7/05/2009 09:17:00 PG

Qiamulail


Alhamdulillah, suasana qiamulail pagi tadi sangat sayu dan syahdu. Seperti biasa, qiam yang dipimpin oleh ustaz Kamaruddin bin Majid berjaya menyebabkan banyak air mata yang tumpah dari mata-mata yang jarang menangis kerana Allah. Ayat yang sama ketika ust memimpin qiam ketika aku part 1 dulu.

رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيً۬ا يُنَادِى لِلۡإِيمَـٰنِ أَنۡ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمۡ فَـَٔامَنَّا‌ۚ رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَڪَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ (١٩٣) رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخۡزِنَا يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ إِنَّكَ لَا تُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (١٩٤

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). (193) Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. (194)


Aku tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ayat ini ketika qiam. Tambah lagi ustaz membaca doa, (bahasa Melayu) ramai yang tewas tidak dapat menahan air mata. Terutamanya ketika doa untuk ibu bapa.

Namun apa yang aku kagum, kesemua pelajar yang datang pagi tadi atas kerelaan sendiri. Aku kira hampir semua pelajar baru yang hadir. Perkara sudah aku jangkakan kerana sehari sebelum tu ramai adik-adik yang sudah bertanya kepadaku sama ada qiam akan diadakan atau tidak.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar!

Semoga adik-adik baru ini bakal menjadi pelajar dan anak yang soleh.
Ameen...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails