Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
10/23/2010 10:27:00 PTG

Thesis: Ringkas tapi Signifikan

Pertama sekali, Ringkas tapi Signifikan ialah moto Tok Guru aku: Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil bin Ibrahim. Hehe.. Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menyiapkan thesis pertamaku yang bertajuk "Determinants of ISO Accreditation and Value Relevance in Malaysian Property Sector". Ramai kata, "panjangnya tajuk..." Hehe aku pun mula-mula blur dengan tajuk yang sedikit di luar bidang aku. Ok, aku bukan nak cerita tentang thesis aku, pening nanti. :)

Sepanjang proses menyiapkan thesis, banyak perkara yang aku belajar daripada Prof. Anehnya, perkara itu dahulu aku pandang kecil je. Walhal ia mencermin akhlak kita. Antaranya tentang erti sebuah JANJI.

Pernah tak anda berjanji dengan kawan anda, "Udanis, [dengan izin] pukul 3 petang ni aku nak jumpa kau, nak bincang hal bisnes sikit"

Kemudian bila tiba masa yang dijanjikan, anda menghantar SMS, "Alamak Udanis, ada assignment lah. Tak jadi jumpa. Sorry ye!"

Lihatlah betapa mudah untuk menabur janji dan mengkhianatinya. Bagi kebanyakkan orang, janji hanya menjadi janji apabila kita sebut 'aku janji' sedangkan contoh di atas ni lah sebuah janji yang ringkas tapi signifikan. Namun ramai yang begitu mudah mungkirinya.

Mencari Jalan Penyelesaian, atau Mencari Alasan

Membuat alasan memang mudah, cuma perlu membuat pakatan dengan Syaitan laknatullah maka bercambah lah idea untuk berdalih. Dan sikap inilah yang melanda kebanyakkan daripada kita [termasuk yang menulis: astagfirullah]

Namun untuk mencari jalan memerlukan kita untuk memerah otak dan keringat. Susah!

Tidak hairanlah ramai yang memilih pilihan pertama.

Cara kita berfikir mempengaruhi keputusan yang kita dapat. Andai kita 'optimis' kita gagal, inshaAllah kita akan merancang untuk gagal. Kalau kita optimis untuk berjaya, inshaAllah kita akan berjaya.

Peperiksaan dan Thesis - Hanyalah Wasilah bukan Ghayah

Aku cukup bimbang dengan cara berfikir yang terdapat dalam kebanyakkan pelajar yang bersifat 'CGPA Oriented'. Kalau dengan cara yang halal tak mengapa, tapi sehingga satu tahap sanggup MENIRU, PLAGARISM, maka kita perlu tanya sendiri apa yang kita kejar sebenarnya? Apa matlamat (ghayah) kita sebenarnya? CGPA, Gred bukan lah satu-satunya indicator anda berjaya!



Cuba kita fikirkan secara logik. Andai semasa belajar kita sanggup menipu dan meniru untuk LULUS dengan 'CEMERLANG'(kah?), apa jaminan kita takkan menipu majikan apabila sudah bekerjaya nanti?

Andai semasa belajar kita mengamalkan plagarism, apa jaminan kita tidak akan merompak hasil kerja orang apabila sudah bekerjaya nanti?



Pesanan akhir saya buat adik-adik & sahabat yang bakal menduduki peperiksaan, perbetulkan niat kita kerana ALLAH! Di saat akhir ini bukan buku tebal itu tempat anda bergantung, sebaliknya ALLAH S.W.T yang Maha Bijaksana itu lah tempat yang sewajarnya kita bergantung harap. Bukankah Dia yang memberikan ilham kepada kita? Ambil lah pesanan Imam Syafie dan kata-kata Confucius ini sebagai motivasi untuk kita semua. Wallahu 'Alam.

Barangsiapa yang mencari ilmu dengan perasaan sombong dan merasa tidak perlu kepadanya maka dia tidak akan pernah berhasil dan barangsiapa mencari ilmu dalam seribu kesusahan tapi dia bersungguh-sungguh maka dia akan berhasil - Imam Syafie

Learning without thinking is useless. Thinking without learning is dangerous - Confucius

Baca juga:

Apa Niat Kita?


p/s: saya memohon jutaan kemaafan kepada GURU-GURU dan PENSYARAH saya atas kesilapan, kecuaian, dan kenakalan saya sepanjang menuntut ILMU.

9/28/2010 04:36:00 PTG

Mitos Di Sebalik Istikharah

Sedih, letih dan sampai satu tahap bosan dengan situasi begini. Soalan-soalan yang sama pattern diajukan. 

"Setakat ni saya tak nampak lagi dia dalam mimpi saya."
"Saya rasa saya dah jumpa siapa calon saya, tapi mukanya dalam mimpi saya tak begitu jelas."

Aku cukup hairan lagi pelik. Sejak bila mimpi menjadi justifikasi bagi membuat keputusan? Lebih-lebih lagi difokuskan kepada dalam membuat keputusan memilih jodoh. Bila memilih kerjaya, bidang pengajian, tak pula tunggu mimpi? Hehe

Bagi aku cukup lah hadith ini sebagai asas dalam membuat pemilihan. Kenapa perlu pening kepala menunggu mimpi? 

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bacalah artikel yang ditulis Ust Hasrizal ini. Jangan sampai istikharah anda mengundi fitnah dan menyakiti hati saudaramu.

Fitnah Petunjuk Istikharah



“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”


Sepucuk emel dihantar kepada saya.
Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?
MEMBELAKANGKAN ILMU
Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan  petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”
Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH
Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:
“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.
Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]
KESIMPULAN
  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

8/31/2010 12:57:00 PTG

Tazkirah Buat Hati

Aku hairan dengan diriku.

Merungut bila dakwah ku tidak disahut

Marahkan orang lain bila program anjuran ku kurang mendapat sambutan

Merungut bila kepenatan... maka bercerita lah dalam blog tentang betapa penatnya dakwah ini.

Merasa diri sendiri sahaja di jalan yang benar.

Orang lain salah, pemimpin mereka salah, alumni mereka lagi lah sejuta kali salah!

Ketahui diriku... Bahawa sesungguhnya engkau telah hampir kepada mensyirikkan Allah.

Kau tidak sedar?


"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad) 

Adakah kini kau sedar wahai diriku? 
 
Merungut bila dakwahku tidak disahut, itu tanda tidak ikhlas. Bukankah amalan tidak ikhlas itu juga riak? Tidakkah kau tahu itu wahai diriku? Bahawa melakukan sesuatu amalan itu kerana selain dari Allah itu riak, dan meninggalkan maksiat selain kerana Allah itu juga riak?

Marahkan orang lain bila program anjuranku tidak mendapat sambutan hangat. Ya Rabbi, adakah ramai itu ukuran ganjaran pahala Allah berikan kepada diriku? Ketahui lah diriku, dakwah tidak dinilai kuantiti tetapi kualiti!

Luahkan lah kepenatanmu, kekecewaanmu, kesedihanmu kepada Tuhanmu. Usah kau mengadu di sana sini. Mungin tak salah kau mengadu kepada sahabatmu, tapi tidak di alam maya ini. Menagih lah simpati pada Ilahi, bukan untuk menagih populariti.

Kenapa kau rasa dirimu sahaja yang benar wahai diriku? Bukankah Islam itu luas.. Biarlah orang yang berbeza manhaj dan uslub dengan mu. Mengapa sakit hati? Tidak yakinkah pahala mu dihitung jika dirimu disakiti? Dan tidak pernahkan kau bertanya kepada dirimu, "adakah mereka yang menyakiti diriku, atau hatiku yang berpenyakit?"

Usah tunding jari, mencari kesalahan orang lain dan buruk sangka sebegitu. Mengapa tiada ruang untukmu husnu zhon kepada saudaramu? Apakah cacat cela orang lain sahaja kelihatan di matamu? Ketahuilah diriku, adakah kau boleh membelah dada orang yang kamu cela dan menilai hati mereka? Ingat wahai diriku, hanya kemaksiatan yang dizahirkan oleh orang yang fajir* sahaja kau berhak untuk mencelanya. Jangan engkau tajassus**, sehingga merasa dirimu seperti Malaikat, atau punya keramat untuk menilai hati manusia!

Bukankah engkau sering membaca ayat ini?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujuraat: 12]




Sekian 'Tazkirah buat Hati'... sucikan lah hati ini dengan Qalam Ilahi..


Wallahu 'Alam


*fajir: mereka yang melakukan kefasiqan secara terang-terangan
**tajassus: mencari keaiban orang satu sama lain, mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya

7/21/2010 09:14:00 PTG

Kesilapan ketika Solat


Sabda Rasulullah SAW: “Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” 
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad)

Hadith yang cukup ringkas dan padat. Barangkali ramai yang pernah mendengar atau membacanya, tapi sedikit sekali yang betul-betul beramal dengannya, hatta ber'title' ustaz.

Bagaimana kita hendak solat seperti Nabi SAW? Tidak lain dengan mengetahui hadis-hadith Nabi SAW yang wajib kita tahu selaku seorang Muslim. Tidakkah kita terasa malu dengan Nabi SAW, sepanjang hayat kita solat tidak pernah kita cuba untuk mendalami ilmu tentang solat dan mengkaji solat kita? Sedangkan kita mengakui mencintai baginda. 

Rasulullah SAW tahu bahawa di suatu ketika nanti, umatnya akan mensia-siakan solat, umatnya tidak lagi ‘menjaga solat’.  Dan ini boleh diperhatikan melalui sabda baginda SAW: 
“Akan datang satu masa atas manusia, di mana mereka mengerjakan solat, yang sebenarnya mereka tidak mengerjakan solat!” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Kata ulama’ besar Imam Ahmad lagi, “Saya sangat khuatir bahawa zaman yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadis ini adalah zaman kita sekarang ini”  Bayangkan zaman tersebut adalah di zaman Imam Ahmad  iaitu di tahun 164H hingga 241H.  “Sekiranya engkau solat di dalam 100 buah masjid, engkau tidak akan melihat  satu masjidpun di mana manusia mengerjakan solat dengan betul sebagaimana yang 
dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. 
Ketahuilah olehmu, sekiranya ada seorang yang benar tatacara solatnya, lalu dia melihat  orang lain yang salah dan mensia-siakan solatnya, lantas dia diam, tidak menegurnya atau memperbaiki akan kesalahan orang itu atau tidak menasihatinya, maka dia bersama-sama menanggung dosanya.  Jadi orang yang betul tatacara solatnya tadi,  samalah dengan orang yang melakukan kesalahan bila dia tidak menegur dan menasihati  orang yang salah tadi,” kata Imam Ahmad.

Naudzubillah min zalik!

Pernahkah kita terfikir kerana ketidakpedulian kita terhadap kesilapan solat orang di sekeliling kita, solat kita juga mungkin tidak diterima? 

Di sini aku ingin berkongsi kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan orang awam, dan sering juga dipandang sepi oleh mereka yang berilmu:

1. Solat Pendekar
Mungkin kedengaran pelik tapi itulah istilah yang sepatutnya diberikan. Aku pelik melihat gaya-gaya pencak silat segelintir orang yang dilakukan di dalam solat. Terutamanya ketika mengangkat takbir. Kadang-kadang hilang khusyuk solat orang seperti ni.

2. Solat Ekpress
Ini pula solat yang dilakukan orang golongan ultra pantas. Bayangkan 4 rakaat solat boleh selesai dalam masa 2 minit! Masakan sah solatnya sedangkan fatihah yang dibaca pun susah malaikat nak hitung (sinis). Thuma'ninah (tempoh berhenti antara dua rukun) lagi lah tak dititikberatkan! Dengan rukuk yang tak sempurna dah sujud, sujud pula begitu angkuh untuk hidungnya mencium bumi!

Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.” (Hadis riwayat Imam Thabrani dan Hakim).

3.Memakai pakaian bergambar / bercorak
Perkara ini dilarang Nabi dan termasuk dalam perkara yang makruh kerana mengganggu fokus ketika solat.
“Nabi solat dengan mengenakan khamisah yang memiliki corak/gambar-gambar. Beliau memandang sekali ke arah gambar-gambarnya. Setelah selesai dari solatnya, beliau bersabda, “Bawalah khamisahku ini kepada Abu Jahm dan datangkan untukku anbijaniyyahnya Abu Jahm, kerana khamisah ini hampir menyibukkanku dari solatku tadi .”   Hisyam bin Urwah berkata dari bapanya dari Aisyah, “Nabi bersabda, “Ketika sedang solat tadi aku sempat melihat ke arah gambarnya, maka aku khuatir gambar ini  akan melalaikan/menggodaku .”  (Hadis riwayat  Al-Bukhari no. 373 dan Muslim no. 
1239)

4/26/2010 07:57:00 PG

Alahai Subuh... beratnya untuk umat Islam hari ini...


“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." [HR Imam Bukhari]

Subhanallah... besar sungguh ganjaran yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad. Tidak pernah ada umat sebelum ini yang dikurniakan ganjaran pahala sehebat ini. Namun sejauh mana kita hari ini hargai kelebihan yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad saw?


Tidak cukup dengan itu, malah Allah 'top up' lagi dengan ganjaran bonus bagi mereka yang melakukan solat sunat fajar.

Dalam hadis riwayat Imam At-Tirmidzi:

“Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah S.A.W., dua rakaat solat Fajar (solat Subuh) pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Lebih indah daripada dunia dan seisinya? Tak jelas lagi kah? Benarlah.... pada akhir zaman kita melihat yag syurga itu neraka, yang neraka itu syurga! Benarlah!

"Di antara fitnah Dajjal ialah bahawa ia akan membawa syurga dan neraka; adapun neraka Dajjal ialah syurga, dan syurga Dajjal ialah Neraka. Maka barangsiapa diuji dengan neraka Dajjal, hendaklah ia mohon pertolongan Allah sambil membaca permulaan surat al--Kahfi, maka neraka akan menjadi dingin dan damai"

Bersabda rasul s.a.w: Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”
Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga  dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari pembalasan. ” [Hadith Muttafaqun ’Alayhi]
Solat Subuh merupakan ujian yang berat, dan tak mungkin mudah untuk dihadapi sekiranya tanpa niat yang ikhlas, serta usaha dan mujahadah yang bersungguh-sungguh. Seperti mana hadith Nabi saw yang bermaksud:

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat Isya' dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak"

Lihatlah bagaimana Nabi saw menggambarkan kehebatan ganjaran subuh berjemaah dan sehingga orang yang  benar-benar faham akan mendatanginya walaupun merangkak! Dan beratnya solat Subuh sehinggakan ia membezakan antara mukmin dan munafiq!

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. [Al-Ankaboot: 2-3]

Namun lihat lah diri kita? Tanya kepada diri sendiri apa usaha di malam hari agar kita dapat bangun Subuh berjemaah?

Facebook? Movie terbaru? Ziarah bilik kawan? Borak kosong? Study lewat malam? (kononnya)

Salahkah ber'Facebook'? Salahkah tengok Movie? Bukan itu persoalannya!

Tapi kalau inilah amalan yang kita lakukan sehingga sanggup tinggalkan ganjaran Subuh yang Allah berikan, tak munafiq kah kita? 'Kau' marah? Terasa hati? Bagus, itu petanda 'kau' masih hidup! Aku ingat 'kau' dah mam***!

Memang aku tulis ni untuk buat 'kau' terasa? Kasar? Tak berhikmah?

Aku katakan: "hikmah itu ada pada diam, hikmah itu ada pada perkataan, hikmah itu ada pada ketenangan, hikmah itu ada pada kemarahan, hikmat itu ada pada kelembutan, hikmah itu ada pada kekerasan!"

Biarlah 'kau' terasa! Memang aku nak 'kau' rasa! Nah! Rasakan 'kau'! Tak malu ke 'kau'? Mengaku orang mukmin, tapi Nabi kata 'kau' ada ciri munafiq! 

Harap 'kau' segera sedar dan bertaubat!


Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas al-Banjari-

P/S: "Kau" merujuk kepada IMAN bin ISLAM. Kau pun terasa ke? Bagus! =)

3/30/2010 10:02:00 PG

WakenaBeb!?

Sebelum aku menulis panjang, aku ingin terlebih dahulu meminta maaf kepada insan-insan pernah terkena "wakenabeb" dengan aku, dan juga ingin mohon maaf andai yang terasa dengan tulisan kali ini.

Bercakap benar walau pun pahit. Itu yang cuba aku praktikkan dalam hidup. Berusaha untuk perbaiki diri yang banyak kelemahan dan kecacatan diri ini. Dalam masa yang sama sedaya upaya melaksanakan amar makruf nahi mungkar agar diriku, keluargaku, kawan-kawanku dan saudara-mara ku selamat daripada menjadi bahan bakar api neraka Allah. Naudzubillah min zalik.

Semalam aku terbaca buku karangan Ust Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang berjudul: "Hiburan dan Gurau Senda Menurut Islam". Alhamdulillah, buku adalah antara wasilah penting untuk diri ini memperoleh ilmu dan hidayah daripada Allah Ta'ala.

Wakenabeb, aku kira ramai di antara kita suka wakenabeb orang. Tapi pernahkah terfikir adakah perbuatan kita itu dibenarkan Islam? Walaupun sekadar "gurauan mengerat ukhwah" (sangkaan kita)

Mungkin ada yang mengatakan, "Rasulullah pun bergurau jugak pe?"

Ya, betul. Tapi bagaimana Rasulullah bergurau?

"Sesungguhnya untuk kami pada diri Rasulullah sallalahu alaihi wasallam contoh teladan yang terbaik, bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhirat, serta banyak mengingati Allah" [al-Ahzab: 21]

Ertinya kalau benar kita bergurau atas dasar mahu mengerat ukhwah Islamiyyah dan mendapat keredhaan Allah maka sudah tentu syarat utamanya ialah dengan mengikuti sunnah Baginda. Bukan dengan menyalahi sifat dan sunnah Rasulullah.



Sifat Benar Adalah Asas Gurau Senda Rasulullah Saw

Rasulullah sering bergurau dengan para sahabat. Tetapi yang menariknya, Rasulullah tidak pernah bergurau dengan mereka cerita bohong dan menipu sahabat baginda. Inilah asas dan akhlak Rasulullah saw yang barangkali gagal kita hayati dan jadikan ikutan.

Abu Hurairah menceritakan, para sahabat bertanya kepada Rasulullah: 
"Wahai Rasulullah, kamu selalu bergurau dengan kami"
Jawab Baginda: " Sesungguhnya aku tidak berkata melainkan yang benar"
[Hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Bukhari - kata Tirmizi: Hadith Hasan Sahih]

Bakr bin Abdullah al-Muzani meriwayatkan sabda Rasulullah Saw yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku juga bergurau senda, tetapi aku tidak mengucapkan melainkan yang benar"

Cerita Wanita Tua Mahu Ke Syurga

Kisah ini diriwayatkan oleh Tirmizi dan Baihaqi, yakni seorang wanita tua telah datang menemui Rasulullah dan berkata,
"Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga."
Baginda menjawab, "Wahai ibu, sesungguhnya syurga tidak akan dimasuki oleh orang tua."
Wanita tua itu terkilan dan menangis kerana sangkaannya tidak berpeluang masuk ke syurga. Setelah baginda melihat keadaan itu, baginda menjelaskan maksud kata-katanya tadi.

"Seorang tua tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua, tetapi Allah akan mengubah keadaannya menjadi muda remaja."

Baginda Saw kemudian membacakan firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami menjadikan mereka (wanita-wanita tua) satu kejadian yang lain Lalu, Kami jadikan mereka anak dara, cinta kepada suami dan sebaya umurnya." [al-Waqi'ah: 35-37]
bersambung....

2/18/2010 01:20:00 PTG

Siapakah Aku?

Dahulu aku sering bertanya kepada diri sendiri. Siapakah aku?

Ia rentetan daripada pandangan ku terhadap dunia Islam yang semakin luas.

Di sini aku berjumpa orang yang bermanhaj khalaf (asyairah), di situ ku ketemu sahabat bermanhaj salaf (wahabi?), dan di sana aku berkawan dengan golongan tarekat.

Kemudian, dunia siber tanpa sempadan yang kononnya begitu luas menyebabkan aku rasa terhimpit dan tersepit dengan pelbagai maklumat dan pendapat. Tambah memeningkan apabila aku terjebak secara tidak sengaja dalam perdebatan furu' aqidah seperti persoalan 'Di Mana Allah?' dan sebagainya.

Sehingga suatu tahap yang kritikal aku hampir gila dan menangis sendirian disebabkan kekeliruan yang berpunca daripada lambakan pendapat yang saling bertentangan. (Ini bukan lawak) Aku terasa seolah-olah aku tak tahu agama yang aku anuti!

Lebih teruk lagi apabila hati aku mula merasakan putus asa untuk memahami agama. Agama terlalu susah untuk difahami! Sedangkan Islam itu sepatutnya mudah, dan Nabi menyuruh kita mempermudahkan orang memahaminya. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Masing-masing mendakwa mereka lah yang paling benar sehingga akhirnya orang yang mencari agama seperti aku yang menjadi mangsanya!



Alhamdulillah apabila Allah buka jalan untuk aku lebih memahami agama ini. Aku dipilih Allah untuk meneruskan pengajian dalam SM Perbankan Islam. Antara subjek yang paling memberi kesan kepadaku ialah Usul Fiqh. Pandangan dan pengetahuanku tentang Islam semakin luas. Islam tidak terbatas kepada sesuatu mazhab Fiqh atau Aqidah. Ilmu Islam terlalu luas merentasi mazhab. (bukan aku kata jangan bermazhab)

Kesimpulan dan pengajaran yang mahu aku kongsikan, jangan ada perasaan taksub terhadap sesuatu mazhab ataupun aliran. Tak kira kita berpegang kepada pembahagian Tauhid 3 (rububiyah,uluhiyah, dan asma wa sifat) mahupun Sifat 20, sama ada kita bermazhab Syafie, Hanafi, Maliki atau Hanbali, semua itu hanya jalan dan kaedah untuk memahami syariah Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya. Jangan jadikan mazhab sebagai agama. Dan jangan pula kita anti kepada mazhab.

Aqidah yang diajarkan Nabi Sallallah alayhi wasallam terasnya ialah 'La ila ha illallah' yakni Tiada Tuhan melainkan Allah. Beriman dengan Allah tanpa mensyirikkannya dengan menyamatarakan-Nya dan menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Hanya Allah yang layak menjadi Ilah kita. Janganlah kita merumitkan dan memeningkan kepada dengan persoalan yang tidak diwajibkan Nabi untuk kita memikirkannya.

Dalam masalah ibadat, beramal lah dengan amalan yang paling mendekati cara Nabi Sallallah alayhi wasallam berdasarkan nas-nas yang kuat dan sohih. Adapun amalan yang dhaif hujahnya, elakkan seboleh mungkin. Jangan bermusuh dan memandang hina orang yang berpegang pendapat yang berbeza dengan kita. Kita boleh berkhilaf dalam fiqh namun jangan sampai berkhilaf dalam akhlak. Dahulukan akhlak dalam berkhilaf.

Fitnah di akhir zaman terlalu banyak. Jangan kita terjebak dengan perdebatan dan permusuhan yang tidak membawa manfaat. Setiap tuduhan hendaklah kita teliti dan kaji. Jangan mudah menerima sesuatu perkhabaran hanya kerana yang menuduh datang daripada 'puak' kita dan tertuduh adalah musuh kita. Setiap pendapat boleh ditolak dan diterima melainkan yang sabit datang daripada Nabi Sallallah alayhi wasallam

Kini, aku telah mengetahui SIAPAKAH AKU?

Aku lah MUSLIM.... tiada label yang lebih tinggi daripada label ini untuk aku banggakan!

 

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci (Al-Quran) dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong) [al-Kahf: 1]

Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar!

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

2/15/2010 10:00:00 PTG

KATAKAN TAKNAK KEPADA MAKSIAT!



Pagi semalam aku terdengar berita menyayatkan hati di corong radio. Seorang bayi dibuang dan dibakar dalam sebuah tong sampah. Apalah nak jadi dengan manusia hari ini. Apakah yang menyebabkan manusia begitu kejam dan hilang pertimbangan? Anak yang tak berdosa dibuang, dibunuh, dan dibakar?
Takut tak cukup rezeki? Malu kepada masyarakat sebab lahirkan anak luar nikah?


140. Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, kerana kebodohan lagi tidak mengetahui[513] dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezekikan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.

[513] bahwa Allahlah yang memberi rezki kepada hamba-hambaNya.
Inilah sifat manusia yang sesat dan hidup menuruti hawa nafsu semata-mata. Sepertimana digambarkan Allah dalam surah al-A’raaf yang bermaksud:



179. Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu umpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Bukan setaraf binatang, tapi Allah kata ‘balhum adhol!’ yakni lebih sesat lagi!
Binatang pun sayangkan anak mereka. Tapi manusia yang dikurniakan akal oleh Allah, tergamak membunuh anak yang lahir dari benih mereka sendiri. Sedangkan darah yang mengalir dalam tubuh bayi itu darah daging mereka sendiri!

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Kita semua pasti hafal Rukun negara pertama, Kepercayaan kepada Tuhan bukan?
Benarkah ummat Islam di Malaysia percaya kepada Tuhan?
Setakat percaya ada?
Kemudian apa?

Setiap kepala rakyat manusia di Malaysia mempunyai tafsiran sendiri tentang kepercayan kepada Tuhan itu.
Apa yang jelas, pengertian Kepercayaan kepada Tuhan dalam Malaysia, hanya sekadar semboyan, bahkan ubat tidur kaum Muslimin!
Kepercayaan kepada Tuhan tidak digunakan untuk ‘amar makruf nahi munkar langsung.
Itu lah punca segala maksiat yang berleluasa.

Kita meringankan dosa.
“AH, mereka CUMA berpegangan tangan je”
Itu lah kita! Kita yang kononnya tak mahu menjaga tepi kain orang. Takut digelar ‘busy body’.
Cukupkah sekadar benci dalam hati? Walaupun itu selemah-lemah IMAN?
Walaupun kita punya UPAYA, PENGARUH, dan KUASA untuk MENEGUR dan MENGUBAH?

Adakah lidah kita tidak berUPAYA?
Adakah jawatan kita tidak BERPENGARUH?
Adakah tangan kita tidak berKUASA?
Jangan sampai akhirnya kita hilang perasaan BENCI terhadap DOSA semata-mata kerana kita anggap ia DOSA KECIL yang boleh hilang dengan air wudhu’ dan amalan lain semata-mata.

Jangan overconfident wahai saudaraku!
Kita takkan pernah tahu samada DOSA yang kita yang anggap kecil itu sudah diampun Allah atau tidak kecuali di hari pembalasan nanti!

Ingatlah pesanan al-Imam Ghazali:
“Menghilangkan rasa BERDOSA itu adalah SEBESAR-BESAR dosa!”
Jangan berani mengumpul anak-anak kayu, kelak ia menjadi longgokan kayu yang akan MEMBAKAR dirimu di akhirat nanti.
Jangan berani meringankan dosa KECIL, kerana setiap DOSA BESAR itu bermula dengan DOSA KECIL.
Zina, buang bayi, bermula dengan aksi kecil berpegang tangan, menepuk-nepuk bahu.
Penagih dadah, bermula dengan mencuba untuk menghisap rokok.
Semuanya bermula dengan dosa yang kononnya ringan.
KATAKAN TAKNAK KEPADA MAKSIAT!

Wallahu 'Alam

-IbnuAbas-

2/10/2010 07:20:00 PTG

Boikot Valentine Day


Cakap banyak pun tak guna. Rasanya zaman canggih ni takkan masih ada yang tak tahu Valentine Day tu HARAM disambut kan?

Nak sambut juga, terpulang lah.. Berani buat, berani lah tanggung dosa.

Dan kepada mereka yang cuba meng'islamisasi'kan ber'couple' tu, fikir lah.. Kau sembelih BABI, takkan jadi HALAL lah. Kalau dah HARAM, jangan memandai mengHALALkannya pula. Ber'couple tu tetap HARAM walau kau cuba konon-konon meng'islamik'kannya. Kau hantar hadith ke, tazkirah ke, kau takkan dapat tipu Allah pun. Sebab jauh di sudut hati, kau pun tahu apa yang kau buat tu untuk menyenangkan hati buah hati kau je.. Bukan LILLAH TAALA. Bila buat sesuatu kerana makhluk, itu namanya SYIRIK! Naudzubillah min zalik!

Tepuk dada, tanya IMAN masing-masing

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-


P/S: Pesanan ini ditaja khas untuk peringatan diri aku sendiri. Kalau ada yang terasa, ambil yang positif je la ye.. Aku pun pernah buat dosa, bukan maksum. Yang penting, sentiasa muhasabah dan bertaubat sementra masih ada peluang.

1/19/2010 01:44:00 PG

MPKP - Malam Pengenalan Kelab dan Persatuan

Tak banyak yang aku nak kongsikan. Seperti biasa, MPKP yang dijalankan terlalu bebas. Pergaulan bebas, pakaian bebas, perlakuan bebas.... Ah.... bebas sungguh... Memang manusia memang suka bebas.

Namun, bebaskah kita untuk menjawab di hadapan Allah di akhirat kelak?


Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!  (8) [Al-Zalzalah]



Sekian

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

12/08/2009 12:56:00 PTG

Berapakah Nilai Dakwah Kita?

"Ana tak boleh pergi program tarbiyah tu, ada masalah kewangan lah." Jawapan Rizal bila dia diminta untuk untuk menghadiri program tarbiyah musim cuti.

"Kenapa buat masa cuti? Time macam ni mana ana ada duit?" Rungut Eja bila mendapat tahu dia diminta menjadi fasilitator tanpa bayaran untuk kem Remaja Islam.

Dialog seperti ini biasa kedengaran, lebih-lebih lagi apabila melibatkan harta (wang) untuk gerak kerja dakwah Islam.

Seringkali wang menjadi penghalang, masalah wang juga yang menjadi alasan KONKRIT untuk menbantut gerak kerja Islam.



Masalah Kewangan atau Masalah Sikap?

Itu persoalan yang harus kita tanya kepada diri sendiri.

Sama ada masalah tidak cukup wang itu wujud disebabkan faktor yang tidak dapat dielak atau dijangka, maka boleh lah dikatakan masalah kewangan.

Tetapi jika masalah tidak cukup wang itu berpunca daripada amalan boros dan  tidak mengurus wang dengan betul , maka itu masalah SIKAP.

Jika untuk mengisi perut kita sehari-harian kita membuat kira-kira, apakah untuk dakwah tidak perlu?

Jika untuk membeli peralatan pengajian itu penting kerana menuntut ilmu itu WAJIB, adakah dakwah itu PILIHAN? Bila ada wang lebih kita sumbang untuk kerja dakwah, kalau tiada maka tiada lah..

Tepuk dada tanyalah IMAN kita......

Berapakah Nilai Dakwah Kita?

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (11)

Sekian.

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

11/26/2009 12:10:00 PTG

Kematian

Selasa yang lalu seorang sahabatku kehilangan abangnya. Abangnya meninggal disebabkan sesak nafas. Ironinya aku tidak berada di kampung ketika itu. Jadi tidak dapat menolong memandikan dan mengebumikan jenazah si mati.
 

Namun apa yang paling menyedihkan aku, sahabatku itu menceritakan bagaimana orang kampung 'melayan' Almarhum. Dia dihukum kerana kesalahan lalunya. Tidak ada orang kampung yang mahu memandikan jenazah Almarhum! Akhirnya ibu sahabatku itu sendiri yang mengetuai memandikan jenazah si mati. Mujurlah ibu sahabatku itu pernah mengambil kursus pengurusan jenazah. Ada lah beberapa orang kampung yang turut membantu selepas itu.




Lebih mengecewakan, ada di antara mereka yang merupakan 'ahli masjid' tetapi bukan sahaja tidak menolong malah mengumpat si mati pula tu! Astagfirullah.. Jahilnya manusia hari ini. Ada yang menuduh Almarhum mati kerana jangkitan HIV, sebab tu mereka tidak mahu memandikannya. Ya Allah, apalah penyakit hati umat Islam hari ini. Penuh dengan prasangka dan hasad sehingga orang yang telah meninggal pun mereka jadikan bahan umpat! Kalau lah Allahyarham mati disebabkan HIV sudah pasti pihak hospital yang mengambil alih dan tertulis di dalam surat kematian. Mereka membuat andaian seolah-olah mereka tahu seba serbi walhal mereka hanya mendapat 'dosa kering' secara percuma.

Tidakkah mereka membaca al-Quran?
" Adakah kamu suka memakan daging mayat saudara kamu ? " ( Al-Hujurat : 12 )
Atau mereka membacanya sekadar di kerongkong? Malah di dalam satu hadith ketika Jabir r.a mengatakan bahawa dia bersama Nabi SAW di satu tempat dan terbau busuk di tempat itu, lalu Nabi SAW berkata  " Adakah kamu tahu apakah bau ini ? , inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin" (Ahmad, dengan perawinya thiqat).

Aku hanya mampu memberi sedikit nasihat untuk menenangkan sahabatku ketika aku melawat beliau semalam:
"Abang kau memdapat pahala percuma pada hari kematiannya. Di akhirat nanti sama ada mereka yang mengumpat itu akan memberikan pahala mereka kepada abang kau ataupun mereka yang bakal memikul dosa-dosa abang kau."
 Semoga Allah merahmati Almarhum dan mengampuni dosa-dosa lalunya....

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

11/11/2009 08:13:00 PG

Taufiq dan Hidayah


Di dalam doa Qunut yang sering kita baca:





"Ya Allah! berilah kami petunjuk bersama orang yang telah Engkau berikan petunjuk"

Namun sejauh mana kita memahami doa yang kita baca tersebut? Apakah yang dimaksudkan dengan petunjuk? Apakah maknanya, 'tunjukilah kami kebenaran sebagaiman orang-orang yang telah Engkau tunjuki?' Atau maknanya tunjukilah kami kebenaran dan berilah kami taufiq untuk menempuhinya? Jawapannya iaitu yang kedua.

Di dalam doa tersebut sebenarnya kita meminta kepada Allah diberikan hidayah (petunjukan kebenaran) dan juga taufiq agar kita menjalankan atau melaksanakan tuntutan hidayah / kebenaran tersebut. Bererti kita memohon kepada Allah agar diberi ilmu dan kekuatan untuk beramal.



Apa yang sering terjadi hari ini, ramai manusia memperoleh ilmu (petunjuk kebenaran) tetapi mereka tidak mendapat manfaat ilmu tersebut lantaran tidak beramal dengannya. Maka ilmu itu menjadi sia-sia bahkan berbahaya. Kenapa?

Kerana orang yang memiliki ilmu tetapi tidak beramal dengannya, ilmunya itu bakal menjadi bencana buat dirinya.

Contoh ilmu yang tidak diiringi dengan perbuatan iaitu seperti dinyatakan Allah dalam surah  Fushshilat ayat 17 yang bermaksud:

Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayat petunjuk lantas mereka disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.

Kaum Tsamud walaupun telah diberikan petunjuk yang jelas tentang kebenaran tetapi mereka menolak dan tidak mahu beramal (beriman) dengannya. Akhinya mereka dibutakan daripada melihat petunjuk tersebut dan diazab oleh Allah SWT. Naudzubillah min zalik!

Begitu juga ilmu dan penjelasan termasuk dalam petunjuk iaitu seperti disebut di dalam surah Asy-Shuura ayat 52:

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus
Ayat tersebut menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan untuk memberitahu akan ilmu yang tidak pernah diketahui manusia. Sebab itulah hingga hari ini apabila dikaji masih banyak ilmu yang tersembunyi di dalam al-Quran dan terbukti secara saintifik! SubhanaLlah!

Juga disebut bahawa Nabi SAW adalah ditugaskan untuk memberi petunjuk ke jalan yang lurus (bukan taufiq).

Manakala petunjuk berupa taufiq (memberi kekuatan untuk melaksanakan) pula adalah seperti yang kita sering ucapkan dalam surah al-Fatihah:

Tunjukilah kami jalan yang lurus [al-Fatihah: 6]
Maka adalah penting untuk kita fahami bahwa apabila kita membaca ayat tersebut, adakah kita memohon dikurnia ilmu tanpa amal? Atau amal tanpa disandari ilmu? Atau mungkin yang ketiga iaitu dikurnia ilmu dan amal bersama-sama?

Sebenarnya kita memohon kepada Allah agar dikurnia ilmu dan amal perbuatan. Baru lah ilmu itu bertindak sebagai petunjuk, dan amalan itu dikira sebagai taufiq.

Penting juga untuk kita menyedari hakikat bahawa taufiq ini milik Allah semata-mata. Sedang manusia hatta Nabi SAW sendiri hanya mampu memberi petunjuk berupa bimbingan, penjelasan dan nasihat sahaja. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam)
Petunjuk pada ayat di atas merujuk kepada taufiq bagi amal perbuatan (yakni perbuatan beriman kepada Allah). Kerana itu lah Nabi SAW sendiri tidak mampu memberi taufiq kepada bapa saudaranya, Abu Talib. Walaupun Abu Talib sudah melihat kebenaran (yakni mendapat hidayah) daripada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. 

Di dalam doa qunut itu juga kita memohon: "bersama mereka yang telah Engkau beri petunjuk".
Maka apakah pula makna doa ini?

Maksudnya kita meminta agar kalimat itu menjadi perantaraan (tawassul) dengan kenikmatan yang Allah berikan kepada mereka yang diberikan petunjuk-Nya agar Allah melimpahkan juga kepada kita melalui petunjuk tersebut.

Dalam kata lain, kita memohon agar kita dilimpahi dengan petunjuk yang Allah berikan kepada orang-orang disekeliling kita. Sebab itulah kita dianjurkan Nabi SAW agar mendampingi orang soleh dan orang alim, dengan harapan kita memperoleh keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT juga.

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-



10/30/2009 10:07:00 PG

Risiko adalah Sunnatullah

Apakah yang dimaksudkan dengan risiko?

Secara mudah, aku memahami bahawa risiko ialah ketidakpastian yang dihadapi sama ada mengalami keuntungan, kerugian atau tidak berubah.




Memahami akan hakikat risiko dalam hidup membuat aku berfikir tentang betapa Maha Bijaksananya Allah SWT mengatur kehidupan kita dengan membiarkan banyak perkara di dalam 'ketidakpastian'.

Mengapa Allah memjadikan hidup ini penuh dengan ketidakpastian?

Tidak lain agar kita bersungguh-sungguh menjalani kehidupan kita dan melakukan terbaik dalam segala hal

Selaku Muslim, sudah tentu kita mempercayai akan seksaan kubur, soal jawap malaikat, hari Kiamat, himpunan di padang Masyar dan akhir sekali Syurga dan Neraka.

Semua itu dijadikan Allah di luar bayangan kita. Jauh sekali untuk digambarkan dengan akal yang terbatas keupayaannya.

Semuanya kita tidak pasti.

Kerana ketidakpastian itu lah kita berusaha sebaik mungkin.

Kerana ketidakpastian itu lah kita takut dan berhati-hati.

Umpama hendak menduduki peperiksaan, banyak ketidakpastian yang kita fikirkan

Tidak pasti soalan apa yang keluar

Tidak pasti lulus atau gagal

Begitu juga dalam keadaan kita sekarang. Kita tidak pasti sama ada kita mati dalam kesudahan yang baik atau tidak (husnul khotimah). Sama ada berjaya menjawab soalan malaikat atau tidak. Dan lebih dibimbangi kita tidak pasti dimasukkan Syurga atau Neraka.

Maka atas segala ketidakpastian itulah kita perlu sentiasa ingat mengingati. Kerana fitrah manusia itu pelupa.

Dan lupa yang paling kita bimbangi ialah lupakan kematian, lupakan Hari Akhirat, dan lupa Allah SWT!

Mengurus Risiko

Bila kita tahu kita berdepan dengan risiko yang disebutkan tadi, maka adakah kita perlu berdiam diri sahaja?

Sudah tentu kita perlu menghadapinya dan menguruskan risiko tersebut dengan langkah yang diajarkan oelh Nabi SAW
Bagaimanakah pengurusan risiko yang diajarkan Baginda SAW?

Di sini aku akan mengambil beberapa pengajaran yang telah diturunkan oleh Allah dan yang diajar oleh Nabi SAW.

Berpesan-pesan



Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3) 
 


Surah ini sering kita baca sebagai penutup majlis namun kurang sekali dijadikan pengajaran. Satu peringatan yang ringkas tetapi sukar dilaksanakan.

Beriman dengan sebenarnya ialah membenarkan segala hukum dan peraturan yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya. Tidak seperti rumus matematik yang kita fahami, 1000 - 1 = 999, tetapi hukum Islam pula 1000 - 1 = 0!

Tidak cukup sekadar beriman, maka perlu diiringi dengan amal soleh. Dalam beramal pula hendaklah difahami amalan mana yang lebih awla (utama). Yang fardhu ain diutamakan ke atas fardhu kifayah, yang wajib didahulukan ke atas yang sunat. Yang sahih diutamakan ke atas yang dhaif. Semua itu disebut dengan jelas oleh Dr Yusof al-Qardhawi di dalam kitab Fiqh Awlawiyyat dengan kupasan yang cukup cantik.

Dan akhir sekali ialah berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Untuk beriman dan beramal soleh, mungkin ramai yang tidak bermasalah.

Tetapi untuk berpesan-pesan (amar makruf nahi mungkar) sedikit sekali yang berkesanggupan.

Hatta mereka yang bergelar 'ulama' dan 'mufti'

Lihat sahaja dalam negara kita. Bila seorang Perdana Menteri melanggar fatwa yang mengharamkan bertakafur di Tugu Negara, berapa ramai yang tampil menegur? 1? 2? Rasanya TIADA!

Dalam konteks yang lebih kecil, bila maksiat berlaku depan mata. Berapa ketul yang sanggup menegur? Benci dalam hati? Itu pun kalau ada. Selama mana kita nak benci dalam hati? Sampai lahir 'anak-anak angkat'? Malah mungkin sekali kebencian terhadap maksiat itu semakin pudar lantaran tidak diluahan. Akhirnya kebencian itu menjadi kebiasaan. Maka jadilah perkara luarbiasa yang biasa.

Cukup lah buat masa ni... Exam berderet menanti...

Wallahu Alam

-Ibnu Abas-

10/28/2009 11:13:00 PG

Peperiksaan, Bukan Matlamat Kita

Menjelang peperiksaan, pasti ramai yang gelisah, gundah gelana, takut gagal dan pelbagai perasaan bercampur baur. Mungkin masih ramai di kalangan kita yang kurang (atau tidak) sedar tentang hakikat sebenar peperiksaan lalu menjadi peperiksaan sebagai matlamat kita belajar.

Suka aku memetik kata-kata Imam Syafi'e yang berbunyi:

Barangsiapa yang mencari ilmu dengan perasaan sombong dan merasa tidak perlu kepadanya maka dia tidak akan pernah berhasil dan barangsiapa mencari ilmu dalam seribu kesusahan tapi dia bersungguh-sungguh maka dia akan berhasil
Cuba tanya diri kita, atas dasar apa kita risau tidak dapat A? Adakah mendapat A sudah cukup memuaskan hati kita untuk berasa bangga?



Baik, cuba lihat sekeliling kita. Dalam masyarakat kita sendiri. Berapa ramai orang bijak pandai yang melawan Islam? Berapa ramai orang bijak menindas golongan rakyat bawahan (yang mereka anggap tak bijak)?

Ilmu yang kita perolehi, kalau pun banyak tapi sekadar hafalan semata-mata belum tentu menjamin kita untuk mendapat nur hidayah daripada Allah SWT. Lipat gandakan usaha untuk faham berbanding hafal. Apa yang kita hafal belum tentu kita faham, tetapi apa yang kita faham insyaAllah mudah kita hafal.

Selamat menempuh minggu peperiksaan dengan niat yang betul!

"Berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang mukmin"

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

10/23/2009 07:35:00 PG

Jangan Berputus Asa


  
Allah SWT dengan sifat Maha Pengampun-Nya melarang kita selaku hamba-Nya daripada berputus asa dalam memohon keampunan-Nya. Malah Dia mengampuni semua dosa siapa sahaja yang bertaubat kepada-Nya.

Sememangnya kita manusia yang lemah, tidak mungkin kita suci daripada dosa. Namun tidak juga bererti kita sengaja melakukan dosa tanpa rasa takut dan malu kepada Allah. Adalah suatu perkara yang hina, kita hilang rasa malu untuk melakukan maksiat sehingga berasa bangga atas maksiat yang dilakukan.

Di dalam suatu hadith shahih disebut:
"Semua orang di antara kalian pasti pernah melakukan dosa dan sebaik baik orang yang melakukan dosa ialah mereka yang mahu bertaubat"
Begitu juga hadith yang berbunyi:

"Demi Dzat yang menggenggam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah berbuat dosa, sungguh aku khuatir bahawa kalian akan melakukan hal yang lebih berbahaya daripada sekadar dosa, iaitu ujub (kesombongan)"


Bersama lah kita renung dan muhasabah diri ini. Perhatikan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, dan banding dengan ujian yang diberikan-Nya. Nescaya kita mendapati lebih banyak nikmat diberikan berbanding ujian.

Sekian

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-




Related Posts with Thumbnails