8/19/2010 11:04:00 PG

Dinar & Dirham: Apa Pendirian Kerajaan Pusat?



Kecoh 1 Malaysia apabila kerajaan pusat mengatakan pengeluaran Dinar dan Dirham oleh kerajaan Negeri Kelantan bercanggah dengan undang-undang negara.

(14hb. Ogos, 2010) Pekan - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengkaji dari sudut perundangan berhubung penggunaan mata wang dinar dan dirham yang dilancarkan oleh kerajaan Kelantan kelmarin.

Tegas Perdana Menteri, mengikut perundangan negara, hanya BNM yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Sehubungan itu, kata beliau, BNM akan melihat perkara itu dari segi percanggahan undang-undang.

''Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara yang boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf dan sah dalam negara kita," katanya. [sumber: Utusan Meloya ]

Ini kata Najib apabila kerajaan PAS Kelantan keluarkan dinar dan dirham. Mari kita lihat apa kata beliau 3 tahun dahulu ketika menjawat timb. PM?

(14hb. November, 2007) Kuala Lumpur - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, platform urus niaga syariah yang membolehkan emas digunakan dalam urus niaga akan dapat mencegah susut nilai dan penyusutan nilai mata wang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penggunaan dinar emas dan dirham perak boleh menjadi pendekatan alternatif untuk merancang pengurusan kekayaan.

“Tidak seperti mata wang konvensional yang berdepan dengan inflasi berterusan, nilai emas adalah stabil dan ia merupakan kaedah berkesan untuk melindungi kekayaan daripada inflasi dan krisis kewangan atau mata wang,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan kejayaan penyenaraian syarikat Malaysia, IGDX Holdings Ltd. di Bursa Saham Australia pada 9 Februari lalu, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Pegawai Eksekutif IGDX Holdings Ltd., Datuk Dr. Shamshudeen Yunus.

IGDX Holdings Ltd. menjadi peserta penting dalam dunia perdagangan emas global apabila berjaya menyenaraikan landasan perdagangan emas antarabangsa gold for gold di Bursa Saham Australia (ASX).

Menurut Najib, sejajar dengan konsep Islam Hadhari, kemunculan dinar emas Islam pada era moden ini oleh syarikat tersebut telah mengimbas kembali legasi urus niaga Islam yang holistik.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dinar emas Islam yang mempunyai sejarah 1,500 tahun lampau adalah satu nilai komoditi yang perlu dimiliki.

Tambah beliau, kejayaan syarikat IGDX ini perlu dicontohi oleh syarikat-syarikat lain kerana berjaya disenaraikan di luar negara.

“Kita mesti mempunyai wawasan, keberanian untuk berjaya di peringkat antarabangsa.

“Ini akan meletakkan Malaysia di peta dunia, sekali gus menjadi syarikat yang boleh dibanggakan oleh negara dan rakyat,’’ katanya.

Najib seterusnya berkata, kilang syarikat tersebut di Pulau Pinang yang merupakan kilang termaju dalam industri tersebut, boleh menghasilkan ketulenan ketulan emas pada tahap 999.

Syarikat tersebut, katanya, berhasrat meningkatkan lagi kemudahan kilangnya untuk mencapai tahap ketulenan ketulan emas pada kadar 999.9.

Katanya, IGDX juga berhasrat meluaskan pelaburan di lombong-lombong emas dan teknologi perlombongan emas.

"Inilah kejayaan glokal yang kita mahukan. Saya percaya kumpulan syarikat IGDX boleh menjadi contoh kepada syarikat senaraian tempatan untuk pergi ke peringkat antarabangsa," katanya.- Arkib Utusan Malaysia Online.  [sumber]
Kemudian tahun 2009 pula Menterinya sendiri menyatakan:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Katanya, ramai pakar ekonomi berpendapat dinar emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

"Sehubungan itu, saya mengharapkan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh Tun Dr Mahathir bagi menggunakan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC akan dikaji kembali dan boleh diteruskan," katanya dalam teks ucapannya pada majlis Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi hari ini.  [sumber: malaysiakini]
Persoalannya: Mengapa kerajaan pusat sebelum ini kelihatan mempunyai pandangan yang 'agak' positif, tiba-tiba menjadi prejudis dan begitu menggelabah menyerang kerajaan negeri?

Jawapannya mudah, kerana ia dilaksanakan kerajaan PAS!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails