Memaparkan catatan dengan label Aqidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aqidah. Papar semua catatan
8/26/2010 11:40:00 PG

AMANAT HADI AWANG?

Utusan MALAYSIA, Isnin 26 Mac, 2001, bersamaan dengan 1 Muharam 1422, berita utama di muka depannya bertajuk: "Pas perlu tolak Amanat Hadi". Dan di halaman 3, akhbar itu memaparkan tajuk: "Kafir: Pas digesa keluar pekeliling."




Secara jujur, kita perlulah bertanya: Adakah Haji Hadi pernah menyatakan apa yang beliau perkatakan itu adalah amanatnya? Jika beliau tidak pernah pun berkata atau tidak pernah pun mengisytiharkan bahawa itu adalah amanat beliau, maka dengan sendirinya mereka yang mengatakan itu adalah sebagai Amanat Hadi Awang adalah membuat fitnah. 


Di sini dikutip semula dari halaman 4 dalam Utusan Malaysia, 26 Mac 2001, apa yang akhbar itu menyebut sebagai Amanat Hadi Awang: 

"Saudara-saudara sekalian. Percayalah. Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah, oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.
"Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. 
"Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Budhha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku". 

Sekarang marilah kita secara jujur meneliti kata-kata Haji Hadi tersebut berdasarkan kepada ILMU, untuk melihata kebenaran. 

1. Betulkah atau tidak BN " menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah"? 

2. Betulkah atau tidak dari segi agama Islam, "perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad.", jika benar bahawa BN " menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah"? 

3. Betulkah atau tidak dari segi akidah agama islam kita akan menjadi "kafir" dengan mengatakan politik suku agama suku"? 

Perkara 1 dan 2, tidak pula pihak UMNO secara jujur mahu mempertikai dan memperbesar-besarkannya di media, justeru adalah perlulah kita sendiri bertanya kepada diri kita sendiri, kenapa? Kenapa ulama-ulama UMNO sendiri tidak mmmpertikaikannya? 

Hanya pada perkara 3 di atas saja kelihatanya tidak habis-habis pihak UMNO memperbesar-besarkannya, justeru adanya perkataan "kafir" yang digunakan oleh Hadi Awang! 

Kita juga kena fahami konsep dan makna perkataan "kafir" itu dari sudut agama Islam mengikut keperihalan keadaan siapakah yang menyebut perkataan itu, dan bukannya dari sudut kefahaman makna "kafir" mengikut kefahaman kita sendiri. Ini adalah kerana apabila kita mendengar (atau membaca), seseorang itu berkata menggunakan istilah tertentu, kita kena memahaminya mengikut apakah yang dimaksudkan oleh orang yang menggunakan istilah itu. 

Sekiranya kita menggunakan hanya mengikut kefahaman kita sendiri saja sebagai rujukan, bererti kita adalah silap kerana kefahaman kita sendiri itu tidak semestinya sebagai apa yang dimaksudkan oleh orang yang menggunakan istilah tersebut. 

Adalah paling bodoh, misalnya jika kita pula menyebarkan kepada orang lain apa yang kita fahami itu adalah salah dan tidak sebagaimana apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh orang yang menyebutnya, tanpa terlebih dahulu kita meminta penjelasan daripada orang yang berkata itu, iaitu apakah maksudnya yang sebenar ia menggunakan "istilah" tersebut, sekiranya bagi kita, maksud "istilah" tertentu itu adalah tidak wajar disebut! Itulah sebabnya kita mestilah merujuk kepada sumber asal, supaya kita tidak membuat pelbagai andaian yang salah disebabkan kefahaman kita sendiri yang salah. 

Saya ingin memberikan satu contoh. Di sebuah Maktab Perguruan dalam tahun 1990 sewaktu satu perhimpunan pagi berserta dengan satu aktiviti senaman beramai-ramai di padang yang dikendalikan oleh para pelajar sendiri, seorang pelajar yang berasal dari Sabah yang mengetuai aktivi senaman pagi itu melalui siaraya memberikan arahan, "Kita mulai senaman pagi ini dengan semua orang, goyangkan pantat anda ke kiri ke kanan sebanyak 10 kali. O-kay, mulai sekarang....satu, dua...!" Mendengar arahan ini riuh rendahlah di antara kalangan para pelajar lelaki menjerit, dan majoriti para pelajar wanita dalam perhimpunan itu tersenyum-senyum malu. Di sebaliknya pelajar dari Sabah itu tadi terpinga-pinga, kerana para pelajar tidak mengikut arahannya, tetapi menjerit bersorak riuh, dan pelajar ini mengulangi lagi arahannya. Semakin kuat lagi jeritan para pelajar kerana bagi mereka bahawa pelajar dari Sabah itu mencarut, kerana menyebut "...goyangkan pantat anda ke kiri ke kanan..." itu.
Persoalannya ialah adakah maksud pelajar dari Sabah itu bahawaia mencarut? Boleh ditanyalah kepada pelajar Sabah itu, sudah pasti ia akan berkata bahawa dia bukannya mencarut! Ini adalah kerana di Sabah "pantat" bukannya perkataan yang maksudnya kemaluan wanita. 

Begitulah juga dengan Nik Aziz yang digembar-gemburkan oleh media bahawa beliau telah membuat kenyataan bahawa "Tuhan pun mencarut!", dan kita boleh minta bantuan syaitan! 

Kita lihat sajalah dalam Kamus Dewan, apakah huraiannya bagi perkataan "carut" dan "mencarut", tidak langsung adanya menerangkan konotasi bahawa perkataan "carut" dan "mencarut" itu maksudnya perkataan lucah. 

Dan begitulah juga apabila Nik Aziz berkata bahawa kita boleh minta bantuan syaitan. Kita kita kenalah tanya terlebih dahulu kepada Nik Aziz, apa yang beliau maksudkan. Dan sepatutnya pemberita yang membuat liputan itulah yang bertanya terlebih dahulu sebelum menyiarkan berita. 

Bagi orang-orang yang tidak arif mengenai Ilmu Islam sudah pasti mengatakan SEMUA syaitan adalah mesti jahat dan golongan yang dilaknatullah! Ini adalah kerana mereka tidak pernah pun menemui Hadis Nabi s.a.w. yang menyebu tkan bahawa Baginda s.a.w. juga mempunyai Syaitan yang mengiringi kelahiran Baginda, tetapi Syaitan tersebut adalah baik dan sudah beragama Islam. Dan bagi seorang Tuan Guru seperti Nik Aziz itu, sudah pastilah beliau maksudkan Syaitan yang boleh kita minta tolong itu, adalah Syaitan yang Baginda Nabi s.a.w. maksudkan itu; dan bukannya syaitan yang kita fahamkan selama ini. 

Dan begitulah juga Haji Hadi mengatakan, "Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk kristian, kita tidak payah masuk Budhha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku", di mana kita mestilah memahami daripada maksud Haji Hadi sendiri, kerana istilah "kafir" itu adalah istilah Arab, dan satu terminologi dalam agama, mengikut maknanya yang tersendiri. Aneh, Dr. Hamid Othman selaku ulama UMNO bagaikan tidak tahu pula apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan "kafir" oleh Haji Hadi; atau sengaja beliau pura-pura tidak tahu, sedangkan beliau juga adalah seorang ulama dalam UMNO? Jika Najib tidak tahu, itu tidaklah menghairankan sangat! 

Saya tidak berniat untuk membicarakan perkara salah faham mengenai penggunaan istilah atau perkataan di sini dari segi politik dalam laman dakwah ini. Fokus saya di sini ialah kita jangan menuduh seseorang sebagai salah, sebelum kita sendiri belum bertanya habis-habis dan dapatkan penjelasan daripada orang yang berkata untuk mengetahui apakah yang dimaksudkannya. Sering terjadi yang menuduh orang lain salah secara semborono itulah yang sebenarnya yang menuduh itu sendiri tidak sedar bahawa tuduhannya itu boleh memalukan pihaknya sendiri kerana kejahilannya sendiri. 

Kita mesti mempertimbang tara dari sudut ilmu, bukannya dari sudut pengetahuan, kerana jika dari sudut pengetahuan, seringkali kita akan terpengaruh memahamkan sesuatu itu mengikut kefahaman yang dikehendaki oleh iblis dan syaitan. Makanya, menjadi tidak berkesudahan pihak yang berpolitik mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan pihak lawannya, di atas keadaan ketidakfahaman dan kejahilan pengikutnya sendiri, supaya para pengikut dan penyokongnya turut sama memburuk-burukkan pihak lawan atas dasar yang tidak benar, dan salah dari segi ilmu. 

Barangkali itulah sebabnya Haji Hadi hadi tidak pernah pun hendak berkata apa-apa mengulas balas terhadap pihak UMNO yang menyebut-nyebut tak habis-habis perkara "kafir" tersebut; sebab dalam UMNO ada banyak ulama; masakan para ulama itu tidak tahu mengenai terminologi "kafir" dalam Islam dan menjelaskannya sendiri kepada ahli-ahli UMNO dan para penyokongnya. 

Dan hakikat sebenarnya pula, sekarang adakah tidak benar bahawa adanya ahli-ahli UMNO yang sememangnya terdiri daripada orang-orang yang sebenarnya "kafir", iaitu bukannya menganut agama Islam?
Jika ada, salahkah jika adanya orang atau sesiapa pun berkata misalnya: "Ramai orang UMNO kafir!"; Bukankah kenyataan begitu adalah benar setelah UMNO membukakan keahliannya kepada Bumiputra yang bukan beragama Islam, di Sabah? Malahan atas dasar ini saja pun, jika Haji Hadi nak berkata sekarang bahawa ada orang UMNO kafir, memang kenyataannya itu adalah tidak salah kerana semamngnya ada ramai ahli UMNO yang kafir (bukan Islam) di Sabah. 

Untuk memahami pengertian perkataan "kafir" ini, adalah lebih baik kita dapat membaca semula excerpt yang berkaitan dengan konsep "kafir". Dan berdasarkan excerpt ini, anda nilailah sendiri apakah Haji Hadi berkata bahawa orang UMNO itu kafir, sebagai betul atau pun tidak. Excerpt ini saya petik dari yang pernah pun dipaparkan oleh seorang sahabat kita di laman dakwah, mungkin anda pernah pun membacanya; sebagai berikut:

"Many people don't realize that leaving Islam does not necessarily mean leaving it completely by not performing any of its acts. Someone can leave the fold of Islam even if he continues to call himself a Muslim, claims to be a believer and even if he continues to perform some of the acts of Islam, such as praying and fasting. 

A Muslim is not simply one who performs any part of the religion. What happens sometimes is that a person performs part of Islam and at the same time he performs many acts of apostasy - such that, in fact, nothing is left of his Islam. He has left the fold of Islam even if he still claims to be Muslim. He is like the person who performs wudhu and then invalidates his wudhu; obviously nothing is left of his wudhu after he has invalidated it. 

Similarly, nothing is left of a person's Islam after he has invalidated it by acts of apostasy and kufr. Islam or being Muslim is not simply a name that we can call ourselves. Instead, it is testifying to something specific. Our actions must also be representative of that testimony. There are acts that one might perform that completely contradict that testimony. In such a case, nothing is then left of his testimony of Islam and he is no longer a Muslim.

At the outset, however, let me clarify one important point. There is a difference between kufr (act of disbelief) and kafir (a disbeliever). It is possible for a person to commit an act of kufr while he himself is not a kafir. If a person does an act of kufr out of ignorance, this does not automatically make him a disbeliever unless his kufr is explained and clarified to him and he then insists on following that act of kufr. When you realize this fact - that there are certain acts or beliefs that may take one out of the realm of Islam and into kufr - you will then realize the importance of knowing those acts in order to avoid them. One of the best ways of protecting yourself from evil is by knowing what evil is in order to recognize it when it appears and in order to remain away from the roads that lead to it. 

Therefore, everyone of us should take the time to study those acts of kufr that may lead us out of Islam. Study them in order to makes sure that we ourselves are not performing them. We should know them in order to keep ourselves away from them. We should also be familiar with them in order to teach them to others to protect them from such acts also. 

We should also realize that if we stay within the realm of iman and Islam, then even if we commit sins in this life - which is not something we may strive to do or be pleased with - but we should know that if we stay within the boundaries of Islam then even if we should commit many sins, Allah will enter us into Paradise as promised in many statements of His Messenger (peace be upon him). We may be punished in Hell for some time - and I ask Allah to save all of us from such an event - but then Allah will shower His mercy upon us and remove our sins from us, purify us and enter us into Paradise. 

But if we should leave the fold of Islam, then all of our deeds that we may perform will be worth nothing and we shall be in the Hell-fire forever. So this topic of knowing what takes one from the realm of Islam to the realm of kufr is of tantamount importance." 

Wasalam. 

[artikel ni aku copy paste dari tranungkite.net ]

1/04/2010 01:18:00 PG

Sejarah Mazhab Al-Maaturidiyyah & Salafi Wahabbi




Al-Maaturidiyyah

Di sebelah timur negara Islam iaitu di daerah Maturid, wilayah Samarkand, lahir sarjana Islam yang bernama Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Abu Mansur Maturidi. Beliau lahir pada tahun 332 Hijrah. Beliau membawa aliran ideologi akidah dalam fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi beberapa penyelewengan pada zamannya. Beliau adalah sarjana Islam dalam mazhab Hanafi.


Beliau muncul di Asia Tengah pada waktu masyarakat Islam dilanda aliran ideologi yang menyeleweng daripada akidah yang sebenar. Antaranya mazhab Muktazilah, Mujasimah, Muhammad bin Karam Sajassatani iaitu pemimpin fahaman Karamiah, Qaramitah yang dipimpin oleh Hamdan As’ ad, Jaham bin Safuan iaitu pemimpin fahaman Jahamiah, dan ahli tasauf Husin bin Mansur al-Halaj. Imam Abu Mansur Maturidi membawa peranan yang besar bagi menghadapi penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh mereka.

Walaupun beliau hidup sezaman dengan mazhab Imam Abu Hasan al-Asy’ ari, namun beliau mempunyai teknik berhujah dan huraian yang berbeza. Para sarjana Islam menyatakan, Imam Abu Mansur Maturidi lebih cenderung kepada pendapat Imam Abu Hanifah dalam perkara akidah. Ini kerana beliau merujuk risalah-risalah dan buku-buku yang ditulis oleh Imam Abu Hanifah seperti Fikh Akbar, Fikh Absat, Kitab Ilm dan sebagainya.

Terdapat beberapa perselisihan antara Abu Mansur Maturidi dengan Abu Hassan al-Asy’ ari. Antaranya dalam isu Makrifatullah (mengenal Allah), Abu Hassan menyatakan wajib mengetahuinya menurut sumber agama tetapi Abu Mansur berkata wajib juga dengan berpandu dengan akal. Dalam isu sifat-sifat Allah, Abu Mansur menambah dengan sifat-sifat maknawiyah iaitu sifat yang menjadi penguat kepada sifat Ma’ani beserta sifat-sifat Madani. Fahaman Maturidiah mewajibkan hukum akal beserta syarak sehingga beliau berselisih dengan sebahagian sarjana Fikah dan Hadis. Terdapat lagi huraian-huraiannya berhubung Qadak dan Qadar dan lain-lain yang berbeza dengan huraian fahaman Asya’irah.

Abu Mansur Maturidi meninggalkan pusaka ilmu yang banyak selain membela fahaman Ahli Sunnah bagi menghadapi pelbagai fahaman yang menyeleweng. Pusaka ilmunya adalah murid-murid yang ramai dan pengikut-pengikut yang meneruskan ajarannya. Antara murid-muridnya adalah Abu Ahmad Iyad, Abu Qasim Hakim Samarkandi, Abu Hussin Wastaqfani, Abdul Karim bin Musa Inbazadari, Abu Asyimah Abi Lais Bakhari dan lain-lain. Antara pengikut-pengikut yang meneruskan alirannya adalah Sadar Islam Abu Yasir Muhammad bin Muhammad bin Abdul Karim Bazadui, Maimun bin Muhammad Nasfi yang dianggap tokoh sarjana terbesar dalam fahaman ini selepas Abu Mansur. Adakala sebahagian menganggap mereka adalah kumpulan kecil seperti Syaharsatani dalam fahaman Asya’irah, Najmuddin Abu Hafiz Samarqandi Nasqi, Nuruddin Ahmad bin Muhammad Syobuni, Bukamal bin Yam iaitu sarjana terbilang dalam fahaman Hanafi dan lain-lain lagi.
Buku-buku yang dikarang oleh Abu Mansur Maturidi adalah buku Jadal dan Ma ‘akhiz Syarai’. Kedua-dua buku ini membincangkan Usul Fikah. Buku-buku dalam ilmu ketuhanan antaranya, Tauhid, Muqalaat, Ra’du Ala Qawashat, Bayan Wahm Muktazilah, Ra ‘du Amamah Libaddu Rawafaz dan banyak lagi. Apa yang mendukacitakan, buku-buku itu hilang begitu sahaja. Buku yang masih tersimpan adalah buku Tauhid dan Maqalaat Selain itu ada buku-buku beliau dalam ilmu yang lain.

Abu Mansur Maturidi juga seperti Abu Hassan Asy’ari yang membawa pembaharuan dalam pengajian akidah. Beliau memasukkan hujah-hujah logik akal semasa menghadapi perkembangan fahaman baru yang timbul pada zamannya. Pada zaman para sahabat dan generasi awal kalangan tabi” in termasuk imam-imam mujtahidin yang pertama lebih bergantung kepada hujah-hujah teks daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad sahaja.

Salafiah

Selepas lahir pelbagai teori mengenai akidah, lahir fahaman-fahaman yang bukan sahaja berhujah dengan logik tetapi juga menggunakan falsafah. Maka lahir pula dalam masyarakat Islam orang-orang yang mahu supaya kembali pada sumber asal sahaja. Mereka muncul pada zaman terkini iaitu pada kurun ke tujuh Hijrah. Sebenarnya, mereka adalah daripada aliran Imam Ahmad bin Hanbal dan teori itu dihidupkan semula. Tokoh yang terkemuka adalah Imam Ibnu Taimiyah. Beliau dan pengikut-pengikut menentang keras golongan yang cuba menghurai ayat-ayat yang mutashabihat. Golongan ini mahu supaya ayat-ayat yang mutashabihat tidak dihurai. Mereka hanya menyebut sifat-sifat Allah berpandukan teks-teks yang jelas dalam al-Quran dan hadis. Antara ayat-ayat yang mutashabihat seperti nuzul (turun), istiwak (bersemanyam), al-dhahaq (ketawa) dan lain-lain dengan tidak menyamakan Allah dengan makhluk. Selain itu, mereka membangkitkan kembali isu amalan masyarakat dengan huraian-huraian yang panjang mengenai dengan perkara-perkara yang membawa kepada syirik, seperti kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam perkara tawassul (mohon perantaraan), ziarah kubur dan sebagainya.

Mereka juga tegas menentang penggunaan ilmu logik menyebabkan golongan salaf yang baru ini bergeser dengan fahaman Asya’irah dan Maturidiah yang menjadikan ilmu logik sebagai sebahagian daripada perbincangan akidah. Golongan salaf ini menolak huraian ayat-ayat mutashabihat yang dilakukan oleh Asya’irah dan Maturidiah. Ibnu Taimiyah yang hidup pada abad yang ketujuh Hijrah menjadi tokoh terkemuka dengan mengemukakan hujah-hujah melalui buku-buku yang karangannya.

Oleh kerana aliran ini dibawa oleh Imam Ahmad bin Hanbal, mereka hanya meneruskan aliran yang dibawa oleh Imam Ahmad. Beliau ingin perbincangan dan pengajian akidah dikembalikan seperti zaman Nabi Muhammad, para sahabat dan tabi’in. Walaupun ada cabaran baru yang tidak ada pada zaman mereka, kadang-kadang hujah logik dan falsafah perlu digunakan bagi menolak hujah golongan-golongan seperti Muktazilah, Jabariah dan sebagainya.

Wahabiah

Fahaman Wahabi yang tersebar di Arab Saudi dan beberapa daerah dalam dunia Islam ditaja oleh pemimpinnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ia adalah kesinambungan daripada aliran salaf yang dibawa oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyah. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mendapat kekuatan apabila beliau bergabung dengan keluarga Ibnu Saud. Akhirnya, mereka berjaya mengambil alih kuasa di Semenanjung Arab dan membentuk kerajaan beraja Arab Saudi.

Fahaman Wahabi dengan tegasnya mengemukakan dua prinsip yang penting iaitu tauhid yang bersih dari sebarang syirik, dan menghalang sebarang bentuk bid’ah (ajaran baru). Halal dan haram diambil terus daripada sumber al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Sebarang perkataan sarjana Islam perlu dikaji semula, lalu mereka membuka kembali ruang mengeluarkan hukum dengan luas. Mereka menentang ziarah kubur wali-wali dan menganggap amalan ini membawa kepada syirik. Namun, hukum berbeza apabila menziarahi kubur bagi tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat bukannya dengan tujuan berdoa kepada si mati atau bertawassul melalui orang yang sudah mati. Semasa mereka menguasai Mekah dan Madinah, mereka bertindak merobohkan bangunan-bangunan yang didirikan atas kubur-kubur para sahabat, para tabi’in dan tempat-tempat bersejarah yang dipuja secara melulu.

Mereka menentang perayaan seperti maulid (sambutan hari lahir) dan sebagainya yang tidak ada pada zaman Nabi Muhammad dan mengemukakan beberapa pendapat yang lebih keras daripada Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taimiyah. Fahaman ini disokong oleh gerakan Syeikh Muhammad Abduh di Mesir, Syeikh Abdul Hamid bin Badis di Algeria, Syeikh Ahmad di Punjabi, India dan beberapa tempat lagi dunia Islam.

KESIMPULAN MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Kesemua mereka yang disebut di atas adalah daripada golongan Ahli Sunnah wal Jamaah. Walaupun terdapat pertelingkahan dan perselisihan yang keras dan tajam antara satu sama lain, namun pertelingkahan itu tidak tersasar daripada dasar-dasar akidah. Walau bagaimanapun, ia boleh membawa kesan-kesan buruk dalam hubungan sesama umat Islam. Perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan teks yang sama dan kadang-kadang kerana perbezaan masa dan tempat serta cabaran yang dihadapi dan keperluan hujah bagi menghadapi cabaran luaran.

Dengan kemudahan sumber-sumber rujukan dan hubungan yang ada pada zaman ini menghidupkan semula persefahaman sesama aliran. Pada masa yang sama ia tidak dihabiskan dengan pertelingkahan sesama sendiri tetapi lebih memberi tumpuan bagi menghadapi masalah pokok yang melanda umat Islam dan menentang musuh yang sebenarnya.

Kuliah Jumaat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
10 November 2006

1/04/2010 01:09:00 PG

Ahlul Sunnah Wal Jamaah



Mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka. Generasi paling awal dan utama di kalangan mereka adalah para sahabat, kemudian diikuti oleh para tabi’in dan orang-orang yang menurut jejak langkah mereka. Generasi pertama di kalangan mereka dikenali dengan nama Salaf. Mereka berpandukan al-Quran dan sunnah tanpa menghuraikan kenyataan yang samar mutashabihat) dan menyerah maksudnya kepada Allah. Ini berpandukan kepada kenyataan Allah dalam surah Ali Imran, ayat 7,


“Dia lah Yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan Yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbulah faham Yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang Yang ada Dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa Yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut Yang disukainya). padahal tidak ada Yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya Yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang Yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya Dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” dan tiadalah Yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang Yang berfikiran.”

Pada zaman awal, mereka tidak banyak berhujah menggunakan logik kerana mereka bersikap menerima tanpa perlu banyak berhujah tentang apa sahaja yang dinyatakan dalam al-Quran, sunnah dan para sarjana Islam, sahabat dan tabi’in.

Mereka itu terdiri daripada pelbagai bidang kegiatan. Ada yang bergiat dengan mendalami ilmu agama dalam berbagai-bagai bidang, seperti akidah yang berkaitan dengan perkara-perkara beriman kepada Allah, perkara-perkara kenabian dan risalah, dan rukun-rukun iman yang lain, mendalami ilmu al-Quran dan sunnah, ilmu fikah dan akhlak. Ada pula yang memberi perhatian khusus dengan merekod sanad iaitu turutan penyampai yang dipercayai daripada Nabi Muhammad bagi menjamin keselamatannya daripada kepalsuan. Ada yang mendalami ilmu qiraat. Ada vang sibuk dengan perkara-perkara membersihkan hati dan jalan untuk menghampirkan diri kepada Allah yang dikenali dengan golongan tasauf. Ada yang menghabiskan umur berjihad di medan perang mempertahankan Islam dan memerangai musuh-musuhnya. Ada yang sibuk dengan ilmu-ilmu bahasa Arab seperti nahu (tatabahasa), sorof, balaghah, sastera dan sebagainya yang menjadi alat penting bagi mempelajari agama dengan bahasanya. Dan ada pula yang sibuk dengan urusan-urusan lain tetapi mereka adalah pengikut setia kepada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Dalam perkara pemerintahan mereka bersepakat menegaskan wajibnya melantik khalifah sebagai memimpin umat dan melaksanakan hukum Allah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad semasa hayatnya. Mereka juga berpendapat khalifah itu daripada kalangan Quraish kerana golongan itu paling kuat dan berpengaruh pada masa itu. Khalifah itu mesti melafazkan bai ‘ah iaitu ikrar setia dalam perkara yang tidak bercanggah dengan Allah dan rasulnya. Lafaz ikrar setia ini dilakukan oleh umat Islam atau wakil mereka yang dinamakan Ahlu Halli wal Aqdi. Mereka berpendapat, mesyuarat dianjurkan dalam perkara yang tidak ada nas daripada al-Quran dan hadis. Jadi, khalifah, Ahlu Halli wal Aqdi dan mereka yang mengendalikan urusan negara itu mesti adil daripada pengaruh peribadi mengendalikan urusan negara. Rujukan yang menjadi ukuran adil itu adalah kitab Allah dan sunnah Nabi Muhammad.

Mengenai para sahabat, mereka menjunjung tinggi semuanya, mengakui keempat-empat khalifah ar-Rasyidin adalah orang yang paling layak pada zaman masing-masing. Mereka memohon supaya Allah mengampuni para sahabat dalam pertelingkahan dan peperangan yang berlaku di kalangan mereka. Ini kerana jasa mereka besar bagi menegakkan kalimah Allah walaupun di antara mereka sudah tentu ada yang tersalah dalam pertelingkahan itu. Inilah yang disifatkan oleh Allah dalam al-Quran surah al- Hasyr, ayat 10,

“Dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata, “Wahai Tuhan kami! Ampuni kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah engkau menjadikan dalam hati kami perasaan hasat dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya engkau amat limpah belas kasihmu dan maha penyayang.”

Generasi pertama ini tidak menamakan diri mereka dengan nama-nama fahaman tertentu. Ini kerana umat Islam pada masa itu bersatu daripada segi hidupnya, para sahabat yang masih hidup menjadi tumpuan bagi bertanya masalah. Amalan ini juga berlaku pada zaman para tabi’in. Mereka bukan sahaja tidak mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat, sebaliknya menyandarkan apa yang dinyatakan oleh Allah dan Nabi Muhammad tanpa sebarang tokok tambah dan menghuraikan secara meleret-meleret.

Kesemua imam mazhab yang terkenal seperti Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad bin Hambal, Sufian as-Sauri dan lain-lain berpegang dengan aliran salaf ini.

Mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah
Syarah Kitab Lahirnya Beberapa Firqah Di Kalangan Umat Islam
Kuliyah Jumaat 13 Oktober 2006
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

1/03/2010 08:14:00 PTG

Sejarah Kemunculan Mazhab Al-Asyairah

Apabila negara Islam berkembang luas, berlaku perbincangan antara saudara-saudara baru mengenai agama. Antara topik yang terpenting adalah membicarakan masalah akidah. Hasil daripada beberapa perbincangan, lahir berbagai-bagai fahaman yang berpandukan logik. Akibatnya, ada yang terpesong dalam memahami teks al-Quran yang sebenar. Walau apapun berlaku, Allah berjanji memelihara agamanya dengan melahirkan sarjana yang mempertahankan akidah yang tulen. Antara sarjana-sarjana itu adalah Imam Abu Hasan al-Asy’ari.


Abu Hasan al-Asy’ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Beliau pernah berpegang pada fahaman Muktazilah dan berguru kepada ayah tirinya Abu Ali aljubbai. Selepas berusia 40 tahun, beliau berfikiran matang dan tekun mengkaji secara mendalam. Pada suatu hari, beliau berdebat dengan ayah tirinya dalam mengenai kehidupan selepas mati. Selepas berdebat dengan ayah tiri beliau, Abu Hasan al-Asy” ari bangun berucap di Masjid Basrah lalu mengisytiharkan dirinya keluar daripada fahaman Muktazilah dan berpegang pada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Abu Hasan al-Asy’ari membuat pembaharuan dalam aliran Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik akal serta teks-teks al-Quran dan hadis yang ada. Hujah-hujah yang dikumpulkan cukup kuat bagi mematahkan hujah Muktazilah yang pesat berkembang pada masa itu. Beliau berjaya mengumpulkan ramai murid dan pengikut. Kemudian, lahir golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dikenali sebagai Asya’irah iaitu golongan pengikut fahaman Abu Hasan al Asy’ari.

Antara teori Abu Hasan al-Asy’ari adalah mengemukakan 13 sifat yang wajib bagi Allah secara terperinci iaitu:

1. Ada
2. Bersedia
3. Kekal
4. Berlawanan dengan sesuatu yang baru
5. Berdiri dengan sendirinya
6. Satu
7. Berkuasa
8. Berkehendak
9. Mengetahui
lO.Hidup
11. Mendengar
12.Melihat
13.Berkata-kata




Beliau juga menghuraikan perkara taklid iaitu mengambil pendapat orang lain tanpa hujah yang menguatkannya ataupun tidak dalam perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat itu. Beliau menghuraikan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kepercayaan pada rukun-rukun iman.
Aliran Asya’irah ini berkembang dengan pesatnya di Iraq. Kemudian, ia berkembang di Mesir pada zaman Salahuddin al- Ayubi, di Syiria dengan sokongan Nuruddin Zanki, di Maghribi dengan sokongan Abdullah bin Muhammad, di Turki dengan sokongan Uthmaniah dan di daerah-daerah yang lain. Ideologi ini juga didokong oleh sarjana-sarjana di kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Antara mereka adalah al-Asfaraini, al -Qafal, aljarjani dan lain-lain sehingga sekarang.

Pembaharuan yang dibawa oleh Abu Hasan al-Asy’ ari adalah dengan mengemukakan hujah logik dengan disertakan hujah teks al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Hujah-hujah ini membawa kekuatan kepada Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi hujah golongan Muktazilah yang pesat berkembang dan mendapat sokongan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Abbasiah. Akhirnya, golongan Muktazilah bukan sahaja dibendung dengan hujah, tetapi kerajaan yang ditubuh kemudiannya memberi sumbangan politik yang besar bagi mempertahankan dan mengembangkan fahaman Asya’ irah. Di samping itu, lahir tokoh sarjana Islam yang menyambung aliran fahaman ini seperti Abu Abdullah bin Mujahid, Abu Hasan al-Bahili, Abu Bakar bin al-Taib al Bakilani, Abu Bakar bin Furak, Abu Ishak al-Asfiraini, Abu Muhammad aljuwaini, Abu Mazfir al-Asfaraini, Imam al-Haramain aljuwaini, Hujah Islam Imam al-Ghazali, dan Imam Fakruddin al-Razi.
Imam Abu Hasan al-Asy’ari juga meninggalkan beberapa buku yang dikarangnya dan yang masih ada pada zaman sekarang antaranya Al-Ibanah Min Uslul Diniati. Dalam buku ini, beliau menyokong dengan tegas kepada Imam Ahmad bin Hanbal yang dipenjara dan didera oleh kerajaan Abbasiah yang menyokong Muktazilah pada zamannya. Begitu juga dalam buku AJ-Luma ‘ Fir Raddi ‘Ala Ahlil Zaighi wal Bid ‘i beliau mendedahkan hujah logik dan teks. Buku Maqalatul Islamiyiin mendedahkan fahaman-fahaman yang timbul dalam ilmu Kalam dan menjadi rujukan penting dalam pengajian fahaman-fahaman akidah. Buku Istihsan al-Khaudhi Fil Ilmu Kalam pula adalah risalah kecil bagi menolak hujah mereka yang mengharamkan ilmu Kalam.

Walaupun ada di kalangan sarjana Islam terutamanya di kalangan mazhab Hanbali yang menyanggah beberapa hujah dan kaedah yang dibawa oleh Abu Hasan Asy’ ari, ia tidak menafikan jasanya mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman beliau berjaya mematikan hujah-hujah Muktazilah yang terpesong jauh iaitu membicarakan al-Quran sebagai kata-kata Allah yang kekal, isu melihat Allah pada hari Kiamat, membetulkan perkara yang berhubung dengan Qadak dan Qadar dan lain-lain dan menjadi golongan pertama yang menamakan Ahli Sunnah Wal Jamaah di tengah-tengah kelahiran pelbagai fahaman pada zamannya.

Imam Abu Hasan Asy’ari meninggal dunia pada tahun 324 Hijrah dengan meninggalkan pusaka ilmu yang terdiri daripada buku-buku karangan beliau serta murid-murid yang meneruskan perjuangannya. Akhirnya, ia meninggalkan aliran pengajian akidah yang dianuti oleh sebahagian besar umat Islam hari ini dalam melanda cabaran-cabaran baru yang tidak ada pada zamannya. Seterusnya aliran ini memerlukan pembaharuan lagi dalam mengemukakan hujah-hujah kontemporari bagi mempertahankan akidah yang sebenar.

Kuliah Jumaat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
20 Oktober 2006

12/21/2009 12:12:00 PTG

Kepentingan Menyatukan Umat Islam Pelbagai Aliran




Pertembungan antara golongan Salaf (golongan Muda) dan Khalaf (golongan Tua) memang tidak dapat dielakkan. Ia berlaku sejak dahulu lagi. Lebih menyedihkan apabila mereka yang melibatkan diri di dalam gerakan dakwah Islam turut terjerat dengan perbalahan yang wujud antara dua golongan ini. Persengketaan bukan sahaja berlaku di dalam masalah furu' (cabang) malahan mengheret kepada peperangan 'sesat-menyesat' di dalam masalah Aqidah.

Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa mereka yang terjerat dalam perbalahan ini sebenarnya jahil dan taksub hingga tidak nampak siapakah musuh Islam sebenar. Jika dilihat daripada sejarah kemunculan kedua-dua mazhab Aqidah ini, baik salafiyyah mahupun asyairah; mereka muncul untuk menangkis dan menentang kewujudan golongan khawarij. Namun amat menyedihkan apabila salafi bengong bertemu asyairah bengap, masing-masing kononnya mempertahankan aqidah ASWJ tetapi dalam masa yang sama boleh bersekongkol dengan puak Khawarij Moden yang  menanamkan doktrin bahawa undang Syariah tidak sesuai untuk masyarakat majmuk, pelaksanaan Islam menyebabkan ekonomi mundur, hudud tidak sesuai untuk zaman moden, dan sebagainya. Malah pemimpin tertinggi Khawarij moden ini tidak segan silu melanggar fatwa pengharaman bertafakur dan meletakkan kalungan bunga di tugu negara yang jelas merosakkan aqidah pemimpin Khawarij moden tersebut. 

Maka adalah tidak wajar bagi mereka yang terlibat dalam gerakan dakwah Islamiyyah turut terjebak dalam persengketaan ini. Malah wajib kita mengkaji dan memghayati isi kandungan Usul 20 yang ditulis oleh As-Syahid Imam Hasan al-Banna bagi menjadi agen PENYATUAN bukan agen PERPECAHAN.


USUL 20 AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA


1.     Islam adalah satu system yang syamil merangkumi seluruh aspek hidup. Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan harta benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia juga adalah aqidah yang benar dan ibadat yang sah.

2.     Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum Islam. Al-Quran hendaklah difahami mengikut kaedah-kaedah Bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabi buta. Sunnah pula difahami melalui periwayat-periwayat Hadith yang thiqah.

3.     Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Tetapi ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syara’. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan hukum dan nas agama.

4.     Tangkal, azimat, al-wad’ (sesuatu yang diambil dari laut seperti kulit kerang untuk menghindarkan sakit mata), al-ma’rifah (mengetahui sesuatu perkara dengan tanda-tanda awal untuk mencari barang kecurian, tempat orang sesat dsb), kihanah (pemberitahuan tentang perkara-perkara ghaib pada masa akan datang atau perkara yang tersembunyi di dalam hati orang lain) dan dakwaan mengetahui perkara ghaib dan perkara-perkara yang tergolong di dalam perkara ini merupakan perkara mungkar yang wajib diperangi melainkan jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi yang ma’thurah (datang dari Rasulullah SAW).

5.     Pendapat Imam atau Naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas, yang boleh menerima andaian pelbagai segi dan yang berhubung dengan masalih al-mursalah boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah-kaedah syara’. Kadang-kadang ia berubah menurut keadaan, uruf dan adat. Asal pada ibadat ialah ta’abbud tanpa melihat kepada makna-makna. Dan asal pada adat ialah melihat kepada rahsia, hikmah dan tujuan.

6.     Setiap orang boleh diterima dan ditolak kata-katanya melainkan Rasulullah SAW yang maksum. Setiap yang datang dari salafus soleh yang bertepatan dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya kita terima dengan sebulat hati. Akan tetapi jika berlawanan dengannya maka Kitab Allah dan Sunnah RasulNya lebih utama diikuti. Walau bagaimanapun kita tidak sekali-kali mengecam atau mendedahkan keburukan peribadi-peribadi tertentu di dalam masalah yang diperselisihkan. Kita hanya berserah kepada niat hati mereka. Sesungguhnya mereka berlalu dengan apa yang mereka lakukan.

7.     Setiap muslim yang tidak sampai ke peringkat meneliti (nadzar) dalil-dalil hukum cabang (furu’) boleh mengikuti mana-mana Imam. Elok sekiranya seseorang itu cuba berijtihad sekadar yang beliau mampu bagi mengetahui dalil-dalilnya. Beliau juga hendaklah menerima setiap petunjuk yang disertai dengan dalil apabila beliau yakin dengan kebaikan dan kepada orang yang memberi petunjuk kepadanya. Jika sekiranya beliau terdiri dari kalangan orang yang berilmu, beliau hendaklah mencukupkan kekurangannya dari segi ilmu sehingga sampai ke peringkat meneliti dalil-dalil hukum.

8.     Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu / penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih saying kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yang dicela serta taksub.

9.     Setiap masalah yang tidak berdiri amal di atasnya maka melibatkan diri di dalamnya adalah membebankan diri dengan perkara yang ditegah  syara’. Di antaranya ialah banyak furu’ di dalam hukum hakam yang tidak berlaku, melibatkan diri di dalam makna-makna ayat Al-Quran yang ilmu belum sampai kepadanya dan bercakap tentang kelebihan di antara sahabat R.A. dan khilaf yang berlaku di kalangan mereka. Setiap mereka mempunyai kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan dibalas menurut niat mereka, tambahan pula takwil adalah dibenarkan.

10.  Mengenal Allah SWT, mentauhid dan menyucikanNya adalah setinggi-tinggi aqidah Islam. Ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya yang sahih serta penyerupaaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sebagaimana ia datang tanpa takwil dan ta’thil. Kita jangan cuba mendedahkan khilaf di antara ulama’ di dalam masalah itu. Sudah cukup bagi kita apa yang telah cukup bagi Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya.

11.  Setiap bid’ah dalam agama Allah adalah tidak mempunyai asas sama sekali yang dipandang baik oleh manusia hanyalah menurut hawa nafsu mereka, sama ada dengan cara menambah atau mengurangkannya adalah kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bid’ah itu sendiri.

12.  Bid’ah dengan cara menambah, meninggalkan dan beriltizam dengan sejenis ibadat mutlak adalah masalah khilafiyah. Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri dan tidak mengapa mencari hakikat berdasarkan dalil dan bukti.

13.  Mencintai orang-orang yang saleh, menghormati dan memberi pujian terhadap amalan-amalan baik yang mereka lakukan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wali-wali Allah ialah mereka yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran iaitu orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Karamah yang berlaku ke atas mereka hendaklah terjadi dengan syarat-syarat yang bertepatan dengan dengan syara’ serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang diredhai oleh Allah SWT. Mereka tidak mampu untuk memberi manfaat atau mendatangkan mudharat ketika hidup atau pun setelah mereka mati. Mereka juga tidak mampu memberikan kurniaan yang ada pada mereka itu kepada orang lain.

14.  Menziarahi kubur dalam apa keadaan sekali pun adalah perkara sunat yang disyariatkan dengan cara-cara yang ma’thur. Tetapi meminta pertolongan  dari ahli-ahli kubur siapa sekali pun mereka, menyeru mereka kerana perkara tersebut, menuntut mereka menunaikan segala hajat sama ada dari dekat atau jauh, bernazar kepada mereka, membangunkan binaan di atas kubur, menyelimutinya, meneranginya, mengusap-ngusapnya, bersumpah dengan sesuatu selain Allah dan seumpamanya yang terdiri daripada perkara-perkara bid’ah adalah dosa-dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan amalan-amalan ini dengan tujuan menutup jalan kemungkaran.

15.  Berdoa apabila dibuat dengan cara bertawasul kepada Allah dengan salah satu makhluk-makhlukNya, merupakan perselisihan kepada masalah furu’ (cabang) di dalam kaifiat (cara-cara) berdoa, dan bukannya permasalahan aqidah.

16.  Uruf yang salah tidak mengubah hakikat lafaz-lafaz syariat. Malah wajib dipastikan batas-batas pengertian yang dimaksudkan dari lafaz-lafaz itu, dan tidak melewati pengertian-pengertian yang dimaksudkan itu. Begitu juga mestilah diawasi sebarang lafaz-lafaz yang sengaja dikemukakan dengan tujuan tipu helah di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia dan agama. Yang diambil kira ialah sesuatu yang dinamakan, bukan nama yang diberikan”.

17.  Aqidah merupakan asas setiap amalan. Amalan hati lebih penting dari amalan anggota badan. Mencari kesempurnaan pada kedua-duanya adalah dituntut oleh syara’ walaupun darjat tuntutan pada kedua-duanya berbeza.

18.  Islam membebaskan aqal. Menggalakkan supaya memerhatikan alam semesta, mengangkat kedudukan ilmu dan ulama’, mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, di mana sahaja didapati maka dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.

19.  Boleh jadi perkara yang diteliti oleh pandangan syara’ tidak termasuk ke dalam perkara yang diteliti oleh pandangan aqal, begitu juga sebaliknya. Sungguh pun demikian, pandangan syara’ dan pandangan aqal tidak bercanggah dalam perkara-perkara yang qath’i (muktamad dan putus). Hakikat ilmiah yang sahih tidak bertentangan dengan kaedah syara’ yang tsabit. Perkara dzanni, dari kedua-duanya ditakwilkan, agar bersesuaian dengan qath’i. Sekiranya pandangan syara’ dan pandangan aqal masih berada di peringkat dzann, maka pandangan syara’lah yang lebih utama untuk diterima. Hinggalah pandangan aqal dapat mentsabitkan kebenarannya atau ia akan gugur dengan sendirinya.

20.  Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang telah mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan kawajipan-kewajipannya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat yang dilakukannya melainkan jika beliau:

  • Mengakui kalimah kufur
  • Mengengkari perkara agama yang diketahui secara dharuri
  • Mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertiannya.
  • Menafsirkan Al-Quran  dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam semua keadaan.
  • Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.



** Usul ini telah disalin semula daripada buku Pandangan Semula Kepada Risalah Ta’alim oleh Muhammad Abdullah Al-Khatib, terbitan Pustaka Media Budi, sebagai sebahagian usaha dakwah, dan bukannya untuk tujuan komersil yang melanggar hakcipta penerbitan.

Wallahu 'Alam

-IbnuAbas-

12/14/2009 04:08:00 PTG

Aqidah Salaf dan Khalaf - Ust Hasrizal (Bahagian 3)


Mazhab Khalaf Tentang Ayat-ayat Dan Hadith-hadith Sifat


4. Tadi saya  ada menyebut bahawa golongan salaf beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith sifat sebagaimana ia datang secara zahir dan meninggalkan penjelasan maksudnya kepada Allah SWT dalam keadaan mereka beri’tiqad bahawa Allah SWT suci dari sebarang persamaan dengan makhlukNya.

Golongan khalaf pula berkata: “ Kami beriman bahawa makna-makna lafaz ayat-ayat dan hadith-hadith ini bukanlah dikehendaki secara zahir bahkan ia adalah majaz (kiasan) yang tidak ada halangan untuk mentakwilkannya. Mereka mula mentakwilkan wajah dengan makna zat, tangan dengan makna kekuasaan, dan begitulah seterusnya untuk lari persamaan dengan makhluk. Saya menyatakan diri sini contoh kata-kata mereka:

Abul Faraj bin Al-Jauzi Al-Hanbali berkata di dalam kitabnya Menolak Syubhat Persamaan: “Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kekallah wajah Tuhanmu” [5] . Para ulama’ tafsir berkata: Kekallah Tuhan kamu. Begitu juga mereka berkata tentang firman Allah yang bermaksud: “Mereka mahukan wajahNya” iaitu mahukanNya.

Ad-Dhahhak dan Abu Ubaidah berkata tentang firman Allah yang bermaksud: “Setiap sesuatu binasa kecuali wajahNya” [6] iaitu “melainkan Dia”. Beliau menyebut pada kitabnya satu fasal yang terpeinci untuk menolak pendapat mereka yang berkata bahawa berpegang kepada zahir ayat dan hadith adalah mazhab salaf. Kesimpulan dari kata-katanya ialah berpegang dengan zahir adalah tajsim [7] dan tasybih [8] kerana zahir lafaz ialah apa yang diistilahkan kepadanya tangan tiada makna sebenar yang lain kecuali anggota dan begitulah seterusnya”.

Beliau juga berpendapat bahawa menamakan ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut sebagai ayat-ayat dan hadith-hadith sifat adalah nama yang direka-reka dan tidak terdapat di dalam Kitab dan Sunnah dan bukan hakikat. Ia tidak lain kecuali tambahan. Beliau telah berdalil terhadap kata-katanya dengan dalil-dalil yang banyak yang tidak ada ruang untuk saya menyebutnya di sini.

Fakhruddin Ar-Razi berkata di dalam kitabnya Asas At-Taqdis: “Ketahuilah bahawa nas-nas Al-Quran tidak boleh dipegang secara zahir kerana beberapa perkara:

Zahir firman Allah maksudnya: “Dan supaya kamu diasuh di atas mataKu [9]” bermaksud Nabi Musa AS berada di atas mata itu secara bersentuh (melekat) dan lebih tinggi dari mata itu. Perkara ini tidak boleh diterima oleh orang-orang yang beraqal.

Firman Allah maksudnya: “Buatlah kapal itu dengan mata-mata Kami [10]” bereerti alat-alat untuk membuat kapal tersebut ialah mata itu sendiri.

Bertsabitkan beberapa biji mata (mata-mata) pada satu muka adalah amat jelek. Maka tampaklah kemestian menuju kepada takwil iaitu dengan kita tanggungkan lafaz-lafaz ini dengan makna sangat mengambil berat dan menjaga (mengawal)”.

Imam Al-Ghazali menyatakan pada juzuk pertama dari kitab Ihya’ Ulumiddin ketika membicarakan tentang nisbah ilmu zahir kepada ilmu batin dan bahagian-bahagian yang terdapat padanya zahir dan batin serta takwil dan tidak takwil:

“... Bahagian ketiga: Sesuatu perkara itu kalau disebut secara soreh (nyata) akan difahami tanpa terjadi apa-apa mudarat. Tetapi ia dikinayahkan [11] secara isti’arah [12] dan ramz [13] supaya lebih memberi kesan kepada hati pendengar. Di antaranya sabda Nabi SAW yang bermaksud : 


“Sesungguhnya masjid mengecut dari kahak sebagaimana mengecutnya kulit di atas api” [14]

Maknanya ialah: Roh masjid dalam keadaan ia dimuliakan dan membuang kahak di dalamnya adalah menghinanya. Kamu dapat lihat bahawa kawasan masjid tidak menegcut kerana kahak. Begitu juga dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “tidaklah orang-orang mengangkat kepalanya sebelum imam takut kalau Allah menukarkan kepalanya menjadi kepala kaldai [15”

Perkara itu dari segi gambarannya tidak berlaku sama sekali. Namun dari segi makna memang ada kerana kepala kaldai tidak berlaku secara hakikat rupa bentuknya, bahkan secara khusus iaitu dungu dan bodoh. Jadi sesiapa yang mengangkat kepalanya sebelum imam, maka kepalanya sudah menjadi kepala himar dari segi makna dungu dan bodoh iaitu secara maksudnya, bukan rupa bentuk

Rahsia ini diketahui bahawa ia adalah bukan zahir, sama ada dengan dalil aqli atau syar’i. Dari segi aqalnya, menanggung secara zahir tidak boleh seperti sabda Nabi SAW maksudnya: Hati orang mukmin berada di antara dua jari dari jari-jari Tuhan yang Pemurah.” Kerana kalau kita periksa hati orang yang mukmin, kita tidak bertemu dengan sebarang jari. Maka ketahuilah bahawa ia adalah kinayah bagi kekuasaan kerana ia lebih difahami tentang kesempurnaan kekuasaan Tuhan.”

Kami juga menyebutkan huraian ini pada tempat lain dalam perbahasan ini dan apa yang kami sebutkan ini sudah memadai. Dengan itu jelas kepada saudara tentang jalan salaf dan khalaf. Dua jalan ini menjadi tempat khilaf yang hebat di kalangan ulama’ ilmu kalam yang terdiri dari pemimpin-pemimpin muslimin. Masing-masing golongan memperkuatkan mazhabnya dengan hujah-hujah dan dalil-dalil. Kalau saudara kaji perkara ini, nescaya saudara akan dapati bahawa jarak khilaf di antara dua golongan tersebut tidak akan menjadi khilaf yang hebat kalau kedua-dua belah pihak meninggalkan sikap melampau dan berlebih-lebih. Juga perbahasan dalam perkara-perkara seumpama ini sekali pun panjang, tidak akan membawa kepada garis penamat melainkan natijah yang satu iaitu menyerahkannya kepada Allah. Kita akan terangkan kepada saudara tentang perkara ini Insya Allah.


gambar hiasan

Di Antara Salaf Dan Khalaf


Saudara telah tahu bahawa mazhab salaf dalam ayat-ayat dan hadith-hadith sifat ialah berpegang kepada apa yang zahir tanpa menafsir atau mentakwilkannya. Mazhab khalaf pula mentakwilkannya mengikut makna yang sesuai dengan kesucian Allah SWT yang tidak ada bandingan di kalangan makhlukNya.

Saudara juga mengetahui tentang khilaf yang hebat berlaku di antara dua pendapat ini sehingga membawa kepada kata-mengata dengan gelaran asabiyyah. Keterangan lanjut bolehlah dilihat dari perkara-perkara berikut:

Kedua-dua golongan bersepakat bahawa Allah Maha Suci dari sebarang persamaan dengan makhluk.

Kedua-dua belah pihak memutuskan bahawa yang dikehendaki dengan lafaz nas-nas pada zat Allah Taala bukannya zahir sebagaimana yang diistilahkan  kepada makhluk. Ini bermakna kedua-dua berpakat di dalam masalah tasybih (perbandingan).

Kedua-dua pihak mengetahui bahawa lafaz itu diistilahkan untuk menerangkan apa yang ada dalam jiwa atau yang berlaku di bawah pancaindera yang bergantung kepada ahli-ahli bahawa dan pencipta istilahnya. Sesungguhnya bahasa sekali pun luas tidak dapat meliputi perkara yang ahli-ahlinya tidak mengetahuinya dengan hakikat sebenarnya. Hakikat yang berhubung dengan zat Allah termasuk di dalam perkara ini. Bahasa lebih dekat pada mendatangkan lafaz-lafaz yang menunjukkan kepada hakikat-hakikat. Menentukan makna bagi lafaz-lafaz ini secara khas adalah satu penipuan.

Apabila perkara ini telah diakui, ertinya salaf dan khalaf telah bersepakat tentang asal takwil dan titik khilaf di antara kedua belah pihak hanya terbatas kepada: Pihak khalaf menambah penentuan makna yang dikehendaki dari lafaz twersebut kerana kemestian menyucikan Tuhan, lebih membawa ke arah penakwilan untuk menjaga aqidah orang awam dari syubhat tasybih (membandingkan Allah dengan sesuatu). Maka sebenarnya ia adalah satu khilaf yang tidak perlu dibesar-besarkan atau dibuat perbalahan.


Tarjih Mazhab Salaf


Kita meyakini  bahawa pendapat salaf iaitu diam dan menyerahkan makna itu kepada Allah SWT adalah lebih selamat dan lebih utama diikuti bagi menghapuskan takwil dan ta’til. Jika sekiranya saudara terdiri dari orang-orang yang diberi kebahagian oleh Allah dengan ketenteraman iman dan dilimpahi dadanya dengan kesejukan maka janganlah cari ganti yang lain. Di sudut ini kami yakin bahawa takwil-takwil khalaf tidak boleh dihukumkan ke atas mereka dengan kufur dan fasiq. Pertelingkahan yang panjang di antara mereka dulu dan sekarang adalah tidak perlu kerana ‘dada Islam’ lebih lapang dari itu. Sesungguhnya setengah manusia yang berpegang kuat dengan pendapat salaf pernah beralih kepada takwil di beberapa tempat. Beliau ialah Imam Ahmad bin Hanbal. Di antara takwil-takwil tersebut ialah pena’wilan beliau di dalam hadith yang bermaksud: “Hajarul Aswad adalah tangan kanan Allah di bumi.” [16] dan hadith yang bermaksud: “Hati Mukmin itu berada di antara kedua jari dari jari-jari Tuhan Yang Pemurah” [17]. Serta hadith yang bermaksud: “Sesungguhnya aku dapati bahawa diri Tuhan Yang Pemurah dari sebelah kanan.” [18].

Sesungguhnya saya dapati pada Imam Nawawi, sesuatu yang boleh mendekatkan jurang khilaf di antara dua pendapat tadi yang tidak meninggalkan peluang untuk berselisih dan bertengkar. Lebih-lebih lagi salaf sendiri mengaitkan keharusan takwil dari segi akal dan syara’ dengan tidak bertentangan dengan mana-mana usul agama.

Ar-Razi di dalam kitabnya Asas At-Taqdis berkata: “Kemudian jika kita haruskan takwil bermakna kita bekerja sukarela dengan menyebut takwil-takwil tadi secara tafsil (terpeinci). Jika kita tidak benarkan pula bermakna kita menyerahkan ilmu tentangnya kepada Allah Taala. Ini adalah kanun am yang dirujuk kepadanya semua perkara mutasyabihat (kesamaran). Bagi Allahlah segala taufiq.


Rumusan Kajian Ini


Salaf dan khalaf bersepakat bahawa yang dikehendaki bukan zahir yang dikenali di kalangan manusia iaitu takwil pada keseluruhannya. Mereka juga bersepakat bahawa setiap takwil yang bertentangan dengan usul syariah tidak harus.

Jadi, khilaf ini hanya terbatas pada takwil lafaz dengan yang harus pada syara’. Ia adalah perkara mudah sebagaimana yang saudara nampak dan adalah yang dipegangi oleh sebahagian salaf. Namun perkara paling penting yang mesti disalurkan tumpuan Muslimin sekarang ialah menyatukan saf, menyatukan kalimah sedaya mungkin. Cukuplah kita dengan Allah, Dialah sebaik-baik wakil [19].

Semoga dalam rumusan yang baik ini menjadi peringatan kepada orang yang mempunyai hati atau pendengaran dalam keadaan dia menyaksikan.


Artikel ini adalah petikan  buku Pandangan Semula Kepada Risalah Ta’alim (Nadzarat fi Risalah At-Ta’lim) oleh Muhammad Abdullah Al-Khatib, terbitan Pusta Media Budi, muka surat 108 - 125

1.     Setiap kedudukan mempunyai cara percakapan yang sesuai untuknya.

2.     Al-Fatawa: 12/237

3.     Al-Fatawa: 3/343, 5/266

4.     Pemeliharaan dari kesalahan dan dosa.

5.     Ar-Rahman: 37

6.     Al-An’aam: 52

7.     Mengatakan Allah berjisim

8.     Mengatakan Allah ada bandingan.

9.     Taha: 39

10.  Hud: 37

11.  Disebut secara kiasan.

12.  Mendakwa makna sebenar kepada sesuatu kerana melebih-lebihkan dalam perbandingan seperti: “saya bertemu singa”. Sedangkan yang dimaksudkan ialah lelaki yang berani dan garang. Sila rujuk ilmu Balaghah.

13.  Tanda atau isyarat.

14.  Az-Zubaidi berkata di dalam Syarah Al-Ihya’ : berkata Al-Iraqi : Hadith ini tidak ada asal di dalam Hadith marfu’ bahkan ia adalah kata-kata Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam kitabnya. Aku (Az-Zubaidi), menyatakan bahawa Hadith ini juga diriwayatkan oleh Abd Ar-Razzaq secara mauquf dari Abu Hurairah. Di dalam Sahih Muslim dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW melihat kahak di dalam masjid di arah kiblat seraya berkata: “mengapakah salah seorang  daripada kamu mengadap Tuhannya lalu dia meludah di hadapannya? Adakah dia suka kalau ada orang mengadapnya lalu orang itu meludah mukanya?”

15.  Fathul Bari : 2/214 no. 691

16.  Al-Iraqi berkata: Hadith ini diriwiyatkan dan disahihkan oleh Al-Hakim dari hadith Abdullah bin Umar

17.  Diriwayatkan oleh Muslim dari hadith Abdullah bin Umar RA.

18.  Al-Iraqi berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dari Hadith Abu Hurairah di dalam Hadith yang menyebut dengan maksud: “Aku dapati diri Tuhan kamu adalah dari sebelah kanan”. Rijalnya adalah thiqah.

19.  Majmu’ Rasa’il – Aqidah : 324
 

12/14/2009 03:51:00 PTG

Aqidah Salaf dan Khalaf - Ust Hasrizal (Bahagian 2)

Menahan Diri Dari Pertelingkahan Ulama’

Para ulama’ telah berselisih pendapat secara panjang lebar sejak zaman dahulu hingga sekarang tentang masalah sifat-sifat ini. Perselisihan ini memberi kesan kepada kesatuan muslimin dan keadaan mereka amat menyedihkan. Al-Imam Asy-Syahid datang untuk menenangkan ketegangan ini kerana beliau mendapati bahawa perbahasan mengenainya menuju jalan buntu dan tidak benar. Beliau telah meminta agar tidak mendekati khilaf ulama’ silam dalam halini dan meminta agar cukuplah mengetahuinya secara ringkas (ijmal).

Ini bukanlah bermakna lari atau menyembunyikan perkara yang wajib dijelaskan. Bahkan itulah kebijaksanaan, kerana pada setiap ‘maqam ada maqal’ [1] dan manusia berbeza-beza dalam pemahaman dan penerimaan mereka. Manusia juga tidak boleh hidup seorang diri dan bercakap dengan diri sendiri.

Al-Imam Asy-Syahid dapat mengesan perkara ini dan mahu menyatukan hati-hati umat yang tidak mungkin dapat bersatu melainkan berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak serta meninggalkan huraian yang dipertikaikan. Apa yang dilakukan oleh Al-Imam Asy-Syahid adalah manhaj dan tarjih ulama’ Islam yang terkemuka dalam hal ini.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:

“Umat tidak berselisih dan berpecah jika pertikaian itu boleh diputuskan dengan ilmu dan keadilan. Jika tidak, maka dengan berpegang kepad ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak. Wajib menyuruh orang awam berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak serta mencegah mereka dari hanyut dalam huraian (tafsil) yang mencetuskan perpecahan dan perselisihan. Sesungguhnya perpecahan dan perselisihan adalah di antara sebesar-besar perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya [2].

Syeikhul Islam mempunyai kalam (huraian) yang bernilai di dalam hal ini, kalaulah tidak kerana takutkan meleret-leret, nescaya saya sebutkan kalamnya [3].

Alangkah bijaksana dan arifnya Al-Imam Asy-Syahid ketika beliau meminta agar menahan diri dari pertelingkahan tadi dan meminta agar berpada dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak berdasarkan firman Allah:


“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengan ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu di sisi Tuhan kami”. (Ali Imran: 7)

Dalam Risalah ‘Aqaid karangan Al-Imam terdapat keterangan yang sempurna lagi ringkas kepada usul ini. Selepas menyebut sebahagian ayat dan hadith yang menunjukkan kepada sifat, beliau berkata:

Dalam masalah ini, manusia terbahagi kepada 4 golongan:

1. Satu golongan mengambilnya secara zahir sahaja, maka mereka pun menyifatkan Allah dengan wajah seperti wajah-wajah makhluk, tangan atau tangan-tangan seperti tangan mereka, ketawa seumpama ketawa mereka dan begitulah seterusnya hingga mereka menyangka Tuhan seperti orang tua. Sesetengahnya pula menyangka bahawa Allah itu seperti pemuda. Mereka adalah golongan Mujassamah dan Musyabbahah yang tidak ada kena mengena sedikit pun dengan Islam. Kata-kata mereka tidak benar langsung. Memadailah kita menjawab tuduhan mereka dengan firman Allah yang bermaksud: 


“Tidak ada  sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Asy-Syura: 11)
 

 
“Katakanlah: Dialah Tuhan Yang Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung padaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya.” (Al-Ikhlas: 1-4)


2. Satu golongan pula menolak makna lafaz-lafaz itu dalam sebarang bentuk iaitu dengan menafikan segala madlulnya terhadap Allah SWT. Di sisi mereka, Allah tidak bercakap, tidak mendengar dan tidak melihat. Ini adalah kerana semua itu tidak boleh berlaku melainkan dengan menggunakan anggota, sedangkan anggota wajib dinafikan dari Allah SWT. Oleh sebab itulah mereka menafikan sifat-sifat Allah SWT dan berpura-pura mensucikanNya. Mereka ialah golongan Muatthilah dan sebahagian ulama’ sejarah ‘Aqaid Islamiyyah menggelar mereka  Al-Jahmiyyah.

Saya rasakan tiada seorang yang beraqal pun terpengaruh dengan kata-kata remeh ini, kerana sudah dibuktikan bahawa sebahagian makhluk dapat bercakap, mendengar dan melihat tanpa anggota (pancaindera).

Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa Allah SWT kalau bercakap mestilah menggunakan anggota? Maha Suci Allah dari semua itu. Inilah dua pendapat batil yang tidak layak diperhatikan. Tinggal lagi dua pendapat di hadapan kita yang berada di dalam perhatian ulama’ ‘Aqaid iaitu pendapat salaf dan pendapat khalaf.


gambar hiasan

Pendapat Salaf Tentang Ayat-ayat Sifat Dan Hadith-hadithnya


3. Golongan salaf mengatakan: “Kita beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith ini sebagaimana ia datang (secara zahir) dan meninggalkan penjelasan maksudnya kepada Allah SWT. Mereka mentsabitkan tangan, mata, bersemayam, ketawa, takjub... dan lain-lain dengan makna-makna yang tidak dapat kita kesan. Kita serahkan kepada Allah untuk meliputi makna tersebut dengan ilmuNya. Lebih-lebih lagi kita telah ditegah daripada perkara tersebut dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud: “berfikirlah kamu tentang kejadian Allah. Jangan kamu berfikir tentang zat Allah. Sesungguhnya kamu tidak dapat mencapainya.”

Al-Iraqi berkata: “Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim, dalam kitab Al-Hilyah dengan isnad yang dhaif dan juga oleh Al-Asbahani dalam kitab At-Targhib wa At-Tarhib dengan isnad yang lebih sahih darinya. Begitu juga Abu Syaikh. Mereka semua menafikan persamaan (serupa) di antara Allah dan makhluk. Lihatlah kata-kata mereka tentang hal ini.

Abu Al-Qasim Al-Lalika’ie di dalam kitab Usul As-Sunnah meriwayatkan dari Muhammad bin Al-Hassan, Abu Hanifah RA berkata: “Seluruh fuqaha’ baik di timur dan barat telah bersepakat tentang (wajib) beriman dengan Al-Quran dan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang tsiqah dari  Rasulullah SAW tentang sifat Tuhan, tanpa tafsir, tanpa sifat, tanpa bandingan. Sesiapa yang menafsirkan tentang perkara itru pada hari ini, ia telah terkeluar dari jalan Nabi SAW dan telah memisahkan diri dari jamaah kerana mereka semua (jamaah) tidak menyifatkan dan tidak menafsirkannya. Mereka hanya memberi fatwa dengan apa yang ada di dalam Kitab dan Sunnah kemudian mereka diam”.

Al-Khalall menyebut di dalam kitab  As-Sunnah dari Al-Hanbal menyebut hal ini dalam kitab-kitabnya seperti kitab As-Sunnah Wal Mihnah. Al-Hanbal berkata: “ aku bertanya Abu Abdillah tentang hadith: “sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia” dan hadith “sesungguhnya Allah melihat” dan hadith “sesungguhnya Allah meletakkan kakinya” serta hadith-hadith yang seumpama ini?”

Maka Abu Abdillah menjawab: “kita beriman dengannya dan membenarkannya tanpa cara dan maknanya. Kita tidak menolaknya sedikit pun. Kita tahu bahawa apa yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW adalah benar jika sanad-sanadnya sahih. Kita tidak menolak firman Allah dan tidak menyifatkanNya lebih dari apa yang Dia sendiri sifatkan dirinya tanpa had dan kesudahan. Firman Allah:


“Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya” (Al-Ikhlas: 4)

Barmalah bin Yahya meriwayatkan sambil berkata: “Aku mendengar Malik bin Anas berkata: Sesiapa yang menyifatkan sesuatu dari zat Allah seperti, firman Allah yang bermaksud “tangan Allah terbelenggu” lalu dia mengisyaratkan tangannya ke tengkuknya, dan seperti firmanNya yang bermaksud: “Dialah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Melihat” lalu dia mengisyaratkan kepada matanya, telinganya atau tangannya, anggota-anggota tersebut hendaklah dipotong darinya kerana dia telah membandingkan Allah SWT dengan dirinya. Kemudian Malik menambah lagi: “tidaklah kamu mendengar kata-kata Al-Barra’ ketika beliau menceritakan bahawa Nabi SAW telah mengorbankan empat ekor korban sambil Al-Barra’ mengisyaratkan dengan tangannnya sebagaimana Nabi SAW lakukan. Al-Barra’ berkata : “tanganku lebih pendek dari tangan Rasulullah SAW”. Al-Barra’ tidak suka (benci) untuk menyifatkan tangan Rasulullah SAW kerana menghormatinya. Sedangkan Nabi SAW adalah makhluk. Maka bagaimanakah boleh kita bandingkan pula Pencipta yang tidak serupa dengan sesuatu pun?

Abu Bakar Al-Athram, Abu Amru’ At-Tolamanki dan Abu Abdillah Ibn Abi Salamah Al-Majishun telah meriwayatkan kalam yang panjang tentang makna ini. Kemudian disudahi dengan katanya: “apa yang disifatkan oleh Allah terhadap diriNya dan dinamakan dari lisan RasulNya, kita namakannya sebagaimana yang Dia namakan. Kita tidak boleh membebankan diri dengan sifat lain. Bukan itu dan bukan ini dan kita tidak boleh mengingkari dengan apa yang disifatkanNya serta tidak membebankan diri untuk mengetahui apa yang tidak disifatkan”.

Ketahuilah mudah-mudahan kamu dikasihi Allah, bahawa Al-Ismah [4] dalam agama tidak selesai di tempat kamu habis dan kamu tidak melebihi apa yang telah dihadkan kepada kamu. Sesungguhnya di antara dasar agama ialah mengetahui yang makruf dan mengingkari yang mungkar. Perkara yang kamu makrifah dan hatimu tenang dengannya, disebut dalilnya di dalam Kitab dan Sunnah dan ilmunya diwarisi oleh umat maka janganlah takut untuk menyebut dan menyifatkannya terhadap Tuhanmu tentang apa-apa yang disifatkan dirinya dan janganlah membebankan diri untuk menghadkan sifat tersebut. Perkara yang diingkari oleh dirimu dan tidak terdapat dalam Kitab dan Sunnah yang menyebut tentang sifat Tuhanmu, maka janganlah bebankan diri untuk mengetahuinya dengan aqal kamu dan janganlah menyifatkannya dengan lidah kamu dan diamlah sebagaimana Tuhanmu diam tidak menyebutnya. Jika kamu membebankan diri untuk mengetahui apa yang tidak disifatkan oleh Tuhanmu tentang dirinya maka samalah seperti kamu mengingkari apa yang disifatkan olehnya. Sebagaimana kamu memandang berat apa yang diingkari oleh orang yang mengingkari terhadap apa yang disifatkan oleh Tuhan terhadap diriNya. Maka begitu juga hendaklah kamu memandang berat orang-orang yang membebankan diri menyifatkan Tuhan dengan apa yang tidak disifatkan oleh Tuhan terhadap diriNya.

Demi Allah! Sesungguhnya telah menjadi mulia orang-orang Muslim yang mengetahui perkara-perkara makruf serta dengan pengetahuan mereka, makruf itu dikenali dan mengingkari perkara mungkar serta dengan keingkaran mereka mungkar itu diingkari. Mereka mendengar apa yang disifatkan oleh Allah tentang dirinya di dalam KitabNya dan apa yang sampai kepada mereka tentang perkara yang seumpama itu dari NabiNya. Tidak sakit (rosak) hati seseorang muslim dengan menyebut sifat ini dan menamakannya daripada Tuhan. Mukmin tidak boleh mencari sifat-sifat atau nama yang lain dari apa yang disebut oleh Tuhan. Apa-apa yang disebut oleh Rasulullah SAW bahawa Baginda menamakan sifat TuhanNya maka ia adalah sama dengan apa yang dinama atau disifatkan oleh Tuhan sendiri.

Orang-orang yang mendalam ilmunya, yang berhenti sekadar ilmunya, yang menyifatkan Tuhan dengan sifat yang disifatkan oleh Tuhannya, dan orang-orang yang meninggalkan dari menyebut sifat yang tidak disebut oleh Tuhan tidak mengingkari sifat yang dinamakan itu kerana ingkar dan tidak mencari-cari sifat lain yang tidak dinamakanNya kerana kononnya perbahasan yang mendalam kerana kebenaran ialah meninggalkan apa yang ditinggalkan dan menamakan apa yang dinamakan.

Firman Allah:


“Sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. Dan mengikut jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya dan Kami masukkan ia ke dalam neraka jahannam dan jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”. (An-Nisa’: 115)

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kepada kita semua hikmat dan menjadikan kita orang-orang salih”.


Related Posts with Thumbnails