5/27/2009 07:57:00 PG

Paradigma Fiqh



Apakah yang dimaksudkan dengan paradigma? Paradigma adalah cara memandang, atau juga kita sebut sebagai persepsi. Paradigma boleh diumpamakan jenis kacamata yang kita gunakan. Dengan kacamata kuda, kita hanya dapat melihat apa yang ada di depan tapi tidak di belakang. Manakala dengan kacamata pepatung, kita dapat melihat 360 darjah. Berbeza bukan?

Paradigma menentukan apa yang kita yakini dan akhirnya menentukan perilaku kita.

Aku petik sebuah kisah bagi memudahkan kefahaman tentang paradigma.

Seorang pelajar kehilangan handphonenya. Dia mencurigai rakan sebiliknya. Ketika balik dari kuliah kawannya menegurnya seperti biasa. Namun dia membalasnya dengan begitu dingin sekali. Ramah dan santunnya hilang sama sekali. Senyuman kawannya dipandang sebagai topeng menyembunyikan kejahatan. Senyumnya tampak senyuman seperti senyuman yang menipu dan menjengkelkan.

Kemudian kawannya tergesa-gesa meninggalkan bilik. Bertambahlah keyakinannya bahawa kawannya gelisah sekiranya dosanya diketahui.

Sudah 2 hari kawannya itu tidak balik ke bilik. Dia bermonolog sendirian, "Sahlah! Memang dia yang kebas handset aku! Jahanam siap kau nanti!"

Maka ketika itu segala perilaku kawannya dipandang dari sudut "pencuri". Sampai lah setelah 3 hari kehilangan handsetnya, pagi itu dia mengemas biliknya. Dia terjumpa akan sebuah handset di bawah katilnya sendiri! Dia telah menemui handsetnya yang disangka dicuri!

Maka ketika itu berubahlah pandangannya terhadap rakan sebiliknya. Timbul perasaan sangat sedih dan teramat kesal dia akan sikapnya. Dia menyalahkan dirinya kerana begitu buruk sangka terhadap sahabatnya. Pelajar itu mengalami anjakan paradigma, atau disebut paradigm shift.

Cuba kita kaitkan kisah di atas dengan situasi kita hari ini dalam melihat perbezaan pandangan di dalam masalah agama. Seseorang yang mempunyai paradigma 360 darjah (paradigma akhlak), mampu berlapang dada di dalam perkara khilaf (perbedaan pendapat), manakala orang yang mempunyai paradigma sempit 90 / 180 darjah (paradigma fiqh) hanya mampu melihat agama dari suatu sudut sahaja, yakni sudut hukum semata-mata

Tidak kira lah khilaf itu di dalam masalah ibadah mahupun akidah, semua itu perkara yang mustahil untuk dielakkan apabila sesuatu perkara itu bersifat 'zhonni' (speculative).

Orang yang mempunyai paradigma akhlak, tidak akan mudah menuduh orang sesat , tidak mudah membid'ah sesuka hati, tidak taksub kepada pendapat manhaj / mazhab yang dianuti sahaja. Sebaliknya dia seorang yang berlapang dada, berfikiran terbuka, mendahulukan akhlak di atas fiqh, mengakui akan kebenaran jamak (akan dikupas akan datang), sanggup meninggalkan fiqh demi persaudaraan (juga dikupas kemudian), ikhtilaf sebagai peluang untuk kemudahan dan kesolehan diukur dari akhlak.

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-


*Sumber rujukan

Dahulukan Akhlak di atas Fiqih
Jalaluddin Rakhmat

Usul al-Ahkam

1 ulasan:

aiman berkata...

adakah ini benar2 berlaku..kalau benar2 berlaku ..
tercetus la satu reformasi yg sekian lama kita nantikan....adakah kite sanggup dikritik hebat oleh negara2 luar..perdana menteri kita adalh penjenayah.....membunuh orang,hukumanya dibunuh....jadi pesalah patutunya dibunuh....kertingaian perlembgaan tidak lagi dirujuk sebagai undang2 yg paling tinggi....demokrasi disekat.....suara rakyat disekat...,,negara Malaysia sekarang ini dipimpin oleh parti yg tidak lagi relevan....same2 kite berdoa agar satu keajaiban berlaku untuk memulihkan imej Malaysia yg sekian lama tercalar.tq

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails