5/30/2009 08:52:00 PTG

Menggenggam Bara

Sedang sedap aku melelapkan mata, tiba-tiba bas ekspress yang aku naiki berhenti.

"Ah sudah.... jangan kata rosak pulak!" Monolog aku sendirian. Aku toleh sebelah, budak form 4 yang duduk di sebelah aku masih nyenyak tidur.

Aku lihat si pemandu turun untuk memeriksa bas. Setelah agak lama beberapa penumpang juga turut turun kerana tak tahan panas setelah 'air kon' bas dimatikan.

Oleh kerana tak tahan panas maka aku pun turut sama keluar. Aku lihat handphone, sudah pukul 6 petang. Aku tak solat asar lagi!

"Kat mana ni bang?" aku bertanya si pemandu.

"Air Keroh" jawapnya ringkas. Malas melayan barangkali.

Setelah lebih kurang setengah jam, akhirnya si pemandu memberitahu kami bahawa dia tak tahu apa yang rosak.

Aku bingung. Mana nak cari air untuk berwudhu' ni? Aku tengok kawasan sekitar. Tiada parit pun. Tetiba baru terfikir untuk tanya pemandu bas!

"Bang, ada air bersih tak? Boleh minta sikit?" Aku memberanikan diri bertanya. Padahal nak minta air je pun.

"Ada, tu tong warna putih tu. Guna jelah.." jawabnya tanpa banyak soal. Barangkali dia sudah faham akan niat aku. Alhamdulillah.

Setelah mendapat izin maka aku pun ambil lah tong tersebut dan terus mengambil wudhu' dengan kadar penggunaan air yang minimum.

Siap wudhu' aku pun pergi sedikit jauh dari bas untuk melakukan solat qasar Asar. Sejadahku ialah jaket hitam yang selalu aku bawa ke hulu ke hilir.

Kali pertama aku merasakan pengalaman solat di atas jalan tar lebuhraya. Terasa nikmat dan manis! Nikmat kerana mempertahan iman. Walaupun pada mulanya aku terasa kurang selesa melihat mata-mata yang memandang pelik ketika aku mengambil wudhu, namun aku teringat akan sebuah hadith Rasulullah Sallahu alayhi wasallam yang bermaksud:

"Akan datang padamu suatu zaman, orang yang berpegang teguh pada agamanya sama seperti orang yang memegang bara api. Jika ia lepaskan, bara itu akan padam."

Begitu juga di dalam hadith lain yang bermaksud:

"Islam itu pada mulanya asing, dan akan kembali asing. Maka berbahagia mereka yang terasing"

Alhamdulillah... dapat juga aku tunaikan kewajipan yang ditaklifkan ke atas diri ku selaku hamba-Nya. Selesai solat aku pun duduk di tepi jalan mengambil angin petang.

Aku teringat kisah lama.....

"Ustazah nak tanya, harap kamu semua jawap dengan jujur." Ustazah membuka kelas petang tu dengan sebuah pertanyaan.

"Apa dia ustazah?" Tanya kawan ku dengan curiousity yang tinggi.

"Sepanjang tempoh kamu semua berada di UiTM, siapa yang tak pernah tinggal solat? Tolong angkat tangan." Satu soalan maut yang memerangkap kami semua.

1 saat....

3 saat....

5 saat....

Tiada yang mengangkat tangan.

Ustazah menggeleng kepala.

"Boleh ustazah tau apa alasan kamu tertinggal atau sengaja tinggal solat?" Tanya ustazah lagi dengan nada tidak puas hati.

"Tertido ustazah"

"Penat lah ustazah"

"Kelas full ustazah, tak sempat!"

"Kami tak bawak telekung"

Dan berbagai lagi alasan yang diberikan oleh pelajar dalam kelas tersebut. Riuh!

"Kamu pula L?" Tiba-tiba soalan tu diajukan kepadaku. L ialah nickname yang diberikan kepada aku ketika diploma. Mungkin ustazah perasan aku tidak memberi respon.

"Erm....saya outing gi bandar Segamat, tapi tak jumpa surau. Bila balik UiTM dah habis waktu asar. Saya bukan sengaja ustazah." Jawab aku tanpa ragu dan rasa bersalah.

"Awak bagi alasan takda surau boleh tinggal solat L? Siapa ajar?!" Jerkah ustazah.

Aku terkejut, tapi aku beranikan diri untuk membela diri.

"Tapi saya dah cari ustazah! Memang tiada tempat solat! Tak percaya ustazah tanya pelajar lain."

"Betul lah ustazah! Memang bandar Segamat tu macam bandar koboi! Semua tak cukup!" sokong salah seorang classmate aku.

"Cukup! Jangan nak bagi alasan lagi! Kamu semua tahu tak, solat tu wajib dalam apa jua keadaan? Tak boleh ke solat atas jalan?" Satu lagi persoalan ustazah utarakan.

Kelas senyap sebentar.

"Memang kami tahu solat tu wajib ustazah. Tapi kami segan lah. Takkan lah nak solat tepi jalan. Nanti orang kata kami gila, tak pun fanatik agama."

"Astagfirullah......" Ustazah menggeleng kepala. Pening dengan kerenah pelajar-pelajarnya.

Itu kisah ketika aku part 1 diploma dulu. Ketika aku masih tidak nampak agama itu ialah cara hidup. Aku yang menjadikan tuntutan agama sebagai suatu pilihan. Nak buat, buat. Taknak atau susah, maka ditinggal. Itu lah aku yang dahulu. Namun aku bersyukur. Aku yang kini bukan lagi seperti dahulu.

Akhirnya, pada pukul 9 malam bas kami siap dibaiki. Perjalanan diteruskan....


"Barang siapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa dapat menyesatkannya. Barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya."

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

5/28/2009 08:46:00 PG

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Dato' Husam Musa
Wed | May 27, 09 | 2:57:19 pm MYT

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih

5/27/2009 09:13:00 PG

Bila Najib diusir dari Seri Perdana


Mohamed Hanipa Maidin Wed May 27, 09 1:02:40 am MYT
Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke kediaman rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana baginda telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan baginda di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat dan beberapa ahli BN yang mula menyokong Pakatan Rakyat telah berjumpa baginda di Istana Negara dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato� Seri Abdul Hadi Awang atau Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Surat baginda juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan, beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Najib merengus marah dan berang lantas memohon menghadap Tuanku. Sebaik diizinkan menghadap Najib berkata:
"Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana�mana peruntukan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri.
"Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik."
Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh Yang di-Pertuan Agong. Baginda dengan senyum berkata kepada Najib:
"Adakah memanda tua sudah lupa bahawa pada 22 Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato' Raus Sharif, Y.A Dato' Ahmad Maarop dan Y.A Dato' Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa:
a. Seorang Menteri Besar (di peringkat negeri) atau Perdana Menteri (PM) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau Yang di-Pertuan Agong memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun atau Ahli-Ahli Parlimen.
b. Perkara 16(6) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti Adun atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya (votes of no confidence).
c. Kes Stephen Kalong Ningkan (1966) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.
Yang di-Pertuan Agong seterusnya menambah:
"Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang memanda tua inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba? Bukankah memanda tua yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen memanda tua sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui pilihan raya semula di Perak.
"Maaf memanda tua, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa. Maka Beta dengan ini memerintahkan memanda tua sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana memanda bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."
Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri.
Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato� Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy), keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendekiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak (Absolute Monarchy).
Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.
Sketsa di atas adalah bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.
Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.
Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan (legitimacy).
Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan, turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah, Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan, maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.
Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.
Pada 12 Mei 2009 di sebelah pagi, Zambry membuat permohonan bagi menggantung perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama. Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.
Pada tengah hari 12 Mei itu juga Y.A Hakim Dato' Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.
Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18 Mei 2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21 Mei 2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.
Pada 21 Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak �pihak secara mendalam. Mahkamah hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk diputuskan. Memang hebat apabila Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari. Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari; saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.
Suatu yang amat mengharukan kami (pasukan peguam Nizar) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannya Zambry.
Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman; ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita, sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan, insya Allah.

5/27/2009 07:57:00 PG

Paradigma Fiqh



Apakah yang dimaksudkan dengan paradigma? Paradigma adalah cara memandang, atau juga kita sebut sebagai persepsi. Paradigma boleh diumpamakan jenis kacamata yang kita gunakan. Dengan kacamata kuda, kita hanya dapat melihat apa yang ada di depan tapi tidak di belakang. Manakala dengan kacamata pepatung, kita dapat melihat 360 darjah. Berbeza bukan?

Paradigma menentukan apa yang kita yakini dan akhirnya menentukan perilaku kita.

Aku petik sebuah kisah bagi memudahkan kefahaman tentang paradigma.

Seorang pelajar kehilangan handphonenya. Dia mencurigai rakan sebiliknya. Ketika balik dari kuliah kawannya menegurnya seperti biasa. Namun dia membalasnya dengan begitu dingin sekali. Ramah dan santunnya hilang sama sekali. Senyuman kawannya dipandang sebagai topeng menyembunyikan kejahatan. Senyumnya tampak senyuman seperti senyuman yang menipu dan menjengkelkan.

Kemudian kawannya tergesa-gesa meninggalkan bilik. Bertambahlah keyakinannya bahawa kawannya gelisah sekiranya dosanya diketahui.

Sudah 2 hari kawannya itu tidak balik ke bilik. Dia bermonolog sendirian, "Sahlah! Memang dia yang kebas handset aku! Jahanam siap kau nanti!"

Maka ketika itu segala perilaku kawannya dipandang dari sudut "pencuri". Sampai lah setelah 3 hari kehilangan handsetnya, pagi itu dia mengemas biliknya. Dia terjumpa akan sebuah handset di bawah katilnya sendiri! Dia telah menemui handsetnya yang disangka dicuri!

Maka ketika itu berubahlah pandangannya terhadap rakan sebiliknya. Timbul perasaan sangat sedih dan teramat kesal dia akan sikapnya. Dia menyalahkan dirinya kerana begitu buruk sangka terhadap sahabatnya. Pelajar itu mengalami anjakan paradigma, atau disebut paradigm shift.

Cuba kita kaitkan kisah di atas dengan situasi kita hari ini dalam melihat perbezaan pandangan di dalam masalah agama. Seseorang yang mempunyai paradigma 360 darjah (paradigma akhlak), mampu berlapang dada di dalam perkara khilaf (perbedaan pendapat), manakala orang yang mempunyai paradigma sempit 90 / 180 darjah (paradigma fiqh) hanya mampu melihat agama dari suatu sudut sahaja, yakni sudut hukum semata-mata

Tidak kira lah khilaf itu di dalam masalah ibadah mahupun akidah, semua itu perkara yang mustahil untuk dielakkan apabila sesuatu perkara itu bersifat 'zhonni' (speculative).

Orang yang mempunyai paradigma akhlak, tidak akan mudah menuduh orang sesat , tidak mudah membid'ah sesuka hati, tidak taksub kepada pendapat manhaj / mazhab yang dianuti sahaja. Sebaliknya dia seorang yang berlapang dada, berfikiran terbuka, mendahulukan akhlak di atas fiqh, mengakui akan kebenaran jamak (akan dikupas akan datang), sanggup meninggalkan fiqh demi persaudaraan (juga dikupas kemudian), ikhtilaf sebagai peluang untuk kemudahan dan kesolehan diukur dari akhlak.

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-


*Sumber rujukan

Dahulukan Akhlak di atas Fiqih
Jalaluddin Rakhmat

Usul al-Ahkam

5/26/2009 06:26:00 PTG

Mengambil iktibar watak Sayidina Abu Bakar, Omar


Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.

Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.

Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.

Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.

Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.

Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.

Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.

Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.

Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.

Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.

Maka dalam PAS juga yang menyifatkan dirinya Islamik, sudah tentu tidak boleh membebaskan dirinya daripada kedua-dua elemen penting itu yang mampu melonjakkan sebagai sebuah gerakan Islam, ia tidak berkecuali apa yang pernah terjadi kepada pimpinan Gerakan Ikhwan Muslimun dalam menentukan sikap mereka terhadap perjuangan Syiah, ada yang berlembut dan ada yang tegas menolak untuk berbaik dengan Syiah.

Dalam senario politik tanah air, banyak yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini oleh pihak tertentu mengenai keperibadian kedua-dua tokoh tertinggi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), iaitu Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seolah-olah suatu kecenderungan mahu melaga-lagakan antara mereka berdua. Bagi yang telah mengikuti huraian di atas, maka tidak akan ada lagi spekulasi yang membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.

Sebenarnya perbuatan seumpama itu akan merugikan perjuangan parti sendiri. Apa yang penting kita memiliki panduan iaitu al-Quran, jika sesuatu berita itu dilihat cenderung ke arah melaga-lagakan tokoh pimpinan PAS yang berusaha untuk mendaulatkan Islam, anggaplah ia sebagai sebuah berita yang didatangkan oleh golongan yang fasik, maknanya berita itu perlu diselidiki terlebih dahulu kesahihannya seperti yang diarahkan Allah untuk berbuat demikian menerusi ayat 6 surah al-Hujurat: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah selidiki dengan teliti terlebih dahulu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."

Sebagai kesimpulan, bagi menjernihkan keadaan di kalangan ahli-ahli parti lebih-lebih lagi menjelang 'Muktamar Tahunan PAS' pada Jun depan dalam suasana pemilihan pucuk pimpinan parti, adalah diharapkan agar setiap perwakilan dapat menggunakan kewarasan cara berfikir dengan tidak bertindak secara melulu, lebih-lebih lagi isu yang mengaitkan ketokohan kedua-dua pimpinan tertinggi PAS yang semakin panas di dada akhbar dan laporan siaran berita yang mempunyai agenda tersendiri.

Ustaz Zainudin Hashim

5/25/2009 05:20:00 PTG

Dahulukan Akhlak

Sepanjang kita melaksanakan ibadah, perasan kah kita bahawa setiap ibadah itu berkait rapat dengan akhlak? Ramai di kalangan kita yang gagal mengaitkan ibadah dengan pembinaan akhlak. Sebab itu lah kita dapat lihat ramai juga di kalangan umat Islam yang cukup ibadahnya kepada Allah, tetapi gagal melahirkan akhlak yang mulia seperti Rasulullah Sallallahu alayhi wasallam. Perkara ini sangat mendukacitakan kerana kesannya bukan sahaja terhadap individu itu malah terhadap agama Islam itu sendiri.

Maka lahirlah ucapan yang kurang enak didengar seperti ini;

"Alah dia tu tudung labuh pun mulut boleh tahan jahat! Baik tak payah pakai tudung"

"Eleh harap je kuat sembahyang, tapi mencarut no 1!"

Fitnah seperti di atas harus kita cuba elakkan seboleh mungkin. Kita tidak mahu kerana kelemahan diri kita, maka Islam yang tercemar.

Perkara ini telah banyak kali dinyatakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam firman-Nya. Antaranya:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ
sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar
[al-Ankabut: 45]


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
[al-Baqarah: 183]


فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلۡحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلۡحَجِّ‌ۗ
Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.
[al-Baqarah: 197]


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُ ۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat
[al-Baqarah: 264]


Jadi sama-sama lah kita muhasabah diri kita, adakah ibadah yang kita lakukan selama ini menambahkan kualiti akhlak kita? Mungkin sukar untuk berubah baik secara total. Tapi persoalan yang kritikal untuk dijawab ialah ADAKAH SEBARANG PERUBAHAN @ PENINGKATAN? Tepuk dada tanya iman kita.

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

5/21/2009 09:30:00 PTG

DILEMA SEORANG GADIS



Kempen Bertudung! Sebarkan video ini ke blog rakan-rakan anda!

5/20/2009 10:05:00 PG

Setitis Air Mata Ibu II

Mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah. Oleh itu sebelum kita (anak-anak) bertindak menyalahkan ibu bapa, terlebih dahulu kita hendaklah faham betapa beratnya amanah yang dipikul oleh ibu bapa kita.
Tidak dinafikan ibu bapa kita juga banyak melakukan kesilapan di dalam membesarkan kita, namun itu bukan alasan untuk kita bertindak seperti mereka terhadap anak-anak kita nanti.

Antara faktor kegagalan dalam mendidik anak-anak yang disebut oleh Dr Robiah ialah kurangnya kemahiran ibu bapa di dalam mendidik. Atau dalam bahasa Inggeris disebut parenting skill.

Kadang-kala ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak tetapi mereka kurang berjaya menyelami hati anak-anak.

Ibu bapa seharusnya banyak berkomunikasi dua hala dengan anak-anak, bukan bertindak menjadi raja dan permaisuri.

Pertamanya ibu bapa harus peka dan bertanya kepada anak-anak apa yang mereka fikirkan?

Sepatutnya;

"Adik dah besar nak jadi apa ye?"

Bukannya;

"Mak nak anak mak semua jadi ahli korporat, tak bleh bangkang!"

Sepatutnya;

"Along, termenung fikirkan apa? Ada masalah ke?"

Bukannya;

"Along ni kerjanya berangan je! Cubalah buat kerja rumah skit!"

Keduanya, ibu bapa juga harus mencungkil apakah yang anak-anak rasa? Kerana seperti yang dinyata sebelum ini, tindakan anak-anak adalah susulan daripada emosinya. Stabil emosi maka wajarlah tindakannya, begitulah sebaliknya.

Sepatutnya;

"Kenapa akak balik-balik je marah-marah ni? Ada masalah ke?"

Bukannya;

"Akak ni balik-balik je nak marah adik-adik, tak payah balik rumah lah macam ni!"

Sepatutnya;

"Kenapa adik taknak makan? Sedih ye along tak balik?"

Bukannya;

"Penat-penat mak masak, kenapa taknak makan? Makan cepat!"

Ketiadaan matlamat di dalam mendidik anak-anak juga menyebabkan ibu bapa kecundang di dalam membesarkan anak-anak menjadi insan yang sebaiknya (untuk sempurna adalah mustahil).

Setelah mengetahui apa yang anak-anak fikir dan rasakan, maka langkah seterusnya ialah membina matlamat yang sewajarnya. Ini penting bagi memberikan satu guideline kepada ibu bapa adakah didikan dan pencapaian anak-anak selari dengan kehendak anak-anak dan ibu bapa.

BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN

Antara fakta yang melucukan diperkatakan Dr Robiah ialah tentang perbezaan lelaki dan perempuan.

Tanda-tanda lelaki sihat ialah dia kurang bercakap. Manakala tanda perempuan sihat ialah dia banyak bercakap. Bila difikir-fikirkan, ada logiknya. Cuba lihat di rumah anda, siapa yang paling banyak bercakap? Mak atau ayah? Hehe..

Seperkara lagi, orang lelaki ni tak boleh overload information. Nanti semua hilang. Sebagai contoh;

"Abang, nanti balik dari surau belikan pisang setandan. Lepas tu jangan lupa ambilkan kain batik kat rumah Mak Yah. Oh ye, jangan lupa beli gula 2 kilo, garam sepaket, dan kicap masin satu botol ye!"

Kebarangkalian untuk dia lupa memang tinggi! :)

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

5/18/2009 10:12:00 PTG

Tak Ku Maaf Dosa Ini



Mungkin ada di kalangan kita sering mengabaikan isu ISA malah memandang remeh. Ada yang tidak merasakan ISA suatu kezaliman. Kerana ia tidak terkena pada mereka. Jika ia terjadi pada anda atau keluarga anda, mungkin barulah anda faham penderitaan mangsa kekejaman ISA.

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
[Surah Hud: 113]



Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

5/18/2009 05:31:00 PTG

Setitis Air Mata Ibu


Pagi semalam aku sempat mengikuti talkshow 'Setitis Airmata Ibu' anjuran Nisaa Shah Alam bertempat di Dewan Masjid Negeri Shah Alam. Alhamdulillah seperti yang aku jangkakan ramai yang hadiri ke talkshow tersebut. Oh ye, penceramah yang dijemput ialah Ust Hasrizal bin Abdul Jamil dan Dr. Robiah K. Hamzah.

Apapun, pengisian pagi tadi cukup bermakna dan menambah banyak ilmu buat diriku dan hadirin yang hadir. Terutama tentang permasalahan yang timbul di dalam institusi kekeluargaan.

Banyak isu yang disentuh di dalam masa yang aku kira tidak mencukupi (iya lah bila dah sedap mendengar memang takkan cukup). Pada permulaan forum, Ust Hasrizal menyentuh tentang kemuliaan seorang ibu di sisi Islam dan betapa hebatnya doa seorang ibu.

Antaranya seperti yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah al-Isra' ayat 23;

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uh" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)

Surah al-Isra': ayat 23


Ayat tersebut menggambarkan betapa Allah memuliakan ibu dan bapa sehinggakan tidak boleh kita merungut walaupun 'uh!', 'isk' dan sewaktu dengannya.

Malah pernah terjadi kepada seorang sahabat yang kuat beribadat namun kerana tidak menjaga hati ibunya dia diberi ujian yang cukup berat oleh Allah Ta'ala.




Selain itu Ust Hasrizal juga menyentuh tentang nafkah anak-anak yang perlu ditunaikan oelh ibu bapa.

Pertamanya nafkah fizikal. Kebanyakkan ibu bapa tiada masalah di dalam menyediakan nafkah fizikal seperti makanan, permainan, pakaian dan sebagainya. Namun mungkin akan mula menghadapi masalah untuk menyediakan nafkah yang kedua yakni nafkah pendidikan. Pendidikan bukanlah untuk si anak memperoleh ilmu bagi menghadapi kehidupan di dunia tapi juga ilmu untuk persiapan diri untuk bertemu dengan-Nya.

Ketiganya ialah nafkah emosi. Setiap insan pasti memerlukan perhatian daripada orang lain bagi mencapai kestabilan emosi. Begitu juga si anak. Luarannya, kadang-kadang kita hanya nampak kenakalan, kedegilan dan seribu macam 'pengel' lagi. Namun hakikat kebanyakkan tindakan anak merupakan cetusan emosi. Marahnya, gembiranya, gelak tawa, tangisan malah tindakan memberontaknya adalah berpunca daripada satu sumber yakni emosi.

Nafkah yang keempat juga penting bagi memastikan si anak benar-benar sempurna nafkahnya, iaitu nafkah rohani. Memberi apa yang si anak perlu, bukan apa yang kita tahu. Itulah antara mutiara kata Ust Hasrizal yang aku ingat. Kasih sayang seorang ibu dan bapa sahaja tidak cukup jika tidak ditanam rasa kasih kepada yang Maha Agung, Allah Subhanu wa Ta'ala.

Wallahu 'Alam

Bersambung...

-Ibnu Abas-

5/16/2009 03:14:00 PTG

Isu Perak, Bila Akan Selesai?

Hari ini baru aku sempat membaca beberapa berita penuh berkaitan kes MB Perak di utusan dan harakahdaily. Entah lah, sukar untuk aku faham. Apa sebenarnya yang ditakuti BN sehingga mereka sedaya mungkin mahu mengekalkan kerajaan haram mereka dan mengelak untuk pembubaran DUN Perak.

Membazir? Usah buat lawak. Kalau hendak buat lawak antarabangsa masuklah 'Raja Lawak'. Rakyat bukan tak kenal perangai boros BN. Kenapa bila melibatkan hak rakyat maka baru lah timbul isu pembaziran. Takkan BN lupa bahawa mereka telah berjaya mencipta 'Malaysia Book of Records' pada PRK Kuala Terengganu yang lalu dengan belanja yang begitu besar?

Malah kenyataan Tun Dr Mahathir baru-baru ini juga jelas menyindir tindakan penyecut BN yang tidak mahu pembubaran DUN sebagai jalan penyelesaian. Beliau menyatakan BN mempunyai potensi besar untuk kalah jika dun dibubarkan. Keyakinan yang sama beliau luahkan suatu masa dahulu di PRK Permatang Pauh. Bagi aku, ADUN 'putera katak' wajar letak jawatan dan diadakan semula PRK. Ia jelas kerana PRU lalu rakyat memilih mereka atas tiket parti, bukan tiket bebas (individu). Justeru kalau mereka hendak manjadi katak sumpahan sekali pun, lepaskan lah jawatan dan lihat sama ada rakyat mahu atau tidak putera-putera katak menjadi ADUN mereka. Kalau benar BN tulus dan ikhlas menghormati hak rakyat Perak, kembalikan hak mereka menentukan calon pilihan mereka di PRK.

Cukup memualkan membaca petikan kenyataan Najib apabila beliau menyatakan kepentingan rakyat harus diutamakan. Adakah sudah nyanyuk sehingga lupa akan najis yang dia sendiri buat? Siapakah yang pentingkan perut sendiri bila merampas hak rakyat dengan cara yang begitu kotor? Malah siapa yang mencemarkan undang-undang yang mereka sendiri agungkan selama ini? Malaysia sudah berubah rupa, dari demokrasi kepada undang-undang Rimba yang diketuai 'Beruk Tua'

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

5/15/2009 09:21:00 PTG

Sesuatu yang Hilang

Lama betul aku tidak dapat update blog ni. Bukan tidak mahu tetapi kerana sibuk yang teramat sangat dengan aktiviti yang padat sepanjang minggu lalu. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Di bawah ni sengaja aku upload photo pasukan polis muslimah Iran. Mungkin ramai yang masih tidak tahu, jadi boleh lah dijadikan penambah pengetahuan am kalian. Hehe






JIHAD

Kadang-kadang aku terfikir, kenapakah umat Islam Iran yang majoritinya berfahaman Syiah lebih Islamic berbanding negara-negara yang didominasi oleh Sunni (Ahl Sunnah wal Jamaah). Terasa malu pun ada, kerana kita menuduh mereka sesat (hakikatnya, memang pun kalau dinilai dari neraca aqidah) tetapi dari sudut melaksanakan dan mendaulatkan Islam, mereka lebih terkehadapan.

Semuanya tidak lain kerana kita kehilangan satu elemen penting di dalam Islam, iaitu roh Jihad.

Ya, memang tidak dapat disangkal perkataan jihad agak janggal dan pelik untuk dikatakan oleh orang ramai. Sepertimana kwajipan dakwah merupakan perkara yang asing, begitu jugalah jihad.

Malah tidak ada disentuh berkenaan jihad di dalam silibus pengajian Islam di dalam sistem pendidikan di negara kita. Mungkin kerana itulah ia kelihatan pelik, malah boleh dikatakan tidak wujud langsung semangat jihad di dalam diri kebanyakkan ummat Islam di dalam negara kita. Lebih menyedihkan ramai yang keliru sehingga menganggap jihad adalah punca terrorism. Fitnah sebegini akan terus terjadi apabila kehilangan ilmu dan pengetahuan tentang jihad di kalangan umat Islam. Inilah yang berjaya ditanam oleh golongan kuffar dan sekular.

Aku pernah membaca buku karya As-Syahid Imam Hasan al-Banna di mana beliau menyebut bahawa Islam adalah jihad dan mujahadah; yakni menggunakan semaksima mungkin tenaga untuk mempertahankan diri daripada musuh.

Ia terbahagi kepada tiga jenis; iaitu jihad melawan musuh yang nyata, jihad melawan musuh yang tersembunyi (syaitan), dan jihad melawan jiwa nafsu.

Semua ini telah dinyatakan oleh Allah Subhanahu wa Taala di dalam al-Quran;

وَجَـٰهِدُواْ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya
[Surah al-Hajj: 78]


Juga dinyatakan di dalam firman-Nya yang lain;

ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).
[Surah at-Yaubah: 41]


Rasulullah Sallahu'alayhi wasallam juga telah bersabda yang bemaksud:

Bermujahadahlah menghadapi hawa nafsu kamu seperti mana kamu bermujadahah menghadapi musuh kamu.

Ketiga-tiga jihad yang disebut tadi adalah jihad yang akan terus berlaku sehingga hari kiamat, kerana tiada pertahanan untuk diri kita menghadapi musuh melainkan dengan jihad. Tiada faktor yang melemahkan umat Islam hari ini dan sepanjang zaman melainkan kerana meninggalkan jihad di jalan Allah.

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

5/07/2009 10:31:00 PTG

Common Mistakes in Solah

Request you to kindly go through the demonstrations as to how important each act of our prayer is. We have to offer our Salah as our Beloved Prophet Muhammed (SAW) offered and asked us to offer.
Prophet Muhammad SAW said
'The coolness of my eyes lies in Salah'. Just contemplate as to what is in Salah that it gave him so much pleasure and peace that our Prophet Muhammed (SAW) asked us to start our day with Salah and also end it with Salah. Even during the time of his death, the advice that he offered to his (SAW's) umath at large was to take care of the rights of their slaves and Salah.

Try to avoid these common mistakes during Prayers !


Spacing is determined by matching your legs space with your shoulder to shoulder distance!!!





Pronouncing NEAH (willingness) and calling ALLAH AKBAR loudly for late comers are two wrong things that happen in our Masjids
Bad smelling breath from mouth due to eating some type of foods (onions and garlic) or from clothes (socks, unclean clothes) are annoying to other people and should be avoided as per our Islamic teaching.



Don't rush and don't be too slow (it is JAMA'H prayer)
go with Muslims in timely manner
(In the drawing below, it is almost end of Fatihah and some one is still in Sujod)

Yawning during prayers is wrong, try to avoid it……….
Will you do this if you are meeting an important person at work? Remember, when you feel like Yawning, that you are facing ALLAH
so, try to suppress it and you will succeed….
Respect your presence in front of Allah and HE will respect your Salah.


New line start MUST be directly behind the IMAM wherever he is.
People start their Jamma Salah some times in a corner. That is wrong.


The IMAM reads loudly and you should listen, but not that you read loudly
and others are disturbed by your reading…
In fact IMAMS reading is enough for all behind him.



Some other Common Mistakes !
Mistake 1: Reciting Surat al-Fatiha fast without pausing after each verse.


The Prophet (SAW) used to pause after each verse of this surah. (Abu Dawood)
Mistake 2: Sticking the arms to the sides of the body, in rukoo' or sujood, and sticking the belly to the thighs in sujood.




The Messenger of Allah (SAW) said:
'Let not one of you support himself on his forearms (in sujood) like the dog. Let him rest on his palms and keep his elbows away from his body.' (Sahih Muslim) . The Messenger of Allah (SAW) used to keep his arms away from his body during rukoo' and sujood that the whiteness of his armpits could be seen (Sahih Muslim).
Mistake 3: Gazing upward during prayer.




This may cause loss of concentration. We are commanded to lower our gaze, and look at the point at which the head rests during sujood.
The Prophet (SAW) warned:
'Let those who raise their gaze up during prayer stop doing so, or else their sights would not return to them. i.e. lose their eyesight].' (Muslim) Mistake 4 : Resting only the tip of the head on the floor during sujood.

The Prophet (SAW) said:
'I am commanded to prostrate on seven bones the forehead and the nose, the two hands [palms], the two knees, and the two feet.' (Sahih Muslim) Applying the above command necessitates resting the forehead and the nose on the ground during sujood.

Mistake 5 : Hasty performance of prayer which does not allow repose and calmness in rukoo' or sujood.





The Messenger of Allah (SAW) saw a man who did not complete his rukoo' [bowing], and made a very short sujood [prostration] ; he (SAW) said:
'If this man dies while praying in this manner, he would die upholding a religion other than the religion of Muhammad.' Abu Hurairah (RA) said:

'My beloved friend, Muhammad (SAW) forbade me to perform postures of prayer copying the picking of a rooster; (signifying fast performance of prayer), moving eyes around like a fox and the sitting like monkeys ( i..e. to sit on thighs).' (Imam Ahmad & at-Tayalisi) The Messenger of Allah (SAW) said:
'The worst thief is the one who steals from his own prayer.' People asked, 'Messenger of Allah! How could one steal from his own prayer?' He (SAW) said: 'By not completing its rukoo' and sujood.' (At Tabarani & al-Hakim).

To complete rukoo' is to stay in that posture long enough to recite 'Subhana rabbiyal Adtheem' three times, SLOWLY, and 'Subhana rabbiyal-a'ala' three times, SLOWLY, in sujood. He (SAW) also announced: 'He who does not complete his rukoo' and sujood, his prayer is void.' (Abu Dawood & others)
Mistake 6 : Counting tasbeeh with the left hand


The Prophet (SAW) used to count tasbeeh on the fingers of his right hand after Salah. Ibn Qudamah (RA) said: ' The Messenger of Allah (SAW) used his right hand for tasbeeh.' (Abu Dawood). The above hadeeth indicates clearly that the Prophet (SAW) used only one hand for counting tasbeeh. No Muslim with sound mind would imagine that the Prophet (SAW) used his left hand for counting tasbeeh. Aa'ishah (RA) said that the Prophet (SAW) used his left hand only for Istinjaa', or cleaning himself after responding to the call of nature. He never used it for tasbeeh. Yasirah (RA) reported: The Prophet (SAW) commanded women to count tasbeeh on their fingers.

The Messenger of Allah (SAW) said: 'They (the fingers) will be made to speak, and will be questioned (on the Day of Resurrection. )' (At-Tirmidhi) .. The above Hadeeth indicates that it is preferable to count tasbeeh on the fingers of the right hand than to do so on masbahah (rosary).

Mistake 7 : Crossing in front of a praying person.


The Messenger of Allah (SAW) warned:
'Were the one who crosses in front of a praying person to know the consequences of doing so, he would have waited for *forty better than to cross in front of him.' (Sahih Bukhari and Muslim).
*The forty in the tradition may be day's months or even years. Allah knows best.

Common Errors in Prayer That MUST Be Avoided - Please inform your near and dear ones to take care of the above.

5/07/2009 07:09:00 PG

Pesanan Dari PPIM - Bahaya Florida

APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:


"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

picdew.jpg

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida. Lihat jadual tersebut:


SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org



P/S: Belilah banyak-banyak 'Colgate' yee... Cepat jalan! Hehe gurau je..

5/06/2009 12:02:00 PTG

Ia Bukan Sekadar Wabak


Mutakhir ini kecoh satu dunia dengan wabak influenza A (selesema babi) yang melanda Mexico dan beberapa buah negara sekitarnya. Namun adakah kerana ia berlaku di Mexico maka kita boleh bersenang lenang merasakan bahawa negara kita berada di zon yang selamat?

Kesemua wabak itu kerja Allah. Itu yang kita harus tanam di dalam pemikiran kita. Ia bukan kebetulan, tapi suatu peringatan daripada Allah kepada hambanya; sama ada yang beriman mahupun yang durhaka.

Kepada yang beriman, ini peringatan daripada Allah supaya teruskan kerja amar makruf nahi munkar agar kalian tidak dibinasakan sekali. Kepada yang durhaka dan engkar, ia peringatan agar kembali ke pangkuan Islam agar kalian sempat memohon keampunan-Nya.

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)

Sekadar peringatan buat diri dan pembaca semua. Ya. hidup hanya sekali, tetapi bukan untuk enjoy semata-mata. Sebaliknya untuk diisi dengan bekalan yang secukupnya, agar kita tidak fakir di hadapan Allah. Umpama petani yang bercucuk tanam, itu lah kehidupan kita. Di sini kita berkerja, masa menuainya di akhirat sana. Buruk amalan kita, rosaklah hasil tuaian kita. Baik amalan kita, insyaAllah baiklah ganjaran kita perolehi nanti.

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

5/04/2009 09:08:00 PTG

Akhlak Bermuamalat


Hari ni aku membeli sebuah lagi buku Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz yang diberi tajuk: "Akhlak berMuamalat". Aku berminat hendak berkongsi sedikit kandungan buku ni dengan kalian, dan aku recommend beli lah kalau ada duit lebih. Tak rugi! Aku petik beberapa mutiara kata buku ni untuk dijadikan peringatan buat kita semua;

"Islam mengajar kita soal muamalat dan bagaimana akhlaknya, bukan hanya hukum halal haram. Islam mahu semua urusan bersih jiwa dan material"

Sebelum aku pergi jauh, mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan muamalat ni? Jadi aku bawakan beberapa definisi muamalat menurut ulama'.

Menurut asalnya perkataan 'Muamalat' merangkumi semua hukum dan ketetapan Syariah dalam urusan manusia sesama manusia di atas dunia ini.

Bagaimana pun, kebanyakan ilmuan fiqh mengkhususkannya kepada hukum hakam berkaitan harta sahaja.

Apa yang aku mahu sentuh ialah muamalat yang dimaksudkan di dalam definisi pertama tadi.

Cantiknya Islam kerana Islam adalah merupakan cara hidup. Bukan agama yang tempang atau berlubang di sana sani. Islam merangkumi Aqidah, Syariah (ibadat,muamalat,jinayat), dan Akhlak. Justeru kita silap kalau beranggap sudah cukup hidup beragama dengan beribadah (solat, puasa, zakat, haji) semata-mata. Ini fahaman sekular yakni memisahkan agama daripada kehidupan dunia.

Islam merupakan agama yang syumul (lengkap) telah menyediakan manual untuk hidup dengan berakhlak. Tujuannya ialah agar disamping kita menjadi hubungan dengan Allah (hablumminallah), kita juga menjaga hubungan sesama manusia (hablumminannas).

Di dalam sebuah kisah, Rasulullah sallallahu alayhi wasallam memerintahkan sahabat agar tidak makan 2 biji tamar sekali gus tanpa minta izin sahabat yang lain.

Mungkin bagi kita perkara begini remeh temeh. Tetapi begitu lah indahnya Islam, hal kecil pun dijaga supaya tidak mengguris hati dan perasaan orang lain.

Begitu juga adab di dalam masyarakat. Kenapa Rasulullah sallallahu alayhi wasallam melarang orang yang memakan bawang putih memasuki masjid (solat berjamaah)? Tidak lain kerana bimbang kita mengganggu keselesaan orang lain kerana bau yang datang dari mulut kita.

Bahkan, Islam menyuruh orang yang sudah kenyang makan supaya tidak berhenti makan jika sahabat-sahabat lain belum berhenti makan. Kenapa? Dibimbangi sahabat kita malu untuk terus makan. MasyaAllah. Indahnya Islam jika menghayati seluruh ajarannya.

Apa yang aku ingin utarakan di sini, bukan hukum hakam sahaja yang Islam titikberatkan. Tetapi akhlak juga merupakan elemen penting yang tidak boleh diambil ringan. Menyedihkan jika kita pandai soal hukum fiqh, tetapi kita gagal dalam berakhlak.

وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنً۬ا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَـٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَـٰمً۬ا

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan jahil (kurang adab), hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
(al-Furqan: 63)

Ayat ini jelas menggambarkan betapa Islam menitikberatkan soal adab yang baik di dalam kehidupan bermasyarakat. Kalau kita mendalami sirah Nabi, nescaya kita sedar bahawa sebelum Nabi berdakwah tentang Aqidah, Ibadah, dan sebagainya, Nabi terlebih dahulu telah berdakwah tentang akhlak yang mulia. Walaupun ketika itu baginda belum dilantik sebagai Rasul, tetapi Allah Ta'ala telah membentuk Nabi untuk dijadikan ikutan yang baik (Qudwah hasanah).

Marilah sama-sama perbaiki akhlak kita. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

5/04/2009 05:57:00 PTG

Bahaya Riak

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Harap kita tidak tertipu dengan bisikan syaitan yang kerjanya merosakkan amalan kita. Ya Allah jauhi kami daripada riak dalam amalan.... Ameen...

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

5/03/2009 02:03:00 PTG

Jawatan : Antara Rebutan di Dunia dan Bebanan di Akhirat

Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan

« Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya’.

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti. Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur ‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya ‘ jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’. AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut.

Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam. Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.
Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada.
Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh. Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri ( enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar.
( Nauzubillah). Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’.
Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang. Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar alKhattab
Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.
Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita, Wassalam.
Mau'izah untuk ana dan para sahabat;
Tuan Ibrahim Tuan Man,

Related Posts with Thumbnails