6/02/2009 09:00:00 PTG

Kenangan di Masjid As-Syakirin



Masjid As-Syakirin merupakan antara masjid yang paling aku sayangi. Sayangnya ku kepada masjid ini bukanlah semata-mata kerana ianya rumah Allah, tetapi ia juga lah tempat bermulanya episod baru dalam hidupku, Penghijrahan.

Semuanya bermula ketika aku part 1 (diploma), yakni lebih kurang 3 tahun yang lalu. Entah mengapa, semenjak aku menjejak kaki ku ke UiTM Segamat, hatiku bagaikan terpaut dengan masjid ini. Bagaikan ada magnet yang menarik aku untuk mengunjungi setiap waktu. Hakikatnya, sebelum itu jarang sekali aku hendak solat berjemaah di masjid. Apa yang pasti, aku berasa tenang dan senang setiap kali berada di dalamnya.

Di situ lah aku mengenali seorang insan istimewa yang menjadi salah satu asbab penghijrahanku, abg Feezan. Dia lah insan yang mula-mula approach aku untuk mendekatkan diri dengan masjid dan istiqamah. Pada mulanya aku agak segan, kerana ketika itu aku berambut 'pacak' berimej agak ganas. Dia pula tampak alim. Tapi pendekatan yang abg Feezan gunakan berjaya menarik minat ku kerana cara dia sangat aku senangi. Dia tidak pernah memperli apatah lagi memperlekeh gaya penampilanku ketika itu. Malah pernah dia sambil berseloroh memuji rambut 'pacak' ku dengan berkata: "Abg teringin nak buat rambut macam tu, tapi tak boleh lah. Dia tak pacak!" Semua itu masih segar dalam ingatan ku.

Abg Feezan bukan sahaja baik hati, malah pandai mengambil hati. Pernah suatu malam sedang aku mengulangkaji di masjid, dia datang membawa secawan kopi. Kemudian dia mengajak aku untuk tidur di bilik imam. Pada mulanya aku agak keberatan dan menolak dengan baik. Namun setelah berulang-kali diajak aku pun akhirnya termakan pujukan.

"Barang siapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa dapat menyesatkannya. Barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya."

Hidayah itu milik mutlak Allah Subhanahu wa Taala. Namun, alangkah beruntungnya mereka yang menjadi asbab untuk orang lain mendapat hidayah-Nya? Aku sendiri tidak mengangka akan perubahan yang aku alami 3 tahun lalu. Sehingga saat ini hati ku tidak putus-putus bersyukur kepada Allah Taala kerana sudi memilih aku untuk menerima hidayah-Nya. Tidak akan ada kemanisan yang lebih tinggi daripada kemanisan Iman dan Islam. Subhanallah...

Masjid As-Syakirin.... di sini aku mula belajar mengenal Allah dengan lebih dekat. Di sini aku mengenal Islam dengan lebih baik dan beramal dengannya. Ketika itu aku mula merasai kemanisan qiamulail, air mata tidak berhenti mengalir. Sebak, pilu, bersyukur, perasaan ku bercampur baur.

Penuh penyesalan! Terlalu banyak masa muda aku tersia-sia. Masa yang sepatutnya diisi dengan menuntut ilmu dan melaksanakan tugas sebagai hamba telah banyak aku buang begitu sahaja... Ya Allah! Jahilnya aku kerna telah menzalimi diriku sendiri!

Aku harus berhenti menaip.... emosi sudah tidak stabil...

Masjid As-Syakirin.....
Nama yang akan sentiasa terpahat di dalam ingatanku sepanjang hayat.. insyaAllah..

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

2 ulasan:

syuhada berkata...

"jika seseorang itu menerima hidayah melalui kamu, ia adlh lebih baik dr segala apa yg disinari matahari.." hadis.

lagi satu, em.. ana tak ingat ayat mana dalam firman Allah... hidayah itu adalah cahaya. dan Allah berkuasa untuk mengarahkan cahaya itu pergi kepada sesiapa jua yang Dia kehendaki...

dan, bila kamu peroleh cahaya tu, mudah- mudahan Allah tidak menyimpang cahaya itu darimu....

L tolong bgtau. ana lupa surah apa, ayat apa... ayatnya tonggang terbalik ni, mohon betulkan ya...

Tanpa Nama berkata...

ADESA @ Permas...kalau tak silap saya persatuan ini sgt popular di UiTM Segamat.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails