12/23/2009 08:59:00 PG

Bak Kut Teh Halal 'tak Halal'?


Timbalan Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Md. Salleh Ahmad berkata, penggunaan pengenalan makanan 'bak kut teh halal' itu tetap bercanggah di sisi hukum syarak walaupun tidak menggunakan babi sebagai ramuan.
"Apabila ia dikatakan haram ia tetap haram, saya menyokong Jakim tidak mengeluarkan sijil atau logo halal bagi produk makanan tersebut.
"Saya khuatir ia mendatangkan kesan dan tanggapan negatif ke atas umat Islam apabila diberi pengiktirafan. Jakim perlu tegas ke atas mana-mana pihak yang mempersenda Islam." katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Komen:

Aku bukan orang yang fakih dalam kaedah fiqh, tapi pelik bin hairan juga bila mendengar berita ni. Apa punca utama? Mempersendakan Islam? Tak faham sungguh. Aku tanya kawan Cina aku, apa maksud Bak Kut Teh ni? Dia jawab:
Bak tidak semestinya bererti daging babi. Erti bak ialah daging. Oleh demikian, bak boleh bererti keh Bak (daging ayam)yio bak (daging kambing) atau gu bak (daging lembu). Jadi bak kut teh yang disebut itu sebenar ialah daging ayam ertinya. Bak kut teh bermaksud daging, tulang dan teh.

Kalau nama tu sendiri tiada mangandungi makna Ba Alif Ba Ya (orang Melayu sensitif menatang ni...haha) apa masalahnya? Macam Melayu lah, ada sup ayam, sup ekor, macam-macam ada~ Cuma orang Cina ni suka makan b*** maka mereka guna lah b*** sebagai bahan utama. Kenapa lah orang Melayu ni melatah tak kena tempat? (Lepas ni Jakim bakal keluarkan fatwa "HOT DOG" haram kerana mengelirukan umat Islam bahwa anjing itu halal. Hahaha)


bakal diharamkan kerana nama?

Jakim ni pun satu hal. Benda macam ni cepat je melatah. Siasat lah dulu, kaji makna, jangan buat hukum semberono. Ish malu aku ! Tengok la TV sikit, apa mereka siarkan? Rancangan sekarang banyak sangat unsur syirik yang merosakkan aqidah dan bawa fitnah terhadap Islam. Tak pula nak haramkan! Nama makanan juga dipersoalkan.. Bukan rosak pun aqidah orang Islam kalau guna nama  makanan Cina tu!

Tambah memalukan lagi, dia bagi hujah budak-budak macam ni:
Makanan 'bak kut teh halal' itu mengulangi kontroversi sama dengan pengenalan 'bir halal' minuman malt tanpa alkohol yang dikenali sebagai Istak semasa Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009) pada 7 Mei lalu.
Malt adalah salah satu ramuan dalam pembuatan minuman beralkohol.

Aduh, mana nak letak muka dengan orang kafir. Kenapa lah kurang bijak sangat hujah. Minuman malt haram sebab malt adalah salah satu ramuan pembuatan minuman beralkohol? Haha habis orang India buat arak guna beras, beras pun haram lah? XD

'Halal Beer' mereka kata 'tak halal', habis tu 'Root Beer'? Macam mana boleh halal pula? Sakit perut aku tahan gelak sampai keluar air mata (sedih pun ada) bila tengok Jakim macam ni~


Wallahu 'Alam

-Ibnu Abas-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails