KUALA LUMPUR 17 Mac - Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadun Basirun dan dua pemimpin UMNO Bahagian Bukit Katil merupakan antara yang digantung keahlian UMNO selama tiga tahun kerana didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO.
Saadun yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil serta dua lagi pemimpin UMNO bahagian tersebut didapati bersalah di bawah Perkara 5.1.2, 5.5.1, 5.5.2 dan 5.6.1 Tataetika Ahli UMNO yang berkait dengan rasuah atau sogokan politik.
Dua lagi pemimpin terlibat ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, Rosli Hassan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil, Zalina Ismail.
Lembaga Disiplin UMNO mendapati ketiga-tiga mereka telah melanggar Tataetika Ahli UMNO ketika berkempen untuk Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti.
Ekoran itu Mohd. Ali juga bersalah di bawah Tataetika Ahli UMNO mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO dan dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti hujung bulan ini.- Utusan.
KOMEN:
Samada rakyat Malaysia tidak peka atau sudah buta, persoalan itu tidak mampu aku jawap. Namun apa yang aku ingin sampaikan sudah tiba masanya umat Islam memilih pemimpin yang boleh membina pembangun rohani rakyat, bukan pembangunan fizikal semata-mata yang membawa kepada kejahilan dan kekufuran terhadap Allah SWT. Kita selalu mengharapkan pemimpin yang terbaik tapi sering silap memilih. Ramai di kalangan kita masih ragu-ragu untuk melakukan perubahan. Bukan takutkan azab akhirat tetapi takut kerugian harta duniawi.
Rasuah umpama cendawan di dalam UMNO, malah tidak segan silu bagi pewakilan untuk menyatakan bahawa perhimpunan Agong mereka adalah pesta untuk mendapat duit. Takutlah dengan amaran Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan”. (riwayat Ahmad)
“Rosaknya orang-orang terdahulu, itu kerana ketika yang mencuri adalah orang terhormat, maka mereka melepaskannya dari hukuman. Tapi ketika yang mencuri orang lemah, maka mereka dikenakan hukuman. Saksikanlah! Andai Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku sendiri yang akan memotong tangannya”
Sedangkan Rasulullah sendiri bertindak adil terhadap sesiapa sahaja malah baginda SAW menyatakan kesanggupan memotong tangan Fatimah puterinya kesayangan jika dia mencuri! Inikan kita?!
Renungkan kita Umar al-Khattab ini dan bandingkan dengan pemimpin kita hari ini. Tidak perlu ku jawap tetapi fikir-fikirlah sendiri dengan aqal yang waras dan dengan iman yang sejati.
Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-
a- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.
b- Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.
c- Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.
Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :-
"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau melucutkan jawatanku"
Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"
Kahlid membalas :
"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku" [14]
Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.
Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,
"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"
Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:
"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"[15]
Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menrima surat wasiat itu, beliau turut menangis.
Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu.
3 ulasan:
Assalamualaikum..
Pertamanya, Sy setuju dgn apa yg saudara tuliskan. Mmg skrg amat susah nak cari pemimpin yang benar-benar bertaqwa seperti yg terdapat pd zaman khalifah arrasyidin dan sperti amirul mukminin umar ibnu aziz. Kebanyakkan pemimpin skrg lebih mementingkan kepentingan diri berbanding kepentingan rakyat, smpaikan sanggup ‘mbeli’ rakyat utk meraih sokongan shingga ada rakyat yg mjadi ‘buta’ dlm memilih pmimpin yg haq. Bagi mereka duit adalah segalanya, sedangkan yg mberi mereka rezeki hanyalah Allah s.w.t tetapi mereka menjadi orang yang kufur nikmat. Itulah akibatnya krn tidak betul2 memahami ketauhidan pd Allah s.w.t.
Yang keduanya, Maafkan sy…izinkan sy mberi sedikit teguran. Pd pndapat sy, pengisian dlm tulisan saudara ni mmg baik dan bmanfaat utk pembaca, cuma sy melihat pd tajuknya saje ‘pemimpin gila babi’, bunyinya mcm agak kasar n kesat. Dlm berdakwah,kadang-kadang kita perlu utk mgunakan bahasa yg sopan. Setahu sy, baginda Rasulullah s.a.w tidak pernah mengeluarkan kata-kata yg kasar dan baginda amat berlemah lembut dlm menyampaikan risalah Islam. Firman Allah s.w.t berbunyi:
“ dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah(kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia” (fussilat:34)
Nabi s.a.w mempunyai akhlaq yg cukup2 mulia, sehinggakan ramai yang menerima Islam kerana tertarik dgn baiknya akhlak baginda s.a.w dlm menyampaikan dakwah. Apa kata, kita cuba utk mengikut cara nabi s.a.w kerana baginda adalah contoh tauladan utk kita semua.
Betulkan sy sekiranya apa yg tulis ni silap kerana sy juga dlm proses belajar. Wallahu’alam
Salam.. terima kasih atas teguran.. Maaf, mungkin saya boleh jelaskan di sini bahawa "gila babi" ialah sejenis penyakit. Yang hendak saya sampaikan ialah orang yang gila dunia ni umpama terkena penyakit gila babi hingga tak sedar diri dan tak takut azab akhirat. Cuma mungkin sebab orang Melayu sangat sensitif dengan perkataan "babi" jadi seolah tajuk yang saya bubuh kelihatan kasar. Sedangkan kita lihat dalam al-Quran, Allah melaknat orang2 kafir/munafiq/fasik dengan perkataan celaka dsbnya.
Wallahua'lam..
terima kasih...
Catat Ulasan