10/05/2009 07:06:00 PG

Susah Bangun Qiamulail?

Agak lama juga aku tak kemaskini blog ni. Akhir-akhir ni sangat sibuk dengan tugasan yang berlambak. Baru-baru ni ada sahabat mengadu susah hendak bangun qiamulail.

Aku pun tanyalah, "anta selalu tidur pukul berapa?"

"Pukul 12 paling awal.. selalu pukul 1 atau 2 pagi baru tidur...", jawapnya ringkas.

"Humph! Patutlah... Anta kena tidur pukul 9 atau 10 malam!" tegas aku bersungguh.

"Awalnya!" jawapnya dengan muka berkerut, kepelikan barangkali.



Liat Bangun Qiam

Sebenarnya banyak faktor yang menghalang kita untuk bangun qiamulail.

Antaranya ialah tabiat tidur lewat. Tidak tahu sama ada ianya hanya perasaan aku atau memang sunnatullah, mengikut pengalaman aku tidur seawal pukul 9 / 10 malam sangat berbeza ni'mat dan kesannya terhadap diriku. Kalau aku tidur pukul 10, InsyaAllah dengan mudah lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi aku boleh berjaga (sudah tentu, jangan lupa hidupkan alarm handphone, tawakkal mesti berserta usaha!)

Paling menariknya, keberkesanan tidur awal seperti ini sehingga aku tidak akan mengantuk di subuh hari dan boleh bertenaga sepanjang hari. Langsung tidak mengantuk!

Ramai sahabat aku mengatakan sukar tidur awal. Jadi di sini suka untuk aku kongsi tips yang aku amalkan selama ni untuk tidur awal dan mudah qiamulail. hehe

1) Jangan banyakkan tidur di siang hari
2) Tidur setengah / sejam sebelum masuk waktu zohor. (qailullah)
3) Jangan makan makanan berat selepas waktu isya'
4) Minum susu / koko (milo/radix atau apa-apa lah!)
5) Tidur seawal pukul 9 atau 10 malam
6) Berwudhu' sebelum tidur
7) Niatkan di hati dan tanam azam untuk bangun qiam.
8) Pasang jam loceng atau apa-apa yang boleh mengejutkan anda (kecuali anda memang mudah bangun)
9) Baca doa tidur dan mohon keampunan kepada Allah dan minta dimudahkan bangun. (nyatakan spesifik pukul berapa pun takpe)
10) Tidur.

Selalunya apabila aku berjaya membuka mata, aku akan duduk dahulu.. tarik nafas panjang-panjang kemudian terus pergi mandi untuk hilangkan mengantuk. Selepas tu aku akan buat kopi Radix dahulu.. minum dengan tenang sambil mendengar mp3 ceramah / al-Qur'an.

Selesai minum barulah aku baca Qur'an dan terjemahan untuk surah yang hendak dibaca masa Qiam. Kenapa? Sebab aku tak reti bahasa Arab laa.. Hehe.. Penting untuk kita tahu dan faham surah yang kita baca sebab kalau tak faham macam mana nak khusyuk!

Selepas qiam boleh lah sambung menelaah apa yang patut.

Apa pun tips ni hanyalah berdasar pengalaman peribadi aku. Kalau kalian buat tak menjadi jangan lah marah ye! =) Setiap orang mungkin ada caranya tersendiri.

Sekian

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-


4 ulasan:

Muslimah Marsi berkata...

syukran ya akh..:)

Muslimah Marsi berkata...

syukran ya akh..

Hasanah89 berkata...

slam...
maaf la kaco ayahanda hr 2...
hehehe....

bitaufiq wannajah fil imtihan...

Ibnu Abas berkata...

doakan untuk test ayahanda tengahari ni ye.. =)

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails