2/08/2009 10:51:00 PTG

MPKP

Malam ni aku menjadi pemerhati MPKP (Malam Pengenalan Kelab dan Persatuan).. Hehe pemerhati bebas. Kalau sebelum ni aku yang kena terhegeh-hegeh naik pentas untuk mencapap mempromosi PERMAS, malam ni aku jadi penonton. Seperti biasa, membosankan melihat perkara yang sama sejak 3 tahun dulu. Tapi bukan itu yang hendak aku omongkan. Tetapi mengenai BAHASA yang digunakan terhadap audience. Pelik tambah hairan aku, boleh dikatakan setiap wakil kelab akan mengguna perkataan "korang". Aku bukanlah mamat "skema" tetapi tidaklah pula "semborono". Mungkin secara tidak sedar penggunaan bahasa pasar yang tidak bertempat sudah menjadi kebiasaan. Itu lah yang aku perhatikan berlaku di kalangan manusia yang bergelar Mahasiswa yang sepatutnya menonjolkan sikap profesional. Hatta dalam presentation dalam kelas pun tidak lekang penggunaan perkataan "korang" tu. Aku cuba bayang orang-orang begini memasuki alam pekerjaan. Sudah pasti "korang" yang sudah sebati dengan diri tu lah akan terpancul keluar dari mulut "dorang" di depan bos mereka. Hehe

Mungkin perlu diberi penekanan serius oleh pensyarah di dalam kuliah agar pelajar tahu penggunaan bahasa yang sesuai untuk majlis yang bersifat formal dan informal.

3 ulasan:

amel036yippee berkata...

betul2... aku sokong. bile buat program, protokol kena jaga. ini menunjukkan sejauh mana kita peka dalam bekerja, bergaul, berinteraksi & bersama dengam masyarakat. Walaupun penonton mungkin hanya di kalangan "kita", tp profesionalisme tetap kena jaga. Penonton/tetamu perlu dihormati.
Bukan cam tgh main bole atas padang bole jerit2
"Woi! pass bola kat aku, woi!!". Ayat mcm tu pun kadang ader member tak suke, apetah lagi menggunakan "korang" dlm majlis2 formal & rasmi.

amel036yippee berkata...

ooo ye. tulisan warna gelap sukar dibaca. bole guna warna lain tak untul entry2 akan datang?

terima kasih.

MuJaHiDaH SyUhAdA iLYa NaTaSya berkata...

eh, ana takde gune 'korang' ea mase present.. uhuk2.... hehehe.... ;p

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails