Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.
lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status.
Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat.
Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.
Dibenci kerana suka memberi nasihat?
Sudah menjadi lumrah, tidak semua orang suka untuk mendengar nasihat. Apabila nasihat diberikan maka timbullah suara ataupun terdetik di hati mengatakan, "macam lah kau baik sangat", "belagak alim lah tu" dan sebagainya.
Satu pesanan yang selalu aku sampaikan kepada adik-adikku mahupun AJK PERMAS,
"Kita kena ada perasaan takut apabila kita mengabaikan amar makruf nahi mungkar, maka bila kita melakukan maksiat / dosa tidak ada orang yang akan menegur kita. Sebagaimana kita mengabaikan mereka, maka mereka juga akan mengabaikan kita."
"Kita menegur bukan kerana kita rasa kita baik, tetapi kerana kita mahu orang tu jadi baik"
Semasa kuliah maghrib semalam Ust Kamaruddin mengupas tafsir surah al-Ghasiyah ayat 17 hingga 22. Banyak isi menarik yang ustaz kupas dalam kuliah tersebut. Antaranya ketika mengulas ayat 21-22 yang bermaksud:
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan.(21)
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).(22)Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat menyesatkan. Barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. [Az-Zariyat: 55]
Wallahu 'Alam
-IbnuAbas-
Rujukan:
Hadith 40 Imam Nawawi
0 ulasan:
Catat Ulasan