10/17/2009 06:10:00 PTG

Apa Niat Kita?

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadith ini memberi erti yang cukup besar buat diriku. Malah antara pokok penting ajaran Islam itu sendiri. Kerana itulah Imam Ahmad dan Imam Syafi'e berkata: "Hadith tentang niat mencakupi 1/3 ilmu". Kenapa? Kerana setiap perbuatan kita mencakupi tiga bahagian yakni niat di hati, ucapan dan tindakan.

Menurut Ibnu Daqiqil di dalam Syarhul Arbain Haditsan an Nawawiyah, yang dimaksudkan setiap amalan itu bergantung kepada niat ialah semua amal yang dibenarkan syariat dilakukan tanpa niat (kerana Allah) maka amalan tersebut tidak bererti apa-apa menurut Islam.

Kenapa hadith ini begitu signifikan bagi aku?

Bagi ia memberi suatu suntikan yang cukup kuat bagi setiap perkara yang aku lakukan.

Ketika aku dibenci dan ditentang oleh golongan manusia yang tidak faham akan hakikat Islam, aku mampu kuatkan diri kerana aku yakin akan niatku.

Aku lakukan semua ini bukan untuk dapat redha manusia.

Ketika aku gagal dalam ujian atau peperiksaan setelah aku mencurah usaha yang termampu, aku boleh tenang kerana aku yakin dan tahu akan niatku. Malah aku tahu gagal aku mungkin kerana kelekaan aku sendiri.

Aku bukan belajar untuk mengejar A di atas kertas, tapi untuk mendapat ilmu yang diberkati.

MENIRU



Aku hairan, bagaimana segelintir pelajar yang mengambil kursus yang sama denganku, "Islamic Banking" boleh tanpa segan silu meniru ketika ujian.

Menjawab soalan Fiqh Muamalat, yang berbicara soal HALAL dan HARAM tapi dalam masa yang sama membuat perkara HARAM!

Tidak malukah kita? Berbicara tentang syariah compliance tapi akhlak kita sendiri belum syariah compliance.


Aku bukan nak poyo baik! Tapi sekurang-kurangnya aku punya maruah diri!

Biar orang pandang aku bodoh, daripada aku memperbodohkan diri sendiri!

Apa puasnya dapat A dengan meniru?

Ingatlah hadith yang ustaz Sidek ajar kepada kita:

'Man ghassha, falai sa minna!'

"Sesiapa yang menipu, bukan daripada kalangan kami!"


p/s: bukan marah, nasihat!

Sekian

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-


1 ulasan:

Muslimah Marsi berkata...

.....komen adik:
er..pnah jg wat..mse quiz la..
da xnmpk kuiz.da mcm discussion :p
adk fhm kenapa org berbuat begitu..
sebabnya..org zmn skg EXAM ORIENTED.
depa smua xtgk mcmne, yg pnting result. huhu
tp hakikatnya xsedar perlakuan itu adalah salah. bkn dr sisi undang2 je, tp dr sisi syariah jg.
mnusia perlu buang sikap "exam oriented" jauh2.
kejayaan bukan kerana A semata-mata..tp perlu keseimbangan dr semua aspek. belajar utk dptkn perkerjaan melalui keputusan peperiksaan yang baik. adeh! ape cara yg terbaik utk membuang perspektif begitu???
ape2 pun..rezeki ditangan Allah..
klu result bgus mcmne pun (klu dr hasil kefahaman dan keikhlasan, alhamdulillah~ tp klu hasil hafalan n exam oriented...no komen), klu Allah nk uji kita..xnk bg rezki kt kita..nk wat mcmne. redha la.. USAHA_DOA_TAWAKKAL

pnjg lak berceloteh. tapi celoteh ini peringatan buat adik juga :)

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails