2/08/2009 01:13:00 PTG

Kemuliaan.....

.:: Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Jika sekiranya kita hendak mencari kemuliaan dengan selain yang Allah muliakan kita (iaitu dengan Islam), maka nescaya Allah akan menghinakan kita!!!. Umar Al-Khattab r.a ::.

Aku merenung bangsa ku harini.. Kenapa orang Melayu No. 1 dalam segala bidang mungkar? Maksiat? Melayu No. 1... Buang Anak? Melayu No. 1... Dadah? Melayu No. 1... Dan banyak lagi perkara yang jijik untuk aku sebut dan akui. Tapi itu lah realiti... Apa puncanya? Tidak lain tidak bukan kerana kita tinggalkan Islam... Islam yang merupakan cara hidup dihina oleh orang Islam sendiri dengan menjadikan Islam hanya di masjid dan surau... Islam hanya dengan solat 5 waktu, berpuasa, bayar zakat dan pergi Haji. Bila dapat "title" Pak Aji sudah cukup puas. Dirasanya syurga sudah pasti untuknya.. Kasihan.. Itulah mentaliti orang kita. Apa nak buat? Bangsa aku jugak... Apa yang penting.. Teruskan usaha dakwah.. Apa pun jamaah yang korg join, PAS ke, JIM ke, ABIM ke..blablablaaaa... letakkan matlamat nak bagi mad'u dakwah kenal Islam, bukan promote jamaah korang je!

Allah Knows Best

Ibnu Abas

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kat tempat aku lagi dahsyat!! nak promote jamaah punye pasal, sanggup diorang buruk-burukkan jamaah lain ka madh'u. sabar je la...

Ibnu Abas berkata...

itu lah.. kita lupa siapa musuh, siapa saudara. kadang-kadang berperang dingin hingga lupa musuh utama kita orang kafir. perbezaan manhaj yang dibawa jamaah xsepatutnya menjadi sebab kita tak boleh bersatu di bawah satu aqidah yang haq. Ust aku selalu peringat: "kita jangan nafikan sumbangan jamaah lain walaupun kita tidak setuju manhaj yang mereka bawa. setiap jamaah ada sumbangannya dan yang paling matlamat asas semua jamaah nak bagi orang kenal Islam"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails