3/31/2009 10:14:00 PG

Pesanan Akhir Dari Assyahid Sayyid Qutb



Saudara!
Seandainya Kau Tangisi Kematianku
Dan Kau Siram Pusaraku Dengan Air Matamu
Maka Di Atas Tulang-tulangku
Yang Hancur Luluh
Nyalakanlah Obor Buat Umat Ini
Dan...
Teruskan Perjalanan Ke Gerbang Jaya

Saudara!
Kematianku Adalah Suatu Perjalanan
Mendapatkan Kekasih Yang Sedang Merindu
Taman-taman Syurga Tuhanku Bangga Menerimaku
Burung-burungnya Berkicau Riang Menyambutku
Bahagialah Hidupku Di Alam Abadi

Saudara!
Puaka Kegelapan Pasti Akan Hancur
Dan Alam Ini Akan Disinari Fajar Lagi
Biarlah Roh Ku Terbang Mendapatkan Rindunya

Janganlah Gentar Berkelana Di Alam Abadi
Nun Di Sana Fajar Sedang Memancar...

(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui SYAHID)

3/27/2009 09:49:00 PG

Apa kata Ibnu Khaldun!

Ibnu Khaldun

Ibnu Khaldun

“Bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian, simbol-simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang mengalahkan mereka.

Tingkah laku ini disebabkan sifat manusia yang lazimnya menyangka bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah bangsa yang sempurna. Kepercayaan itu mungkin berpunca daripada rasa kagum terhadap bangsa yang menakluki mereka, sehingga mereka menganggap bangsa penakluk itu adalah bangsa yang sempurna, ataupun disebabkan bangsa yang kalah itu tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor biasa sahaja.

Akibatnya mereka percaya mereka kalah akibat keagungan bangsa yang menakluki mereka.

Apabila sangkaan ini berpanjangan, maka sangkaan itu bertukar menjadi keyakinan, sehingga akibatnya keyakinan itu mendorong mereka mengubah semua ciri-ciri asli mereka. Bangsa yang kalah mungkin meniru-niru secara tidak disedari, ataupun mereka menyangka mereka kalah disebabkan kelemahan-kelemahan budaya dan kepercayaan mereka sendiri, padahal tidak.

Sebenarnya bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah lebih kuat dan lebih bersatu padu. Akibatnya, timbullah keyakinan lain bahawa dengan meniru-niru bangsa penakluk itu, maka akan terhapuslah punca-punca kekalahan mereka.”

Ibnu Khaldun (1332-1406), Muqaddimah, Bab 2, Bahagian 22.


**Dipetik daripada http://profabdullah1.wordpress.com/

3/27/2009 09:47:00 PG

Apa kata Profesor diraja Ungku Aziz!

Profesor Diraja Ungku Aziz

Profesor Diraja Ungku Aziz

“Dengan muslihat yang licik penjajah Inggeris menanamkan dongengan yang tidak dapat dikikis dalam kalangan orang yang pernah dijajahnya, bahawa:

(a) Bahasa Inggeris itu adalah bahasa dunia dan difahami oleh manusia sejagat, dan
(b) Hanya melalui bahasa Inggeris kita dapat mempelajari ilmu yang menjadi kunci kepada kemajuan teknologi penting dan pembangunan ekonomi pesat.

Sebenarnya, fikirkanlah sedikit, sesiapa sahaja yang pernah pergi ke negara Jerman atau Amerika Latin, apa lagi negara Cina dan Jepun, tentu dengan sekonyong-konyong menyedari bahawa sebahagian besar penduduk dunia termasuklah teknokrat dan intelektual peribuminya yang membina negara moden yang gagah, sebenarnya tidakpun memahami bahasa Inggeris.”

Profesor Diraja Ungku Aziz, mantan Naib Canselor Universiti Malaya, dalam persidangan ASAHIL Singapura, 1973.

