4/14/2009 04:43:00 PG

MECD dimansuhkan

KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub hari ini menyifatkan tindakan Perdana Menteri memansuhkan Kementerian Keusahawanan dan Koperasi (MECD) adalah langkah terkebelakang yang meminggirkan usahawan.

Walaupun beberapa agensi MECD seperti Mara dan Tekun kini diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tetapi Salahuddin melihat bahawa tindakan Najib itu seolah-olah tidak mengutamakan program pembangunan keusahawanan.

"Beliau (Najib) perlu merujuk kepada beberapa negara maju, Jepun dan Korea yang lebih banyak menumpukan kepada pembangunan usahawan, mereka jelas berjaya membangunkan usahawan hingga memajukan negara," katanya.

Meskipun tidak dinafikan MECD sendiri sebelum ini kurang berjaya melahirkan usahawan seperti di negara lain, namun kementerian itu boleh dimajukan lagi, katanya.

Ujar Salahuddin, seharusnya MECD dikembalikan semula dan diperkasakan agar kementerian itu berjaya memacu ekonomi negara dengan melahirkan usahawan yang berjaya.


Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau mengetahui sebab Najib memansuhkan MeCD tetapi setakat ini tidak bercadang menjelaskan tujuannya kepada khalayak umum.

“Sesuatu perkara yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Presiden UMNO adalah atas sebab-sebab tertentu, kadang-kadang kita susah hendak faham.

“Saya tahu apa sebab beliau buat begitu. Tetapi tidak perlu pada masa ini untuk saya jelaskan kepada khalayak umum,” katanya. -Utusan Meroyan-


KOMEN:

Aku terkejut, apa halnya PM baru kita mansuh MECD ni? Sedangkan kementerian seperti ini membantu melahirkan usahawan muda. Mungkin dilihat ia kurang berjaya, tetapi perlukah dimansuhkan? Bukankah lebih bagus jika ia diperbaiki dan ditambahbaik?

Merujuk kepada kenyataan Muhyiddin, mungkin rakyat memang susah nak faham kenapa kerajaan mudah kenyangkan perut mereka tetapi susah nak laksanakan dan penuhi keperluan rakyat? Apa sahaja yang melibatkan keperluan rakyat semuanya susah, tapi kalau melibatkan kroni semuanya mudah.

Apa komen anda/korang/antum?

Allah knows best..

-Ibnu Abas-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails