3/08/2009 09:14:00 PG

Prof Kamil diserang lagi


السلام عليكم

Entry terbaru Pengarah menyebabkan aku tersentak. Tidak puas lagi orang-orang yang dengki ni. Sememangnya sikap manusia tidak pernah berasa senang hati melihat orang lain lebih daripada mereka, walaupun perkara kebaikan! Kasihan prof kerana usaha dakwahnya ada saja orang yang hasad lagi dengki. Tapi itu lah dakwah.. Kalau tiada mehnah, masakan dinamakan dakwah, betul tak? Semoga prof semakin kental, gigih, mantap, dan istiqamah dalam perjuangan!

Ingatlah wahai mata rantai perjuangan Islam! Apabila anda telah disenaraikan dalam soff perjuangan, maka tabiat generasi ini mesti berbeza dari tabiat generasi umum. Sahsiah mesti ditingkatkan, akhlak mesti dimantapkan, fikrah mesti semakin jelas, daya fikir mesti semakin matang, nilai ucapan dan kata-kata mesti semakin berharga, pandangan mestilah bernas, kesungguhan bekerja dan merangcang mestilah semakin tinggi, tabiat buruk mestilah dibuang jauh, sumbangan mestilah bertambah, muhasabah diri jangan dialpakan!
~Berjuang memang PAHIT kerana SYURGA itu MANIS~




3/08/2009 07:09:00 PG

Pengumuman

السلام عليكم

Berikut ialah laman web kegemaran aku untuk mendonwload audio/mp3 ceramah popular... Semoga bermanfaat untuk semua:

http://www.kuliyah.net/V1/

Untuk makluman sahabat semua aku telah bertukar ke no: 0137476421

3/05/2009 10:08:00 PTG

100 tahun Al Imam Hasan Al Banna




Kalau dia masih hidup, maka umurnya sekarang 101 tahun. Tua sangat. Tapi dia sudah pun kembali kepada tuhannya hampir 60 tahun lepas. Jasadnya. Adapun namanya, jika dunia ini masih bertahan 1000 tahun lagi, maka ia pasti kekal 1001 tahun lagi.
Dia pencinta RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam, maka baginda pasti mencintainya juga. Justeru dia hampir memperolehi semua apa yang diperolehi baginda, kecuali nubuwwah ( kenabian ). Namanya dijulang setinggi - tingginya oleh para pencintanya di dunia. Apabila para malaikat turut mencintainya, maka sampailah namanya penuh gilang gemilang di lapis langit ke tujuh, di singgahsana pertemuan dua kekasih sebenar di malam mikraj itu.
Al Imam Hasan Al Banna meninggal dunia dalam usianya 43 tahun. Muda terlalu muda untuk meninggalkan pengikutnya yang terlalu menyayanginya. Ramai meratapi kematiannya. Di sebalik jeriji besi pemerintah kusi besi di zaman itu dan juga di luarnya. Dia ditembak mati agar dia mati selama - lamanya. Tetapi malang sekali, suaranya tak mati. Suaranya terus bergema menerawang menghantui kezaliman duniawi sambil menggamit cahaya kebenaran sehingga kini.
Beliau adalah mujaddid. beliau adalah seribu ulama. Kerana itu, beliau pergi dengan seribu ulama menggantikan tempatnya menyebarkan apa yang dikehendaki Allah untuk ugamaNya.
Tajdid adalah sunnah yang pasti untuk ugama Islam. Agama ini mesti kekal secantik dan seasli ia cantik dan asli di tangan RasuluLlah dahulu. Tiada lagi jalan, tiada lagi tali dan tiada lagi ugama selepasnya buat manusia mengenal dan menyembah tuhannya.
Sepanjang zaman, umat Muhammad sentiasa sahaja ditemani perjalanan mereka dengan para mujaddidin yang dihantar Allah untuk memperbaharui fikiran, iman dan amal mereka pada ugama mereka. Khalifah Umar bin Abdul Aziz memulakanya. Kemudian berderetanlah nama - nama ulama agung dalam sejarah umat ini.
Kita mengenali mereka pada sirah perjalanan dan pengajaran mereka. Untuk Al Imam Hasan Al Banna, kita turut mengenal wajahnya pada keasliannya. Lihatlah wajahnya, Allah melakarkan keindahan hebat yang terlukis dan terukir dalam seri wajahnya itu.
Beliau dikeluarkan untuk umat yang sedang tewas kepada kekufuran yang melanda dunia Islam secara total. Beliau menubuhkan Al Ikhwan Al Muslimin di Mesir sebaik sahaja benteng terakhir Islam, kerajaan khilafah di Turki runtuh berkecai. Saat itu, umat tersadai dalam bahtera karam dihempas gelora jahiliyah abad 20 yang mengganas seganasnya. Umat Islam sedang merentas laluan yang belum pernah dilalui sebelumnya.
Kita namakannya sebagai syumuliyyatul Islam ( Islam yang syumul ). Itulah tajdid Al Imam. Musuh menembak Islam bertalu - talu. Islam berkecai dalam kepingan - kepingan yang akhirnya hanyut dan terpisah - pisah dibedal arus ganas. Umat yang kelemasan bergayut pada kepingan mana yang mampu digapai. Sesetengahnya terus lemas ditelan badai.
Dalam tempoh yang sukar, mereka hidup di atas bahagian - bahagian yang terpisah itu. Dalam kepompong itu mereka hidup. Itulah Islam yang mereka fahami. Jika itu, tiada yang melanda kecuali perasaan putus asa, kekecewaan dan ketewasan menghadapi kehidupan.
Al Imam Hasan Al Banna datang membawa bahtera baru. Naiklah, inilah Islam yang syumul. Inilah bahtera kekuatan dan kemenangan yang dinantikan.
Dakwah dan seruannya itu cukup untuk cukup merimaskan jentera kekufuran. Kerana itu, dalam tempoh yang segera, beliau dihapuskan. Pembunuhnya bukan sembarangan. Pembunuhnya adalah pakatan kekufuran sedunia.
Biarkan pembunuh itu membunuh. Mati adalah kesudahan semua. Lunaknya, bagi pejuang Islam, kematian itulah kehidupan yang diimpikan. Al Imam telah mengecapinya. Kita sedang mengimpikannya.
Itulah catatan sekadar melepas rasa cinta. Kita para pejuang Islam hampir - hampir tidak mampu untuk melepas diri daripada legacy beliau. Kita terlalu mencintainya kerana kita tahu dia terlalu mencintai Allah dan Allah pasti mencintainya. Hasan Al Banna, dia mengajar kita mencintai Allah.
Tuhan kami, kami menagih cintaMu. Biarkan dan lepaskan kami dalam ketagihan..


**Tulisan Ust Nik Abduh b. Nik Aziz**

3/03/2009 05:43:00 PTG

ماري بلاجر توليس جاوي دڠن موده

السلام عليكم...

كڤد راكن راكن يڠ ده لوڤا باڬايمانا منوليس جاوي ﴿معلوم له جارڠ توليس﴾ بوليه له ملاوات بلوڬ اين

http://www.ejawi.net/converter.php#

سموڬ ممبري منفعة كڤد سموا اورڠ

3/03/2009 07:17:00 PG

نوتا كليه ميڠڬوان - باب مندي واجب



Perkara yang fardhu:

1. Niat ketika mula membasuh tubuh berdasarkan hadis Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat"

2. Membasuh seluruh badan yang zahir dengan air termasuk kulit dan rambut. Air hendaklah disampaikan ke bahagian dalam rambut dan pangkalnya.


Cara yang disunatkan:

1. Membasuh kedua tangan di luar daripada bekas air. Kemudian membasuh kemaluan dengan tangan kiri sambil niat mandi junub/wajib. Selepas itu membersihkan tangan dengan penggosok atau disental tangan ke lantai.

2. Berwudhu' dengan sempurna tetapi menurut sesetengah hadis Nabi SAW menyempurnakan membasuh kaki pada akhir mandi.

3. Menyelati rambut dengan air kemudian membasuh kepala 3 kali.

4. Membasuh bahagian kanan & atas badan dahulu, kemudian bahagian kiri

5. Menggosok tubuhnya berturut-turut dalam membasuh anggota. Ini dilakukan bagi mengelak perbezaan pendapat dengan ulama Mazhab Maliki yang mewajibkannya.

6. Bersungguh-sungguh membasuh bahagian lipatan pada tubuh. Sekiranya dia yakin air tidak akan sampai ke tempat yang sukar melainkan dengan perbuatan demikian, maka ia menjadi wajib, tidak lagi sunat.

7. Membasuh 3 kali sebagai qias kepada wudhu'

Wallahu 'Alam..

-Ibnu Abas-


Related Posts with Thumbnails