3/14/2009 10:26:00 PG

Aku Dibius CINTA


Alhamdulillah.. forum “Aku Dibius Cinta” dapat berjalan dengan baik walaupun ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Itulah manusia, tidak pernah mencapai kesempurnaan di dalam apa jua. Hanya Allah yang layak memiliki kesempurnaan. Apa yang aku dan sahabat di PERMAS harapkan forum ini dapat menambahbaik kualiti pergaulan siswa-siswi kampus ini supaya lebih syariah compliance. Mungkin ramai yang beranggap forum seperti ini remeh atau tidak begitu challenging tajuknya tetapi matlamat yang dibawa tersangatlah mencabar. Rosaknya masyarakat kampus adalah kerana jahil ilmu agama, dan dipengaruhi pergaulan bebas yang tidak terbatas. Pengguna istilah taqlid tidak terhad kepada perkara agama sahaja. Menurut Ibn al Humam; taqlid ialah mengamalkan pendapat orang lain tanpa hujah atau dalil. Begitu lah jua halnya dengan siswa-siswi hari ini. Mereka mengambil contoh daripada cara hidup rakan dan senior mereka tanpa mereka teliti hukumnya; samada halal atau haram di sisi agama. Kalau tiada inisiatif untuk mengubah muda-mudi zaman ini, jangan harap kita hendak membentuk generasi yang Islamik di masa depan. Kerana generasi akan datang akan dibentuk oleh ibu dan bapanya yang merupakan generasi masakini. Rosak muda-mudi zaman ini, maka rosaklah ibu bapa dan anak yang dilahirkan akan datang.

Forum ini juga bertujuan membetulkan pemikiran dan tanggapan golongan yang bercinta secara Islamik (dakwaan mereka). Aku cukup tertarik bilamana panel pertama, Ustaz Najib mengupas bagaimana cinta itu boleh menyebabkan manusia menggunakan agama sebagai alat untuk mencapai cintanya. SMS tazkirah, miss call kejut subuh, ajak tengok ceramah agama, dan berbagai-bagai lagi digunakan oleh si pemburu cinta demi mendapat cinta si dia yang kononnya “cinta kerana Allah”. Malah aku pernah berdebat dengan seorang pemimpin salah satu persatuan Islam di kampus tentang cinta dan couple. Aku berhujah dengan point utama cinta itu fitrah akan tetapi couple itu fitnah.

"Janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan"
(al-Isra': 32)

Aku kupas ayat surah Al-Isra' yang bermaksud “dan janganlah kamu hampiri zina” tetapi dia menolak mentah-mentah dengan alasan di dalam al-Quran tiada Allah sebut tidak boleh bercinta/ bercouple (terfikir juga, takkan dia mazhab Az-Zahiri :) ). Islam melarang keras umatnya menghampiri zina kerana dorongan untuk berzina pasti sentiasa ada di dalam jiwa manusia yang bercinta ini. Ini lah yang aku bimbang, bila kita mencari alasan untuk menghalalkan perbuatan kita. Bukan kebenaran yang dicari tetapi jawapan yang memuaskan nafsu diri sendiri. Sedar atau tidak, perzinaan dapat mengaburkan masalah keturunan, merosakkan keturunan, menghancurkan rumah tangga, memaharajalelakan penyakit siplis dan AIDS serta merosotkan akhlak manusia. Islam sebagai mana kita sedia maklum, apabila mengharamkan sesuatu, maka ditutupi juga jalan-jalan yang membawa kepada perbuatan haram tersebut. Maka sebab itulah bercouple itu haram dan berdosa, kerana ia merupakan short cut kepada perlakuan zina.

Malah disebut di dalam al-Quran bahawa zina dan iman tidak boleh berkumpul setempat, kerana iman yang benar lagi suci dapat menghalang manusia dari menderhakai Allah SWT. Maka Nabi SAW bersabda:

"Tidaklah seseorang berzina bila dia beriman ketika berzina dan tidaklah seseorang mencuri bila dia beriman ketika ia mencuri, dan tidak minum khomar (arak) seseorang yang meminumnya bila dia beriman"

(HR Bukhari & Muslim)


Aku sendiri bimbang, pada umur 22 tahun ini berapa lama lagikah aku boleh bertahan kerana ujian yang datang hanya Allah yang tahu. Semoga Allah pelihara aku daripada maksiat dan ditemukan dengan jodohku secepat mungkin. Hehe.. (Nikah : Connecting People)

Ya Allah, jauhi lah daku dari lembah kehinaan yakni zina dan permudahkan aku bertemu dengan jodohku yang solehah dan disempurnakan setengah daripada agamaku. Ameen....


and Allah Knows Best...





0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails