamu suka tempat ini
Kamu menentukan cara hidup kamu.
Kami tidak menyuruh kamu ke sini
Kami tidak suka kamu ke sini
Kami tidak penjarakan kamu
Kenapa kamu penjarakan diri sendiri.
Tak sayangkah kamu kepada anak-anak?
Tak sayangkah kamu kepada emak ayah?
Tak sayangkah kamu kepada isteri?
Kamu menganiaya mereka!
Kamu menganiaya mereka!
Kawan-kawan kamu baik
Kawan-kawan kamu menolong kamu
Kawan-kawan kamu menghantar isteri kamu ke sana ke mari
Kawan-kawan kamu khidmat pada kamu
Kamu percaya pada kawan-kawan kamu?
Tahukah kamu betapa banyak telah berlaku?
Kawan-kawan curang kepada kawan?
betapa banyak isteri pejuang dikhianati kawan?
berapa banyak isteri pejuang memohon cerai?
berapa banyak isteri pejuang melaku curang?
Kamu menentukan ibu kamu derita
Kamu penyebab ayahmu derita
Kamu penyebab anak-anakmu menderita
Kamu penyebab isterimu derita
Kamu penyebab jika isterimu berlaku curang.
Cari jalan keluar dari sini
Kamulah menentukan nak keluar atau terus di sini
Kamu nak keluar besok?
Kamu nak keluar minggu depan?
Kamu nak keluar bulan depan?
Kamu nak keluar tahun hadapan?
Kamu nak keluar 10 tahun lagi?
Kamu yang menentukan!
Saudara.., cari lah jalan keluar!
Kamu menentukan masa depan kamu...
Kamu di sini kerana kamu!
Kamu mementingkan diri!
Kamu nak naik!
Kamu nak terkenal!
Kamu nak pandangan kamu didengar!
Kamu nak kamu dijulang!
Kamu nak nama terbilang!
Kami apa peduli!
Kami jaga keamanan...
Kerana kamu, ucapan kamu, hasutan kamu
Nyawa orang lain terancam
Harta orang lain terancam
Keselamatan orang lain terancam
Kami tak kira menteri
Kami tak kira datok
Kami tak kira Anwar
Kami tak kira Karpal
Kami tak kira Tok Guru
Kami jaga keamanan...
Kami jaga keselamatan
Pintu untuk keluar ada
Pintu untuk taubat ada
Pintu untuk penyesalan ada
Pintu untuk kepangkal jalan ada
Kamulah penentu untuk memilih pintu
Pintu untuk keluar dari sini kamu tentukan
Nak menjadi hero?
Nak menjadi pejuang?
Nak kepada sanjungan?
Nak pertahan pendapat kamu?
Kamulah memilih berapa lama di sini!
* Sajak ini dikarang sendiri dan dideklamasikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar pada 16 Mei 2009 (Majlis Jamuan Makan & Pengumpulan Dana Utk Mangsa ISA)
*Ia ditujukan buat semua rakyat buat yang belum kenal, nak mengenal dan telah mengenal ISA, yang belum dan yang telah masuk atau keluar dari ISA itu sendiri.
*Untuk makluman akta ISA itu, dalam dunia ini hanya 4 buah negeri yang masih mengekalkannya iaitu Malaysia, Singapura, Burma dan Israel... yang lain semua dah buang dan tutup buku. (Kem Guantanamo bukan seperti ISA... ia tidak dijalankan di Amerika kerana undang-undang Amerika tidak membenarkan penangkapan tanpa melalui mahkamah, sebab itu Kem Guantanamo adalah arahan Amerika tetapi dijalankan di luar negara itu (negara lain menjadi baruahnya).
Label: Isu Semasa, Politik