3/25/2009 10:39:00 PG

Duit Oh Duit


Terkejut apabila aku membayar sebungkus mee "cincai" berlauk telur pagi ni. Tau tak berapa aku kena cas?! Rm3! MasyaAllah! Takkan RM2 untuk mee + RM 1 untuk sebiji telur goreng?! Pakcik oi! Ni kedai mamak ke dining? Kalau dining buat la harga dining! Hurm.. entah lah.. Ini lah agaknya kesan inflasi yang dicipta oleh yahudi. Semuanya bermula dengan wang kertas. Dengan wang kertas lah yahudi menguasai dunia hari ini. Jangan terkejut kalau aku katakan hampir semua central bank di dunia dikuasai Yahudi. So? Apa yang perlu kita buat? Kembali lah ke sistem matawang Islam yakni Dinar Emas! Kalau nak tahu lebih lanjut tentang dinar emas ni boleh la layari dan selami website ni: http://thegolddinar.blogspot.com/

Oh ye, bercerita pasal inflasi, sedarkah anda (macam rancangan TV plak) bahawa di dalam ekonomi Islam yang diamalkan Rasulullah tidak wujud inflasi/deflasi yang mengarut ni? Sebenarnya inflasi bukan lah seperti yang kita semua faham iaitu kenaikan harga barang. Sebaliknya inflasi ialah kejatuhan nilai matawang. Apa maknanya? Maknanya kita perlu membayar lebih duit untuk mendapat barang/servis yang sama! Kenapa benda ni terjadi? Tak lain tak bukan kerana pertambahan jumlah matawang fiat yang dicetak atas angin menyebabkan nilai intrinsik matawang asas berkurang. Duit yang kita pegang selama ni adalah duit yang sentiasa beranak! Tak faham? Kaji lah sendiri. Hehe.. Bak kata dr Azman: "U have to think! Use ur BERAIINNNN (brain) !!!"

Allah Knows Best...

3/23/2009 02:45:00 PG

Apakah Benar Engkau Seorang Pejuang?


Oleh: Qathrunnada

Engkau ingin berjuang, tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang, tapi rusak oleh pujian
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang, menjadi pengikut agar disegani

Engkau ingin berjuang, tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang, kesehatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang, masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang, karena istri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang, rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang, diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang, akhlakmu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang, anak istri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang, ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang, kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang, pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang, rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakan

Yang…. Sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan….?????




Apakah Benar Engkau Pejuang - Al_Hadi Property

3/23/2009 02:23:00 PG

20 CIRI SANG PEJUANG ISLAM



1. Aqidahnya bersih (saliimul ‘aqiidah)
2. Akhlaknya solid (Matiinul khuluqi)
3. Ibadahnya benar (Shohiihul I’baadah)
4. Tubuhnya sihat dan kuat (Qowiyyul jismi)
5. Fikirannya intelek (Mutsaqqoful fikri)
6. Jiwanya bersungguh-sungguh (Mujaahadatun nafsi)
7. Mampu berusaha mencari nafkah (Qaadiirun ‘alal kasbi)
8. Efisien dalam memanfaatkan waktu (Hariisun ‘alal waqti)
9. Bermanfaat bagi orang lain (Naafi’un lighoirihi)
10. Selalu menghindari perkara yang samar (Ba’iidun ‘anisy syubuhat)
11. Senantiasa menjaga dan memelihara lisan (Hifdzul lisaan)
12. Selalu istiqomah dalam kebenaran (istiqoomatun filhaqqi)
13. Senantiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan (Gaddhul bashor wahifdul hurumat)
14. Lemah lembut dan suka memaafkan (Latiifun wahubbul ‘afwi)
15. Benar, jujur dan tegas (Al Haq, Al-amanah-wasyja’ah)
16. Selalu yakin dalam tindakan (Mutayaqqinun fil’amal)
17. Rendah hati (Tawadhu’)
18. Berfikir positif dan membangun (Al-fikru wal-bina’)
19. Senantiasa siap menolong (Mutanaashirun lighoirihi)
20. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir (Asysyidda’u ‘alal kuffar)


Sudahkah diriku layak digelar pejuang... Subhanallah... Rasa malu kerana aku tahu banyaknya dosa yang aku buat dan sedikitnya amalan aku.. Semoga aku dipilih menjadikan pendokong agama Allah hingga saat nyawaku dicabut malaikat Maut.. Ameen....

3/23/2009 02:05:00 PG

PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN PARA IKHWAN MUSLIMIN


“Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan saja mengatakan ‘kami beriman’ sedang mereka tidak di uji lagi?”
(QS. Al Ankaabut: 2-3)

Bukankah sepatutnya kita berasa malu dengan Allah apabila membaca ayat di atas? Kita diuji dengan ujian begitu sedikit. Ujian masa, ujian keluarga, ujian harta, ujian mengantuk dan sebagainya, sedangkan saudara kita diuji dengan hujan peluru dan bom… Sedarlah, Islam tidak tertegak dengan semangat! Islam memerlukan pengikutnya yang mempunyai semangat jihad dan aqidah yang mantap.

“Hai orang yang berselimut, bangunlah lalu berilah peringatan, dan Rabbmu agungkanlah.”

Amalan kita sedikit, iman kita nipis seperti kulit bawang, tapi cukupkah usaha yang kita perah untuk tingkatkan IMAN & AMALAN? Bila mana sahabat2 ajak kita buat qiam berjamaah, kita ambil mudah. Kita kata "benda-benda macam ni tak boleh paksa". Wahai saudaraku! Tidak ada perkara di dunia ini yang kita buat melainkan dengan paksaan belaka! Kita "terpaksa" solat, sebab kita hamba, kita nak syurga, kita taknak neraka! Kita "terpaksa" tidur, sebab kita ngantuk, kita "terpaksa" makan, sebab kita lapar! Kita "terpaksa" bangun malam qiamulail, sebab kita lemah! Kita tak dapat buat apa-apa kecuali minta dengan Allah! Dakwah kita takkan membuahkan hasil kalau tidak Allah yang makbulkan doa kita!

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (QS. 3:142).

Malu lah dengan ALLAH sekiranya kita tidak berasa malu dengan manusia…. Ingatlah wahai diriku, syurga Allah itu mahal harganya.... Usaha mu setakat ini belum tentu melayakkan dirimu memasuki syurga Allah wahai diriku...

Wallahua'lam.. Allah Knows Best

3/18/2009 12:49:00 PG

Rasuah : Pemimpin yang gila babi

KUALA LUMPUR 17 Mac - Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadun Basirun dan dua pemimpin UMNO Bahagian Bukit Katil merupakan antara yang digantung keahlian UMNO selama tiga tahun kerana didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO.


Saadun yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil serta dua lagi pemimpin UMNO bahagian tersebut didapati bersalah di bawah Perkara 5.1.2, 5.5.1, 5.5.2 dan 5.6.1 Tataetika Ahli UMNO yang berkait dengan rasuah atau sogokan politik.

Dua lagi pemimpin terlibat ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, Rosli Hassan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil, Zalina Ismail.

Lembaga Disiplin UMNO mendapati ketiga-tiga mereka telah melanggar Tataetika Ahli UMNO ketika berkempen untuk Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti.

Ekoran itu Mohd. Ali juga bersalah di bawah Tataetika Ahli UMNO mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO dan dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti hujung bulan ini.- Utusan.

KOMEN:
Samada rakyat Malaysia tidak peka atau sudah buta, persoalan itu tidak mampu aku jawap. Namun apa yang aku ingin sampaikan sudah tiba masanya umat Islam memilih pemimpin yang boleh membina pembangun rohani rakyat, bukan pembangunan fizikal semata-mata yang membawa kepada kejahilan dan kekufuran terhadap Allah SWT. Kita selalu mengharapkan pemimpin yang terbaik tapi sering silap memilih. Ramai di kalangan kita masih ragu-ragu untuk melakukan perubahan. Bukan takutkan azab akhirat tetapi takut kerugian harta duniawi.
Rasuah umpama cendawan di dalam UMNO, malah tidak segan silu bagi pewakilan untuk menyatakan bahawa perhimpunan Agong mereka adalah pesta untuk mendapat duit. Takutlah dengan amaran Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan”. (riwayat Ahmad)
Malah undang-undang ciptaan manusia itu sendiri bersifat pilih kasih dan double standard. Jika ikan jerung (kroni) yang didapati bersalah, maka ringanlah hukuman yang diberikan. Kalau ikan bilis (orang awam), maka diwar-warkan dan dihukum seadil-adilnya (kononnya).

“Rosaknya orang-orang terdahulu, itu kerana ketika yang mencuri adalah orang terhormat, maka mereka melepaskannya dari hukuman. Tapi ketika yang mencuri orang lemah, maka mereka dikenakan hukuman. Saksikanlah! Andai Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku sendiri yang akan memotong tangannya”


Sedangkan Rasulullah sendiri bertindak adil terhadap sesiapa sahaja malah baginda SAW menyatakan kesanggupan memotong tangan Fatimah puterinya kesayangan jika dia mencuri! Inikan kita?!


Renungkan kita Umar al-Khattab ini dan bandingkan dengan pemimpin kita hari ini. Tidak perlu ku jawap tetapi fikir-fikirlah sendiri dengan aqal yang waras dan dengan iman yang sejati.

KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a

Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-

a- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.

b- Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.

c- Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.

Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :-

"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau melucutkan jawatanku"

Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"

Kahlid membalas :

"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku" [14]

Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.

Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,

"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"

Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:

"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"[15]

Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menrima surat wasiat itu, beliau turut menangis.

Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu.

Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a.. Sesungguhnya wahai Umar al-faruq kami merinduimu pemerintahanmu..




3/14/2009 10:26:00 PG

Aku Dibius CINTA


Alhamdulillah.. forum “Aku Dibius Cinta” dapat berjalan dengan baik walaupun ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Itulah manusia, tidak pernah mencapai kesempurnaan di dalam apa jua. Hanya Allah yang layak memiliki kesempurnaan. Apa yang aku dan sahabat di PERMAS harapkan forum ini dapat menambahbaik kualiti pergaulan siswa-siswi kampus ini supaya lebih syariah compliance. Mungkin ramai yang beranggap forum seperti ini remeh atau tidak begitu challenging tajuknya tetapi matlamat yang dibawa tersangatlah mencabar. Rosaknya masyarakat kampus adalah kerana jahil ilmu agama, dan dipengaruhi pergaulan bebas yang tidak terbatas. Pengguna istilah taqlid tidak terhad kepada perkara agama sahaja. Menurut Ibn al Humam; taqlid ialah mengamalkan pendapat orang lain tanpa hujah atau dalil. Begitu lah jua halnya dengan siswa-siswi hari ini. Mereka mengambil contoh daripada cara hidup rakan dan senior mereka tanpa mereka teliti hukumnya; samada halal atau haram di sisi agama. Kalau tiada inisiatif untuk mengubah muda-mudi zaman ini, jangan harap kita hendak membentuk generasi yang Islamik di masa depan. Kerana generasi akan datang akan dibentuk oleh ibu dan bapanya yang merupakan generasi masakini. Rosak muda-mudi zaman ini, maka rosaklah ibu bapa dan anak yang dilahirkan akan datang.

Forum ini juga bertujuan membetulkan pemikiran dan tanggapan golongan yang bercinta secara Islamik (dakwaan mereka). Aku cukup tertarik bilamana panel pertama, Ustaz Najib mengupas bagaimana cinta itu boleh menyebabkan manusia menggunakan agama sebagai alat untuk mencapai cintanya. SMS tazkirah, miss call kejut subuh, ajak tengok ceramah agama, dan berbagai-bagai lagi digunakan oleh si pemburu cinta demi mendapat cinta si dia yang kononnya “cinta kerana Allah”. Malah aku pernah berdebat dengan seorang pemimpin salah satu persatuan Islam di kampus tentang cinta dan couple. Aku berhujah dengan point utama cinta itu fitrah akan tetapi couple itu fitnah.

"Janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan"
(al-Isra': 32)

Aku kupas ayat surah Al-Isra' yang bermaksud “dan janganlah kamu hampiri zina” tetapi dia menolak mentah-mentah dengan alasan di dalam al-Quran tiada Allah sebut tidak boleh bercinta/ bercouple (terfikir juga, takkan dia mazhab Az-Zahiri :) ). Islam melarang keras umatnya menghampiri zina kerana dorongan untuk berzina pasti sentiasa ada di dalam jiwa manusia yang bercinta ini. Ini lah yang aku bimbang, bila kita mencari alasan untuk menghalalkan perbuatan kita. Bukan kebenaran yang dicari tetapi jawapan yang memuaskan nafsu diri sendiri. Sedar atau tidak, perzinaan dapat mengaburkan masalah keturunan, merosakkan keturunan, menghancurkan rumah tangga, memaharajalelakan penyakit siplis dan AIDS serta merosotkan akhlak manusia. Islam sebagai mana kita sedia maklum, apabila mengharamkan sesuatu, maka ditutupi juga jalan-jalan yang membawa kepada perbuatan haram tersebut. Maka sebab itulah bercouple itu haram dan berdosa, kerana ia merupakan short cut kepada perlakuan zina.

Malah disebut di dalam al-Quran bahawa zina dan iman tidak boleh berkumpul setempat, kerana iman yang benar lagi suci dapat menghalang manusia dari menderhakai Allah SWT. Maka Nabi SAW bersabda:

"Tidaklah seseorang berzina bila dia beriman ketika berzina dan tidaklah seseorang mencuri bila dia beriman ketika ia mencuri, dan tidak minum khomar (arak) seseorang yang meminumnya bila dia beriman"

(HR Bukhari & Muslim)


Aku sendiri bimbang, pada umur 22 tahun ini berapa lama lagikah aku boleh bertahan kerana ujian yang datang hanya Allah yang tahu. Semoga Allah pelihara aku daripada maksiat dan ditemukan dengan jodohku secepat mungkin. Hehe.. (Nikah : Connecting People)

Ya Allah, jauhi lah daku dari lembah kehinaan yakni zina dan permudahkan aku bertemu dengan jodohku yang solehah dan disempurnakan setengah daripada agamaku. Ameen....


and Allah Knows Best...





3/08/2009 09:14:00 PG

Prof Kamil diserang lagi


السلام عليكم

Entry terbaru Pengarah menyebabkan aku tersentak. Tidak puas lagi orang-orang yang dengki ni. Sememangnya sikap manusia tidak pernah berasa senang hati melihat orang lain lebih daripada mereka, walaupun perkara kebaikan! Kasihan prof kerana usaha dakwahnya ada saja orang yang hasad lagi dengki. Tapi itu lah dakwah.. Kalau tiada mehnah, masakan dinamakan dakwah, betul tak? Semoga prof semakin kental, gigih, mantap, dan istiqamah dalam perjuangan!

Ingatlah wahai mata rantai perjuangan Islam! Apabila anda telah disenaraikan dalam soff perjuangan, maka tabiat generasi ini mesti berbeza dari tabiat generasi umum. Sahsiah mesti ditingkatkan, akhlak mesti dimantapkan, fikrah mesti semakin jelas, daya fikir mesti semakin matang, nilai ucapan dan kata-kata mesti semakin berharga, pandangan mestilah bernas, kesungguhan bekerja dan merangcang mestilah semakin tinggi, tabiat buruk mestilah dibuang jauh, sumbangan mestilah bertambah, muhasabah diri jangan dialpakan!
~Berjuang memang PAHIT kerana SYURGA itu MANIS~




3/08/2009 07:09:00 PG

Pengumuman

السلام عليكم

Berikut ialah laman web kegemaran aku untuk mendonwload audio/mp3 ceramah popular... Semoga bermanfaat untuk semua:

http://www.kuliyah.net/V1/

Untuk makluman sahabat semua aku telah bertukar ke no: 0137476421

Related Posts with Thumbnails