9/12/2009 01:41:00 PTG

Jual Beli dalam Masjid

Aku pelik kenapa sesetengah penceramah tanpa segan silu boleh berniaga di dalam masjid. Nak kata tak tahu hukum, bergelar ustaz..

Dalam satu hadith Nabi Sallallahu alayhi wasallam bersabda yang bermaksud,

"Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda: Apabila kalian melihat orang yang jual beli didalam masjid maka katakanlah kepadanya: Semoga Allah tidak memberi keuntungan dalam jual belimu ! (HR Tirmidzi 1321, Ad-Darimi 1408, Ibnu Khuzaimah 1305, Ibnu Hibban dalam Shahihnya 312, Ibnu Jarud 562, Ibnu Sunni dalam Amal Yaum Wa Lailah 153, Hakim 2/56, dan dia berkata: Shahih menurut syarat Imam Muslim, dan disetujui oleh Adz-Zahabi. Al-Albani menshahihkan dalam Al-Irwa 1295).

Imam As-Shan'ani berkata: "Hadith ini menunjukkan haramnya jual beli di dalam masjid, dan wajib bagi orang yang melihatnya untuk berkata kepada penjual dan pembeli semoga Allah tidak memberi keuntungan dalam jual belimu ! sebagai peringatan kepadanya" (Subulus Salam 1/321). (Lihat pula An-Nail 1/455 Ats-Tsamar 2/696)


Aku memang tak boleh terima kalau orang agama yang buat perkara-perkara macam ni demi kepentingan perut sendiri!

Sebab ustaz macam ni lah yang merosakkan agama. Bila orang tengok dia selamba jual beli dalam masjid maka yang jahil agama akan beranggapan perkara itu dibolehkan sedangkan Rasulullah menegah! Dulu pernah seorang ustaz ni promote kismis doa dia semasa tazkirah dalam masjid. Lantas aku terus keluar kerana meluat. Tak salah seorang ustaz nak cari rezeki dengan berniaga. Rasulullah pun berniaga. Tapi jangan lah melanggar sunnah Rasulullah!

Benarlah kata guruku,

"Di satu pihak ada golongan yang mendirikan masjid, di pihak satu lagi pula golongan yang meruntuhkan masjid!"

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails