12/16/2009 12:17:00 PTG

Do'a awal dan akhir tahun




Do'a awal dan akhir tahun.

Apabila dilihat mengenai do'a awal dan akhir tahun ini :-

a. Ia menggambarkan seolah-olah do'a ini datang dari hadith Nabi :saw. Contohnya ungkapan seperti do'a Akhir tahun :- Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata Syaitan,

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

Dan ungkapan do'a Awal tahun - Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata Syaitan,

"Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Jika itu tujuannya; hadith ini tidak ada asalnya. Secara logik pun, penetapan kalendar Islam bahawa Muharram merupakan permulaan tahun hijrah adalah pada zaman Umar ra. Maka dalam matan do'a ini, Syaitan berbicara dengan siapa?

b. Do'a ini juga menetapkan kaifiat.

- Selepas Solat Asar di baca do'a akhir tahun dan bacaan sebanyak 3X
- Selepas Solat Maghrib di baca do'a Awal tahun dan bacaan sebanyak 3X

Didalam Islam, apabila wujudnya elemen 'cara' atau kaifiat seperti bila dikehendaki membaca, dan terdapat pula bilangannya, ia menggambarkan sebuah ibadat yang datang bersamanya Nas. Maka jika tidak ada nas sahih, 'cara'nya tidak perlu rigid. Tidak semestinya kita baca selepas Maghrib. Mungkin kita akan baca selepas Isya'. Bagi mereka yang tidak sempat membacanya pada tanggal 1 Muharram, bolehlah membacanya pada keesokkan harinya. Apakah TIDAK VALID membaca do'a Awal tahun bila-bila masa dalam tahun tersebut?

-----------------
Bolehkah kita membaca do'a tersebut?

Hukum : BOLEH membaca do'a dengan syarat2 dibawah :-.

1. Dengan syarat kita yakini bahawa do'a ini merupakan do'a katergori (e), ia itu do'a buatan manusia, dan ia bukan datang dari Nabi :saw. Statement dari do'a itu bukan hadith. Janji-janji bahawa syaitan tidak akan menggangu manusia tidak pernah wujud, cuma kita sebagai seorang Muslim memohon agar Allah sentiasa melindungi kita dari hasutan Syaitan.

2. Tidak perlu terhad dengan kaifiat baca selepas solat Asar atau Maghrib. Bila-bila sahaja boleh membacanya.

3. Tidak menetapkan berapa jumlah ulangan bacaannya

4. Anggaplah ia sebagai sebuah do'a untuk kita memohon kepada Allah agar ia merupakan satu permulaan tahun yang baik.

-----------
Bubur Asyura?

Hukum : Bubur sebagai makanan adalah harus dan apabila dijadikan sedekah ia adalah sunat (mendapat pahala bagi orang makan). Nabi :saw suka makan bubur, sabdanya :

"Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir].

Akan tetapi, jika ia dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang tidak pernah wujud, maka kepercayaan yang sebegini adalah haram. Tiada nas khusus yang berkaitan dengan keistimewaan bubur pada hari 'Asyura'.

Amalan yang jelas pada hari 'Asyura' adalah berpuasa, (a)sama ada 8,9 dan 10, (b) 9 dan 10 atau (c) 10 Muharaam sahaja. Dari Abu Qatadah, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :

"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].

Kesimpulan - Do'a ini bukan asalnya dari Nabi :saw, hukum membacanya adalah harus kerana do'a merupakan salah satu amalan yang terpuji, dan isi kadangan do'a tersebut tidak menyalahi syara'. Mengaitkan do'a ini kepada Nabi adalah haram, kerana ini bukan perkataan Nabi dan janji Syaitan itu bolehlah kita anggap sebagai harapan si-penulis do'a tersebut. Begitu juga dengan bubur, ia merupakan makanan yang mendatangkan berkat menurut hadith Nabi, dan ia tiada kaitan langsung dengan hari Asyura'. Makanlah dengan niat untuk kenyang, dan hadiahlah kepada orang lain dengan niat sedekah. WA.

Sekian, wassalam

rujukan asal

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails