Lama aku tak update blog. Malas dan 'sibuk'. Hehe
Aku nak share sedikit info yang aku perolehi daripada seorang kawan [copy-paste]:
10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi.
Lama aku tak update blog. Malas dan 'sibuk'. Hehe
Aku nak share sedikit info yang aku perolehi daripada seorang kawan [copy-paste]:
Label: info, Isu Semasa, Politik
Assalamualaikum...
Di bawah ni link di mana aku download e-book ilmiah yang insyaAllah bermanfaat untuk kita semua.
Boleh download direct tapi sebaiknya guna Internet Download Manager (IDM)
Label: info
Mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah. Oleh itu sebelum kita (anak-anak) bertindak menyalahkan ibu bapa, terlebih dahulu kita hendaklah faham betapa beratnya amanah yang dipikul oleh ibu bapa kita.
Tidak dinafikan ibu bapa kita juga banyak melakukan kesilapan di dalam membesarkan kita, namun itu bukan alasan untuk kita bertindak seperti mereka terhadap anak-anak kita nanti.
Antara faktor kegagalan dalam mendidik anak-anak yang disebut oleh Dr Robiah ialah kurangnya kemahiran ibu bapa di dalam mendidik. Atau dalam bahasa Inggeris disebut parenting skill.
Kadang-kala ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak tetapi mereka kurang berjaya menyelami hati anak-anak.
Ibu bapa seharusnya banyak berkomunikasi dua hala dengan anak-anak, bukan bertindak menjadi raja dan permaisuri.
Pertamanya ibu bapa harus peka dan bertanya kepada anak-anak apa yang mereka fikirkan?
Sepatutnya;
"Adik dah besar nak jadi apa ye?"
Bukannya;
"Mak nak anak mak semua jadi ahli korporat, tak bleh bangkang!"
Sepatutnya;
"Along, termenung fikirkan apa? Ada masalah ke?"
Bukannya;
"Along ni kerjanya berangan je! Cubalah buat kerja rumah skit!"
Keduanya, ibu bapa juga harus mencungkil apakah yang anak-anak rasa? Kerana seperti yang dinyata sebelum ini, tindakan anak-anak adalah susulan daripada emosinya. Stabil emosi maka wajarlah tindakannya, begitulah sebaliknya.
Sepatutnya;
"Kenapa akak balik-balik je marah-marah ni? Ada masalah ke?"
Bukannya;
"Akak ni balik-balik je nak marah adik-adik, tak payah balik rumah lah macam ni!"
Sepatutnya;
"Kenapa adik taknak makan? Sedih ye along tak balik?"
Bukannya;
"Penat-penat mak masak, kenapa taknak makan? Makan cepat!"
Ketiadaan matlamat di dalam mendidik anak-anak juga menyebabkan ibu bapa kecundang di dalam membesarkan anak-anak menjadi insan yang sebaiknya (untuk sempurna adalah mustahil).
Setelah mengetahui apa yang anak-anak fikir dan rasakan, maka langkah seterusnya ialah membina matlamat yang sewajarnya. Ini penting bagi memberikan satu guideline kepada ibu bapa adakah didikan dan pencapaian anak-anak selari dengan kehendak anak-anak dan ibu bapa.
BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN
Antara fakta yang melucukan diperkatakan Dr Robiah ialah tentang perbezaan lelaki dan perempuan.
Tanda-tanda lelaki sihat ialah dia kurang bercakap. Manakala tanda perempuan sihat ialah dia banyak bercakap. Bila difikir-fikirkan, ada logiknya. Cuba lihat di rumah anda, siapa yang paling banyak bercakap? Mak atau ayah? Hehe..
Seperkara lagi, orang lelaki ni tak boleh overload information. Nanti semua hilang. Sebagai contoh;
"Abang, nanti balik dari surau belikan pisang setandan. Lepas tu jangan lupa ambilkan kain batik kat rumah Mak Yah. Oh ye, jangan lupa beli gula 2 kilo, garam sepaket, dan kicap masin satu botol ye!"
Kebarangkalian untuk dia lupa memang tinggi! :)
Wallahu 'Alam
-Ibnu Abas-
APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.
MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.
MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.
KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.
PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."
AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:
"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”
FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit
BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida. Lihat jadual tersebut:
SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org
Label: info, Isu Semasa

Blogger bukan-Melayu DelCappo menulis tentang tokoh ini:
I’ve only known & followed DS Nizar since the Perak constitutional crisis. But I’ve concluded that this is a special man…. God sent… good heart, works hard, charismatic, moderate but tremendous people’s skills with great leadership qualities- a true Rakyat’s man of national leader quality.
Terjemahan:
Saya baru sahaja mengenali dan mengikuti DS Nizar semenjak krisis perlembagaan Perak. Namun saya sudah membuat keputusan bahawa lelaki ini luar biasa.... Dia didatangkan oleh Tuhan.... Berhati mulia, kuat bekerja, karismatik, sederhana, memiliki bakat perhubungan sesama manusia yang amat tinggi, serta mempunyai keperibadian seorang pemimpin sejati - seorang pemimpin nasional kepunyaan rakyat.
Label: info
Dr Jeniri Amir akan memperkatakan tentang penulisan daripada pandangan penulis yang sangat prolifik. Jeniri gila menulis. Dan beliau mampu menulis berterusan dengan waktu rehat yang singkat.
UiTM Johor menerbangkan Jeniri daripada Sarawak khusus untuk mereka yang suka, mahu dan bercita-cita ingin menjadi seorang penulis. Syarahan percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat, masyarakat UiTM ataupun masyarakat sekitar. Hubungi Azura di 0126513783.
Tarikh: 18hb April
Tempat: Dewan Kuliah ll, UiTM Johor, Kampus Segamat
Masa: 9.30 pagi
Ia adalah sumbangan UiTM Johor kepada masyarakat!
[copy paste daripada blog Prof Kamil]
Label: info
Ibnu Khaldun
“Bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian, simbol-simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang mengalahkan mereka.
Tingkah laku ini disebabkan sifat manusia yang lazimnya menyangka bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah bangsa yang sempurna. Kepercayaan itu mungkin berpunca daripada rasa kagum terhadap bangsa yang menakluki mereka, sehingga mereka menganggap bangsa penakluk itu adalah bangsa yang sempurna, ataupun disebabkan bangsa yang kalah itu tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor biasa sahaja.
Akibatnya mereka percaya mereka kalah akibat keagungan bangsa yang menakluki mereka.
Apabila sangkaan ini berpanjangan, maka sangkaan itu bertukar menjadi keyakinan, sehingga akibatnya keyakinan itu mendorong mereka mengubah semua ciri-ciri asli mereka. Bangsa yang kalah mungkin meniru-niru secara tidak disedari, ataupun mereka menyangka mereka kalah disebabkan kelemahan-kelemahan budaya dan kepercayaan mereka sendiri, padahal tidak.
Sebenarnya bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah lebih kuat dan lebih bersatu padu. Akibatnya, timbullah keyakinan lain bahawa dengan meniru-niru bangsa penakluk itu, maka akan terhapuslah punca-punca kekalahan mereka.”
Ibnu Khaldun (1332-1406), Muqaddimah, Bab 2, Bahagian 22.
Label: info
Profesor Diraja Ungku Aziz
“Dengan muslihat yang licik penjajah Inggeris menanamkan dongengan yang tidak dapat dikikis dalam kalangan orang yang pernah dijajahnya, bahawa:
(a) Bahasa Inggeris itu adalah bahasa dunia dan difahami oleh manusia sejagat, dan
(b) Hanya melalui bahasa Inggeris kita dapat mempelajari ilmu yang menjadi kunci kepada kemajuan teknologi penting dan pembangunan ekonomi pesat.
Sebenarnya, fikirkanlah sedikit, sesiapa sahaja yang pernah pergi ke negara Jerman atau Amerika Latin, apa lagi negara Cina dan Jepun, tentu dengan sekonyong-konyong menyedari bahawa sebahagian besar penduduk dunia termasuklah teknokrat dan intelektual peribuminya yang membina negara moden yang gagah, sebenarnya tidakpun memahami bahasa Inggeris.”
Profesor Diraja Ungku Aziz, mantan Naib Canselor Universiti Malaya, dalam persidangan ASAHIL Singapura, 1973.
Label: info
Oleh: Qathrunnada
Engkau ingin berjuang, tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang, tapi rusak oleh pujian
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang, menjadi pengikut agar disegani
Engkau ingin berjuang, tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang, kesehatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang, masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang, karena istri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang, rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang, diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang, akhlakmu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, anak istri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang, ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang, kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang, pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang, rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakan
Yang…. Sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan….?????
Label: info
|
Label: info