5/01/2009 09:03:00 PG

Bila Aku Dibius C I N T A 1


"Apiez, abes belajar, apa perkara pertama ko akan rancang?" tanya kawanku.

"Kahwin" jawab ku simple.

"Haha gatal sangat ke?" perlinya tanpa berselindung.

"Bukan soal gatal ke hape. Tapi soal mampu atau tidak. Aku tak yakin mampu untuk berdepan dengan ujian perempuan dan maksiat" jawabku untuk menerangkan situasi.

"Dah ada calon ke?" Tambah mamat yang banyak songeh tu.

"Tak" jawabku selamba.

"Hahaha peliklah kau ni, nak kawin tapi takda calon!" perlinya menambah kepanasan di dada ku.

CINTA

Persoalan cinta tak pernah lekang dari menjadi perbualan remaja dan orang muda. Mungkin ramai yang memandang remeh. Bagi mereka yang suka bersosial, cinta dikaitkan pergaulan bebas, hubungan romantik, seks, memenuhi kehendak nafsu dan berbagai lagi definisi yang songsang dan menyedihkan. Bagi mereka yang Islamic dan syadid, cinta ialah sering dikatakan jalan menghampiri zina, HARAM, lagha, melalaikan dan sebagainya. Aku bukanlah orang yang arif soal CINTA, namun berminat untuk mengenalinya. Oleh kerana minat itu, aku sering membaca tulisan-tulisan yang membina mengenai cinta. Coretan aku kali ni tidak ada niat untuk mengutuk atau memerli sesiapa. Malah terus terang aku katakan, ini adalah hasil pengalaman insan yang juga pernah bergelumang di dalam dunia Cinta. Dalam erti kata mudah, aku mengata diri sendiri! Jadi tulisan ini ialah apa yang aku pernah lalui, dan apa yang pernah aku lihat di sekelilingku.

Pertama sekali aku ingin menyentuh tentang definisi. Definisi cinta itu sendiri luas dan bersifat subjektif. Aku tidak setuju bila mana cinta dikaitkan dengan ber'couple'. Kesilapan di dalam mendefinisi inilah yang menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan; antara Halal dan Haram. Love is Cinta, Coupling is Berpasangan. Bukankah ia jauh berbeda? Di mana persamaannya? Cinta tidak semestinya terbina dengan ber'couple', dan ber'couple' juga tidak semestinya wujud cinta di dalamnya. Pening? Aku pun pening tapi inilah yang perlu kita sama-sama fikirkan dan nilai dengan otak yang dipandu oleh wahyu Allah.

"Eh, kalau tak boleh bercinta apesal Allah buat laki dgn pompuan! Baik buat semua lelaki je camtu!" jerkah Fahmi (bukan nama sebenar) bila ditegur.

"Bukan ke cinta tu fitrah! Aku tak macam ko, abnormal takde perasaan kat pompuan!" Tambahnya kepanasan. Bicara sudah tidak berpandukan akal, tetapi nafsu amarah yang menguasai jiwa.

Cinta itu FITRAH.

Mungkin sudah biasa kita dengar ayat ni. Malah ia juga menjadi hujah untuk segelintir manusia menghalalkan hubungan mereka. Tetapi kita lupa, mudahnya sesuatu yang FITRAH itu menjadi FITNAH lantaran kelalaian kita.

Di dalam usaha hendak mengenal dan mencari erti cinta, mungkin ada di kalangan kita jatuh ke lembah yang hina. Hina kerana tidak menghargai aset berharga yang dianugerahkan Allah Ta'ala kepada kita. Iaitu AKAL dan HATI. Seperti yang disebut Ust Hasrizal;

"Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU."

Manusia diberikan akal yang baik, tujuannya untuk berfikir, menilai dan membuat pertimbangan yang sihat. Menimbang cause and effect bagi setiap perbuatan kita. Menilai antara dosa dan pahala. Hati pula akan membuat keputusan, sama ada mengambil nasihat akal, atau pun memenuhi tuntutan nafsu.

INGIN TAHU

Salah satu sifat yang ada di dalam diri setiap makhluk yang bergelar manusia, ialah perasaan ingin tahu dan ingin mencuba (curiousity). Perasaan ingin tahu nikmat cinta ini lebih hangat dan panas bila mana seseorang itu menjejak kaki ke IPT. Lebih-lebih lagi bila melihat rakan-rakan kita bercinta, timbul perasaan 'nak'.

Bila sudah tahu, timbul pula keinginan mencuba. Apa yang hendak dicuba? Percubaan dimulakan dengan 'ringan-ringan'. Dimulakan perbualan telefon yang singkat, kemudian berpanjangan. Dari perbincangan akademik, masuk ke soal hati dan perasaan. Lantas diatur pertemuan demi pertemuan. Melepas rindu katanya. Kemudian dicucuk syaitan yang mula menjadi 'menteri agama'nya untuk berpegangan tangan.

'Ah dosa kecil je' monolog kita bersendirian. Menyedapkan hati dengan maksiat yang dilakukan. Begitu lah kita, walaupun diingatkan Allah banyak kali di dalam al-Quran bahawa syaitan itu musuh, seringkali kita jadikan dia teman.

Cinta berkaitan dengan soal prinsip dan pengurusan emosi. Bunyinya mudah, tetapi untuk menghadapinya memerlukan kekuatan luar biasa. Lantas apa yang menguatkan kita? Fikir-fikirkan...

bersambung....

Wallahu 'Alam.

-Ibnu Abas-


2 ulasan:

Hasanah89 berkata...

salam el,

"berhati2 dalam memberi hati..."
Wallahu'alam...

Tanpa Nama berkata...

tertipu dengan istilah cinta dan berkapel ke?
--> cinta tak mesti berkapel
yg haram tuh, kapel?
kalau cinta tuh, haram tak?
hehe,,

quoted:
Cinta berkaitan dengan soal prinsip dan pengurusan emosi. ok, i dont get it, ;p
sila sambung entri seterusnya dan elaborate more on that point...

-nur-

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails