Hari ni aku membeli sebuah lagi buku Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz yang diberi tajuk: "Akhlak berMuamalat". Aku berminat hendak berkongsi sedikit kandungan buku ni dengan kalian, dan aku recommend beli lah kalau ada duit lebih. Tak rugi! Aku petik beberapa mutiara kata buku ni untuk dijadikan peringatan buat kita semua;
"Islam mengajar kita soal muamalat dan bagaimana akhlaknya, bukan hanya hukum halal haram. Islam mahu semua urusan bersih jiwa dan material"
Sebelum aku pergi jauh, mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan muamalat ni? Jadi aku bawakan beberapa definisi muamalat menurut ulama'.
Menurut asalnya perkataan 'Muamalat' merangkumi semua hukum dan ketetapan Syariah dalam urusan manusia sesama manusia di atas dunia ini.
Bagaimana pun, kebanyakan ilmuan fiqh mengkhususkannya kepada hukum hakam berkaitan harta sahaja.
Apa yang aku mahu sentuh ialah muamalat yang dimaksudkan di dalam definisi pertama tadi.
Cantiknya Islam kerana Islam adalah merupakan cara hidup. Bukan agama yang tempang atau berlubang di sana sani. Islam merangkumi Aqidah, Syariah (ibadat,muamalat,jinayat), dan Akhlak. Justeru kita silap kalau beranggap sudah cukup hidup beragama dengan beribadah (solat, puasa, zakat, haji) semata-mata. Ini fahaman sekular yakni memisahkan agama daripada kehidupan dunia.
Islam merupakan agama yang syumul (lengkap) telah menyediakan manual untuk hidup dengan berakhlak. Tujuannya ialah agar disamping kita menjadi hubungan dengan Allah (hablumminallah), kita juga menjaga hubungan sesama manusia (hablumminannas).
Di dalam sebuah kisah, Rasulullah sallallahu alayhi wasallam memerintahkan sahabat agar tidak makan 2 biji tamar sekali gus tanpa minta izin sahabat yang lain.
Mungkin bagi kita perkara begini remeh temeh. Tetapi begitu lah indahnya Islam, hal kecil pun dijaga supaya tidak mengguris hati dan perasaan orang lain.
Begitu juga adab di dalam masyarakat. Kenapa Rasulullah sallallahu alayhi wasallam melarang orang yang memakan bawang putih memasuki masjid (solat berjamaah)? Tidak lain kerana bimbang kita mengganggu keselesaan orang lain kerana bau yang datang dari mulut kita.
Bahkan, Islam menyuruh orang yang sudah kenyang makan supaya tidak berhenti makan jika sahabat-sahabat lain belum berhenti makan. Kenapa? Dibimbangi sahabat kita malu untuk terus makan. MasyaAllah. Indahnya Islam jika menghayati seluruh ajarannya.
Apa yang aku ingin utarakan di sini, bukan hukum hakam sahaja yang Islam titikberatkan. Tetapi akhlak juga merupakan elemen penting yang tidak boleh diambil ringan. Menyedihkan jika kita pandai soal hukum fiqh, tetapi kita gagal dalam berakhlak.
وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنً۬ا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَـٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَـٰمً۬ا
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan jahil (kurang adab), hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
(al-Furqan: 63)
(al-Furqan: 63)
Ayat ini jelas menggambarkan betapa Islam menitikberatkan soal adab yang baik di dalam kehidupan bermasyarakat. Kalau kita mendalami sirah Nabi, nescaya kita sedar bahawa sebelum Nabi berdakwah tentang Aqidah, Ibadah, dan sebagainya, Nabi terlebih dahulu telah berdakwah tentang akhlak yang mulia. Walaupun ketika itu baginda belum dilantik sebagai Rasul, tetapi Allah Ta'ala telah membentuk Nabi untuk dijadikan ikutan yang baik (Qudwah hasanah).
Marilah sama-sama perbaiki akhlak kita. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Wallahu 'Alam
-Ibnu Abas-
6 ulasan:
Blog penuh manfaat teruskan amanat dan syariat Islam di samping memelihara bahasa Melayu sebaiknya di dalam blog ini. Tahniah. Sahabat belajar perbankan Islam kan di UITM kenal tidak pensyarah baru bernama Arif dan Azwan? Jangan lupa banyak rujukan buku agama sebab jika betul ingin mendalami muamalat Islam kita perlu betul memahami bahasa Arab khususnya dan mendalami Al Quran sehabis baik cara istinbad hukum dan segala hal berkaitan syariah Islam.........
Terima kasih. Saya kenal En Arif, dia penasihat kami yang baru. 'Mesra alam' orangnya. Hehe
Erm..saya lemah bahasa Arab sebab tiada basic di sekolah dulu. Itu lah kekurangan yang mengekang saya untuk merujuk kitab-kitab fiqh yang kebanyakkannya dalam bahasa Arab. Memang ada tanam impian untuk mendalami Bahasa Arab selepas habis pengajian BBA Islamic Banking ni. Apa pun buat masa ni saya tumpukan kepada buku-buku Fiqh terjemahan Bahasa Melayu yang sedia ada.
tok guru dato nik aziz..
ni antara orang yang aku hormat dalam arena politik negara
beliau (bagi aku), berkata dengan ikhlas dan berpelakuan ikhlas.
a man of words..
aku harap, tuan rumah dapat mencontohi semangat dan perwatakan beliau yang merendah diri ke bumi..
sebab?
aku akan berbangga bila ada org yang aku kenal dan berpewatakan baik di arena memperbetukan negara..
amin.
Salam sahabat ada menjadi pengikut di blog saya tetapi apabila ditekan gamabar sahabat tidak ada senarai blog sahabat mengapa ya? 'Mesra Alam' Encik Arif bagaimana tu? Saya amat suka memesrai alam anugerah Ilahi ini boleh dikatakan Mesra alam jugala....
Hehe 'mesra alam' tu saja digunakan untuk orang yang mesra. Berkenaan senarai blog tu nanti saya check semula
En badek, terima kasih atas doanya walaupun sukar untuk menjadi orang sehebat Tok Guru.
Catat Ulasan