6/12/2009 11:02:00 PTG

Paradigma Fiqh IV

Tulisan kali ini menjelaskan satu lagi ciri-ciri mereka yang mendahulukan fiqh ke atas akhlak (paradigma fiqh) yakni mereka mengukur kesolehan seseorang itu berdasarkan kesetiaannya terhadap fiqh. Seperti biasa aku akan membawakan beberapa kisah untuk difahami dan dihayati maksud yang ingin dikongsi bersama.

Daripada Muhammad 'Abdul Wahhab Fayid, beliau memceritakan pengalaman beliau:
"Aku menjadi imam solat maghrib berjamaah di sebuah masjid besar di Al-Aryaf. Aku tidak mengeraskan bacaan basmalah dalam al-Fatihah. Usai solat, salah seorang yang mengaku ulama' berteriak, 'Saudara-saudara, ulangi solat kalian! Kerana solat kalian telah batal!' Seorang muadzin kemudian menyampaikan iqamat dan ulama tersebut menjadi imam solat maghrib yang kedua. Aku sendiri berasa bimbang kemudian solat di belakangnya bersama orang ramai."

"Setelah selesai solat, aku menemuinya dan berkata kepadanya, 'Saya telah solat di belakang engkau untuk kedua kalinya. Tetapi saya ingin mengetahui apakah kesalahan saya sehingga solat saya menjadi batal?"

Dia berkata, "Kerana engkau tidak membaca basmalah pada awal Fatihah."

Aku berkata, 'Saya membacanya di dalam hati. Ada hadith yang menerangkan membaca basmalah dengan sirr (senyap) sebagaimana ada hadith yang menerangkan pembacaan basmalah dengan jahar (kuat). Kedua-duanya diperbolehkan. Bahkan Imam Malik R.A telah berkata: Membaca basmalah itu makruh. Saya tidak percaya bahawa seseorang yang berakal apalagi seorang Muslim akan berkata bahawa solat Imam Malik seluruhnya batal! Yang diyakini para ulama' ialah Imam Syafi'i jika beliau solat di belakang Imam Malik dan tidak mendengar basmalah, beliau tidak meninggalkan solatnya itu. Bahkan ketika disampaikan jika sekiranya Imam Hanafi berwudhu' dan setelah wudhu' tersentuh kemaluannya, sahkah solat Imam Syafi'i di belakangnya? (Dalam mazhab Hanafi, menyentuh kemaluan tidak membatalkan wudhu') Imam Syafi'i menjawab: 'Mana mungkin aku tidak solat di belakang Abu Hanifah?'

Apa yang berlaku di dalam kisah di atas masih berlaku dan terus berlaku sehingga ke hari ini. Di Malaysia umat Islam berpecah belah dan berbalah sesama sendiri bila ada imam yang tidak Qunut atau wirid selepas solat. Begitu juga apabila menjelang bulan Ramadhan, maka timbul pula perbalahan samada solat tarawih 20 rakaat atau 8 rakaat. Inilah salah satu akibat mendahulukan fiqh ke atas akhlak sehingga seseorang yang jahil itu berfatwa dan bertindak seperti seorang mujtahid. Yang sebenarnya mereka itu takliq membabi buta dan taksub terhadap mazhab yang dianuti sehingga membelakangi adab dan akhlak yang ditunjukkan oleh para imam Mazhab itu sendiri.
blogger-emoticon.blogspot.com

Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

6 ulasan:

D'Rimba berkata...

Saya dengar ada konflik besar di UITM Segamat sekarang ini betulkah? Bagaimana sahabtku ada berbincang dengan pihak UITM untuk membawa teater Menuggu Kata dari Tuhan? Saya sedang menanti kejayaan itu.....Segera tinggalkan ulasan di blog saya jangan lupa. Saya amat teliti melihat perkembangan UITM itu sendiri kerana ramai Muslim di sana. Tapi buat sementara ini saya kecewa dengan bahasa Melayupun tidak diutamanya sebagai bahasa ilmu.

Ibnu Abas berkata...

Konflik besar? Saya tak pasti pula berkenaan hal tu. Tentang teater tu saya tak dapat apa-apa info lagi. Saudara belum berikan maklumat berkenaan teater berkenaan kepada saya.

D'Rimba berkata...

Teater itu mudah saja seorang saja pelakon Sobri Yunus dan seorang pemuzik arahan Dinsman bekas pelajar Maktab Mahmud. Masa selama 45 minit jika tidak silap. Selepas pementasan akan seorang ulama atau ustaz yang memberi syarahan mengenai isu berkaitan. Sahabat hanya perlu berbincang dengan pihak pentadbir aktiviti. Jika mereka setuju saya akan terus bagi nombor telefon Dinsman untuk dihubungi. Bolehkah? Buka YM sekarang kita sembang sekejap di armair81@yahoo.com.

Ibnu Abas berkata...

Pihak pentadbiran tiada masalah, insyaAllah.. Cuma persatuan kami perlu sediakan kertas kerja dan peruntukkan. Itu sahaja.

Farid Rashidi berkata...

Tidak ada masalah untuk bertalfiq dengan 4 mazhab yang lain seandainya tahu hujjah dan dalil mereka. Supaya tidak menjadi taqlid buta.

Ibnu Abas berkata...

Ya betul apa yang saudara katakan tu. Taqlid tiada masalah, yang penting kita berusaha mengetahui dan memahami hujjah yang ulama gunakan untuk istinbat hukum tu. Sama-sama lah kita beri kesedaran kpd masyarakat kita akan kepentingan ilmu. insyaAllah

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails