Pilu rasanya hati ini
Mengenangkan Ramadhan yang bakal pergi
Sedangkan diri tak cukup amal lagi
Kesibukan keletihan sebagai alasan pelepas diri
Mengenangkan Ramadhan yang bakal pergi
Sedangkan diri tak cukup amal lagi
Kesibukan keletihan sebagai alasan pelepas diri
Ramadhan kali ini hampir selesai ku tempuhi
Namun bertemukah lagi di kemudian hari?
Berapa kali ku mengkritik diri?
Cukupkah bekalan untuk bertemu Ilahi?
Sedangkan esok belum pasti
Tapi yang pasti setiap insan akan mati
Cuba lihat dan cermin dirimu
Mengapa masih bertangguh dan menunggu?
Setelah Allah buka seluas-luas pintu
Untuk rahmat dan keampunan Tuhan yang satu
Ku hairan mengapa tak mahu rebut
Sedangkan ramai yang sudah menyambut
Adakah terlalu sombong hingga serabut?
Atau mahukah di akhirat kelam kabut?
Hanya tinggal beberapa hari
Jangan dilepaskan peluang ini
Kelak menyesal tak henti-henti
Saat itu raunganmu tiada erti
Abu Hurairah [22 Ramadhan 1431]
0 ulasan:
Catat Ulasan