4/14/2009 04:47:00 PG

Bila handphone berbunyi

"Ku akui, kelemahan diri... ku akui kekurangan ini" kedengaran bunyi ringtone nasyid handphone seorang hamba Allah.

Memang lagunya sedap, tetapi menyakitkan hati! Kenapa? Sebab ia berbunyi semasa orang sedang melaksanakan solat berjamaah! Aduhai... Sudahlah bunyinya mengganggu kekhusyukan solat orang lain, tak reti-reti pulak nak matikan!

Kes begini sering terjadi berulang-ulang kali. Apabila ditanya; "Apsal ko tak matikan handphone mase solat tadi?" Jawapannya; "Eh, boleh ke tutup handphone masa solat?! Tak batal ke?"

HUKUM MENGGANGGU ORANG SOLAT

Pertamanya kita perlu faham bahawa hukum mengganggu solat orang lain adalah HARAM. Ini adalah berdasarkan hadith Nabi sallallahu alayhi wasallam yang bermaksud:

Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja
( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

Berdasarkan hadith di atas menunjukkan betapa Nabi melarang keras sebarang perbuatan yang boleh mengganggu solat. Malah dalam satu hadith lain Nabi mendengar bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid lalu baginda menegur:

Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran "
( Riwayat Abu Daud : 1332)

Kesimpulannya adalah haram sama sekali segala perbuatan yang mengganggu solat hatta membaca al-Quran dengan kuat, tidak kira solat sendirian mahupun berjemaah. Oleh yang demikian, hukum mematikan handphone menjadi WAJIB ketika itu. Dalam erti kata lain berdosa hukumnya jika si pemilik handphone tidak mematikan handphonenya dengan segera.

BOLEH KE BERGERAK MATIKAN HANDPHONE?

Pergerakan sebegini tidak membatalkan solat berdasarkan hadith berikut:

Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat)
( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )

Oleh kerana kita dibolehkan bergerak membunuh kala/ular ketika solat, maka dengan itu kita juga dibolehkan mematikan handphone untuk mengelakkan gangguan terhadap jemaah lain.

Wallahu 'Alam...

-Ibnu Abas-

1 ulasan:

BadekGonzalez berkata...

'logiknya', aku terimaape ko cakap
sbb, kite bkn berniat nak matikan talifon utk elak malu..tapi, mati sbb nak khusyuk solat..
perbuatan tu nak kata salah, xdgr plak fatwa yg tepat.namun, dlm mazhab laen pon ada cara memasing nak bergerak...
asalkan niat betul, amalan betul, maka, betullah tu..:)

p/s:aku cm konpius nak terangkan ape yg aku cuba cakap.sori

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails