7/02/2009 10:15:00 PTG

Kalau Benar Kenapa Tukar Tajuk?

Malaysiakini melaporkan:

Pemuda Umno amat berharap wacana ilmiah dengan Pemuda PAS berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat - yang menyamakan perjuangan Umno dengan ajaran sesat dan komunis - akan menjadi kenyataan.

pas umno pemuda talks parliment 010709 02"Jangan kerana kerana masalah logistik, wacana antara Pemuda Umno dan Pemuda PAS itu gagal," kata Timbalan Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim hari ini.

Katanya, sekretariat bersama akan berbincang mengenai tajuk, tempat, tarikh dan masa wacana itu mahu diadakan.

Razali (foto) berkata, perbincangan tersebut akan diadakan selepas pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Beliau berkata, pihaknya juga mahu tajuk wacana tersebut diperluaskan supaya ia memberi manfaat kepada orang ramai.

Menurutnya, ini kerana tajuk wacana yang dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS - benarkah perjungan Umno tidak bercanggah dengan syariat Islam - mungkin menguntungkan parti itu sahaja.

Nik Aziz dalam satu kenyataan di Kota Bharu pada 21 Jun lalu, menyamakan perjuangan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis.

Berikutan itu, Pemuda Umno Kelantan telah membuat laporan polis terhadap Nik Aziz pada 25 Jun.

Bincang persiapan

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan"Tajuk benarkah perjuangan Umno tidak bercanggah dengan Syariat Islam itu dicadangkan dalam surat jemputan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan (foto) kepada saya di Parlimen semalam.

"Tetapi saya beritahu Nasrudin, tajuk wacana hendaklah universal iaitu yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai terutama orang Melayu.

"Apa untungnya tajuk itu kepada orang ramai? Tajuk itu mungkin untung kepada Pemuda PAS sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Razali berkata, urusetia Pemuda PAS dan Pemuda Umno akan membincangkan tajuk untuk wacana tersebut.

Katanya, perbincangan tersebut meliputi tarikh, tempat dan masa serta tajuk untuk wacana tersebut.

Selepas itu, urusetia berkenaan akan melaporkannya kepada Pemuda masing-masing untuk mendapatkan persetujuan.

"Ini bermakna tajuk wacana tidak semestinya seperti yang dicadangkan oleh Pemuda PAS, sebaliknya urusetia boleh mencadangkan tajuk lain," katanya.

KOMEN

Berani kerana BENAR, takut kerana SALAH


blogger-emoticon.blogspot.com

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails