Nga dakwa Nik Aziz kata tak salah baginya petik ayat Al-Quran
IPOH: Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, hari ini mendakwa kononnya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahunya bahawa beliau boleh memetik ayat Al-Quran walaupun beliau bukan beragama Islam.
"Tok guru Nik Aziz sendiri sudah menjelaskan kepada saya bahawa memetik ayat Quran tidak bersalah," katanya ketika diminta mengulas bantahan umat Islam ekoran tindakannya membaca ayat Al-Quran dalam satu ucapan di Bukit Gantang baru-baru ini.
Beberapa laporan polis sudah dibuat terhadap Nga kerana disifatkan melampaui batas.
Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang berkata, isu itu tidak perlu diperbesar-besarkan.
"Apa yang berlaku ialah intonasi dia dan cara sebutan tersalah. Itu bukannya isu besar...kalau salah betulkanlah. Kalau salah baca dan terus suruh hentikan, bila seseorang itu nak fasih dan nak jadi pandai?," katanya.
Beliau berkata, bahawa dalam isu ini, kesalahan yang berlaku adalah kecil dan tidak disengajakan.
"Lainlah kalau seseorang itu bermain-main menggunakan ayat Al-Quran, barulah salah," katanya.
Ahmad berkata, Nga selalu merujuk kepadanya berkaitan ayat-ayat Al-Quran yang mempunyai prinsip-prinsip diperjuangkan oleh pakatan pembangkang iaitu amanah, keadilan, telus, kebajikan dan integriti. - Bernama
KOMEN:
Sebelum ni UMNO menonjolkan kebodohan mereka di dalam isu pemberian zakat kepada non-muslim (untuk tujuan dakwah) kini mereka menyerlahkan lagi kejahilan mereka di dalam isu non-muslim membaca al-Quran. Sepatutnya kita berasa bangga kerana non-muslim di negara kita terutamanya DAP yang dahulu dikenali sebagai parti yang fobia dengan Islam kini sudah mula berjinak-jinak hendak memahami malah menggunakan prinsip yang mulia di dalam Islam! Di mana penghinaannya? Bukankah ini bermakna non-muslim juga telah acknowledge Islam agama yang sempurna dan sentiasa mengajar yang baik? Selama ni yang tidak faham hanya UMNO sebab mereka Melayu Harbi! Sila nyatakan apakah yang salahnya? Isu salah bacaan/sebutan adalah normal kerna lidahnya lidah Cina pelat! Adakah pak imam 'jawo pekat' juga menghina al-Quran disebabkan bacaan mereka yang pelat itu? Nah! Jawap! UMNO sememangnya parti sesat, DULU, KINI dan mungkin SELAMANYA..
Wallahu 'Alam
Ibnu Abas
Rujukan berikut untuk kefahaman yang lebih baik, bukan kefahaman sesat dan bodoh macam UMNO:
0 ulasan:
Catat Ulasan