Semalam ada satu kejadian yang berlaku yang aku fikir boleh kita renungkan bersama.
Luarbiasa yang biasa
Petang semalam selepas aku usai berdiskusi dengan adik-adik usrahku, aku pun ajak lah mereka ni beli makanan di warung NR. Kemudian kami bersantap lah di bawah tempat NR tu. Sedang 'syok' menjamu selera, Udanis menegur aku dan menunjuk arah belakang ku. Selera ku terganggu dengan pemandangan kurang enak lagi memualkan tekak yang tidak aku sangka-sangka berlaku depan mataku sendiri. Sepasang 'gila friend' dan 'buaya friend' sedang bergesel-getel dan berhimpit-himpit! Menyirap! Bertambah panas, pelajar semester 1! Baru masuk dah pandai menggatal.
Selesai menghabiskan makanan, aku pun bingkas bangun menuju ke arah paip air. Kebetulan pasangan tersebut yang masih 'syok sendiri' tu berada di arah yang sama. Apa lagi, aku pun 'singgah' lah.
"Assalamualaikum, buat apa ni?" Aku menegur dengan nada tenang.
"Study bang," jawap si 'buaya friend'.
"Study perlu rapat-rapat, gesel-gesel ke?" Aku mula mengeraskan sedikit suara. (enjin mula terbakar)
Senyap, tak menjawap..... tapi si 'buaya friend' masih tak berenggang dengan 'gila friend'nya.
"Sekarang abang bagi pilihan, nak pindah tempat duduk atau tak?" Aku mula meninggikan suara melihat budak ni tak faham bahasa.
Tanpa bersuara, si 'buaya friend' pun berganjak. Hah, boleh pun...
Sebelum meninggalkan mereka, aku sempat berpesan kepada kawan perempuan mereka yang turut serta duduk di hadapan mereka.
"Awak sebagai kawan kena tegur, jangan redha dengan kemungkaran depan mata, walaupun kawan. Sebab awak akan dapat dosa serupa dengan dosa yang dia buat. Nak berkat macam mana belajar sambil buat maksiat?"
Usai memberi tazkirah jumaat kepada mereka, aku pun mengajak adik-adik usrah ku balik ke kolej.
"Jangan redha kemungkaran depan mata." Pesan ku kepada adik-adikku.
"Reaksi kita ketika melihat kemungkaran merupakan penunjuk aras iman kita ketika itu. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda:
"Kerana itu lah, setiap kali berdepan perkara macam ni, kita tanya balik diri kita. Apa rasa dalam hati kita? Kalau sampai tahap kita melihat kemungkaran tanpa perasaan benci malah boleh berkata 'Ah, biasa lah..akhir zaman' berhati-hati lah... Bimbang kalau Allah cabut iman dari hati kita. Naudzubilah min zalik!"
Malu yang hilang
Peristiwa ini bukan sesuatu yang luarbiasa bagi kebanyakkan manusia hari ni. Benar lah sabda Baginda Nabi SAW:

Sekian
Wallahu 'Alam
-Ibnu Abas-
Wallahu 'Alam
-Ibnu Abas-
1 ulasan:
SALAM....
SYABAS ADIKKU...KITA PERLU TEGAS DALAM HAL INI KERANA JIKA IA DIBIARKAN, UMPAMANYA KITA REDHA DENGAN KEMUNGKARAN ITU...DAN MEREKA INI DENGAN SENANG LENANG TIDAK MALU UNTUK BUAT LAGI...
Catat Ulasan